Pengikut Setia

25 September 2014

Flora dan fauna di tepi rumah

Assalamualaikum dan selamat





Flora dan fauna pada setiap masa dan tempat pasti berubah.
Tumbuhan dan serangga seperti yang kelihatan pada gambar di atas, terutama cendawan oren semakin sukar dilihat ketika ini.

Secara kebetulan tumbuhan dan serangga di atas atau kemungkinan juga telah lama wujud di kawasan ini.

Kehadiran 'mereka' bukanlah atas jemputan atau diambil dari mana-mana tempat tetapi 'mereka' hadir dengan sendirinya ketika musim hujan mulai menguasai tanah di sini.

Terdapat sejenis tumbuhan bernama Pokok Dukung Anak, tetapi saya sangat kurang pasti dengan khasiatnya dalam perubatan tradisional. Entah di mana hendak dirujuk kegunaannya. Seingat saya akar pokok berkenaan pernah digunakan oleh arwah emak untuk mengubati adik kecil sakit perut... ketika itu saya di zaman belasan tahun.

Dan... sekarang tumbuhan itu muncul lagi seolah menggamit kenangan dulu yang telah terabai.

Kini... Anak-anak sudah pasti antara yang paling teruja dengan kehadiran cendawan 'berkilau' dan ulat gonggok hitam.

Sudah pasti ulat gonggok hitam itu mendapat jeritan yang paling hebat kerana kelincahan pergerakannya. Anak-anak diajar agak tidak mengapa-apakan serangga itu kerana ia juga berhak hidup, jangan diganggu kehidupannya yang sudah cukup terganggu sebaliknya halanglah dengan baik perjalanannya agar tidak masuk ke dalam rumah, yang boleh mengganggu kehidupan manusia di dalam rumah.

Begitulah mereka dididik supaya menghargai nyawa kehidupan penghuni bumi yang lain.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

24 September 2014

Menitip sebuah perhubungan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Menitip sebuah perhubungan.
Entah mengapa tajuk ini yang dipilih bagi menggambarkan apa yang hendak diceritakan.
Segalanya bermula dengan suatu perbualan atau boleh dikatakan sebagai perbincangan tidak formal.
Dalam meniti kehidupan kita tidak lari daripada terikat dengan sebuah perhubungan seperti persahabatan, perkahwinan dan kejiranan.
Terikatnya kita dengan sesuatu perhubungan memerlukan kesabaran dan kejujuran.

Berhenti di sini untuk mencari ruang koreksi diri menilai semula sikap yang menggambarkan apa sebenarnya yang dicari.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Rabu tanpa kata | Kerja keras kerana apa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerja keras




~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Carian