Pengikut Setia

14 Disember 2014

Sotong goreng kunyit ringkas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sotong goreng kunyit



Masakan paling ringkas untuk sotong adalah goreng kunyit. Masakan ini amat popular ketika zaman kanak-kanak. Sebabnya bila buat sambal tumis sotong selalu saja sambal tak habis... sotong juga yang dihabiskan. Bukan sahaja ringkas tetapi mudah disediakan. Nak bagi resepi pun segan... sebab senang sangat.

Encik suami suka sangat makan sotong dan seafood.

Untuk rekod, letak jugalah resepi Sotong goreng kunyit versi yangbaik. Jom kita tengok.

Sotong goreng kunyit

Bahan:

300 gm Sotong putih
5 Ulas bawang merah, dimayang kasar
2 Ulas bawang putih, dihiris
1Tangkai merah, dipotong nipis. Boleh juga digantikan dengan cili padi untuk rasa sedikit pedas
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil Garam, atau secukup rasa
2 Sudu besar sos tomato
2sudu besar Minyak masak, untuk menumis

Cara memasak:

1. Sotong dibersihkan dan dihiris mengikut saiz yang sesuai, kira-kira 1cm. Gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa minyak. Kacau perlahan seketika tunggu sehingga air sotong kering.
3. Masukkan minyak masak, bawang dan cili. Kacau sehingga rata dan bawang kelihatan layu. Masukkan sos tomato, kacau sehingga rata.
4. Siap untuk dihidang.

Nota:
Kaedah memasak seperti ini boleh juga diaplikasikan ke atas udang dan daging. Bezanya untuk daging perlu tambahkan halia.

posted from Bloggeroid

13 Disember 2014

Buat kerja pejabat di rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerja pejabat buat di rumah




Sejak dari bangku sekolah kita telah dibiasakan buat kerja sekolah di rumah. Terutama ketika cuti penggal persekolahan. Boleh dikatakan setiap subjek ada kerja rumah dan yang paling banyak biasanya matematik.

Zaman sekolah sudah lama berlalu pergi. Bila dikenangkan semula bagus juga. Ketika itu tidak pernah terfikirpun bila kerja nanti kena bawa balik kerja di rumah. Mungkin ketika itu emak tidak bekerja, ayah pula bukan kerja pejabat. Jika adapun hanya jiran tetangga yang menjadi cikgu, kena bawa balik buku untuk diperiksa.

Jauh sekali apa yang difikirkan ketika itu. Memang tidak sama langsung dengan apa yang difikirkan ketika itu dengan apa yang terjadi sekarang. Bak kata pepatah "Jauh panggang dari api".

Sekarangpun bukan selalu bawa balik kerja ke rumah. Jarang sangat, cuma sehari dua ni terpaksa bawa balik ke rumah itupun sebab boleh buat di rumah dengan kemudahan yang terhad dan secukupnya. Elok juga boleh bawa balik kerja ke rumah, ada masa melihat anak-anak di rumah ketika hujung minggu.

Ada juga beberapa kerja yang belum selesai, terpaksa buat di pejabat dan tidak boleh bawa ke rumah. Seboleh-bolehnya tidak mahu dihabis masa bersama keluarga dengan membuat kerja pejabat. Tetapi... itu yang terpaksa dilakukan. Jika tidak akan menjejaskan imej dan kredibiliti.

Menjelang tahun baharu 2015, nampaknya banyak kaedah kerja yang perlu dirancang dengan lebih teliti.

posted from Bloggeroid

Lukis dan makan aktiviti popular

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lukis dan makan



Lukisan adalah antara aktiviti yang popular sepanjang cuti sekolah. Mana tidaknya dah jemu menghadap tv, tak tahu nak buat apa dah. Di suruh baca buku, sekolah lambat lagi katanya. Di suruh bersukan, hujan pula, jika tiada hujan panas pula. Macam-macam alasan yang boleh diberikan... pilih saja mana satu yang berkenan. Jika dah kehabisan alasan, diam sajalah.

Daripada menghadap tv 24 jam, ayahnya belikan 1 rim kertas A4 untuk dijadikan tempat melepaskan kreativiti. Dah beli kertas kena ada pula warna... gunakan saja warna yang ada. Sekarang ni tak kisah sangat lagi.

Sesekali bawa makan diluar. Makan cendol kosong pun baik juga daripada cendol special yang tiada apa-apa istimewanya... huhuhu letih layan kerenah penjual pulak.

Aktiviti bersama keluarga setiap kali hujung minggu berbeza mengikut mood dan bajet.

Sekian saja cerita lompat-lompat... nak kumpul idea lagi nie
(*^__^*) 嘻嘻……

posted from Bloggeroid

Carian