Pengikut Setia

01 Januari 2015

Jendela pagi 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jendela pagi 2015



Alhamdulillah, pagi ini hari pertama tahun 2015.

Semoga semuanya dalam keadaan selamat dan diberkati Allah.

Pastinya banyak perancangan telah bermain di kotak minda. Perancangan dan azam untuk dilaksanakan pada tahun 2015.

Apapun azam pastinya ia yang terbaik buat kita.

Selamat buat semua.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Tahun Baru 2015



Semoga di tahun baru ini perancangan yang baik-baik semuanya untuk kebaikan semua pihak.

Biar apapun cabaran dan rintangan pastinya semua itu dapat diharungi dengan tabah dan kesabaran serta disudahi dengan kebahagiaan.

Semoga setiap urusan untuk kebaikan dipermudahkan olehNya. Mendapat keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang dariNya.

Terus taat dan patuh kepada suruhanNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Tingkatkan tahap amalan kebaikan dan jauhkan diri dari maksiat supaya hidup mendapat berkat dan pahala berlipat ganda.

Setiap tindakan hendaklah diperhalusi dan tidak mengambil keputusan tergesa. Seharusnya difikirkan dengan bijaksana kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil.

Kurangkan kontroversi, jauhkan dari mengumpat, hindarkan dari mengadu domba untuk hidup lebih aman dan mendapat rahmat dariNya.

Eratkan ukhuwah sesama Muslim dan hindarkan dari berpecah-belah. Sebarang pertelingkahan hendaklah dielakkan dan bersegeralah berdamai.

Bersegera dalam membuat kebaikan dan mengumpul kebaikan, bukan untuk disanjung oleh manusia tetapi untuk mendapat ganjaran dariNya.

Bekerja dengan penuh keikhlasan agar setiap rezeki yang diperoleh itu berkat.

Elakkan dari mendatangkan kesusahan kepada insan keliling kita. Maksudnya, hentikanlah gejala buli. Kita hendak hidup aman, begitu juga orang lain. Jika dia susah kita juga akan mendapat susah. PASTIKAN kita tidak menimbulkan kemarahan kepada orang lain.

Banyakkan bersabar dengan setiap yang berlaku.

Selamat Tahun Baru 2015.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

31 Disember 2014

Carian