Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pilihan untuk mulia
Pilihan untuk mulia atau tidak terletak di tangan kita. Kita ada pilihan dan pilihan itu bukan dipaksa oleh sesiapa.
Sekiranya kita tidak suka kita boleh tinggalkan. Jangan kerana kita habis musnah impian dan hasrat orang lain untuk mendapat kejayaan. Seandainya kita tidak mampu untuk meninggalkan 'kumpulan' itu maka kita hendaklah bersatu hati dan membantu sedaya mungkin.
Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)