Pengikut Setia

31 Ogos 2014

Sepetang di Menara Condong Teluk Intan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Setelah sekian lama berulang alik ke Teluk Intan, baru petang tadi sempat singgah bergambar di Menara Condong Teluk Intan. Sebelum ini sekadar lalu saja, tak singgahpun. Macam mana nak singgah kalau urusan selalunya nak cepat.

Kebetulan petang tadi ada tempat untuk letak kereta dan tiada pula gangguan dengan masa maka sempatlah ambil gambar. Itupun sekejap juga sebabnya letak kereta di garisan kuning. Kalau letak lama sikit mahu kena kompaun.

Oleh kerana hari ini hari kemerdekaan negara maka sudah pasti berkibaran jalur gemilang di Menara Condong Teluk Intan.

Malaysia | Di sini lahirnya sebuah cinta.

posted from Bloggeroid

Tanda kejayaan di akhir perjuangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Tanda kejayaan di akhir perjuangan

Atas dasar apa sekalipun perjuangan haruslah diteruskan semoga kemenangan itu berkekalan.

posted from Bloggeroid

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-57

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






31 Ogos 2014, Ahad.

Malaysia | Di sini lahirnya sebuah cinta
Membentuk jati diri anak bangsa
Membesar bersama suka duka
Membentuk semangat sayang dan cinta
Kepada negara Malaysia

Jatuh bangun anak bangsa
Tetap teguh bersama nusa
Membela negara dari nista
Semoga Malaysiaku kekal merdeka
posted from Bloggeroid

Carian