Pengikut Setia

07 September 2014

Bersyukur buat hati iadi tenang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bersyukur walaupun untuk perkara yang kecil mampu menjadikan hati kita menjadi tenang.

Sebenarnya hati kita menjadi tidak tenang dan rasa susah ada kaitan dengan apa yang kita buat.

Untuk itu, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita dapat dan bersabarlah.

O:-)

posted from Bloggeroid

Di sebalik ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Lihat pada gambar sungguh tenang dan mendamaikan.
Tetapi bila baca pada kata-kata yang tertera... rasa seperti tak mahu buat entry lagi untuk pagi hari.

Tetapi manalah tahu ini entri terakhir untuk hari ini. Kan dah rugi.

Semoga kita sentiasa sabar dan tenang dengan setiap ujian. In shaa Allah.

posted from Bloggeroid

06 September 2014

Kitaran hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Embun menitis di pagi hari.
Begitulah ibaratnya berdasarkan pemahaman mata kasar kita untuk gambar di atas.

Namun embun itu juga ibarat kitaran hidup kita.
Segar di waktu pagi dan beransur hilang menjelang petang, sejurus merehatkan diri pada malam hari... segar semula keesokan pagi.
...dan seterusnya
Ada ketika pusingan itu lengkap dan ada ketika terganggu ... namun kehidupan mesti diteruskan sementara masa masih ada.
Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk kemaslahatan hidup dunia dan akhirat.

Kitaran hidup ini bertukar bila tiba masanya yang kita sendiri tidak pasti.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Carian