Pengikut Setia

10 Ogos 2014

Antara Motivasi dan Tabiat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara motivasi dan Tabiat

Motivasi merupakan apa yang membuatkan anda memulakan.  Tabiat merupakan apa yang membuatkan anda meneruskannya.

Motivation is what gets you started.  Habits is what keeps you going.

Motivasi dan tabiat bukanlah sesuatu yang baru.  Kerana dengan semangat dari perkataan keramat itulah yang menjadikan kita berupaya bergerak dan melakukan sesuatu walaupun kadang-kadang kita tidak suka.


09 Ogos 2014

Jauhkan diri dari gosip

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jauhkan diri dari gosip.
Satu perkara yang akan kelak dipersalahkan adalah kerana gosip.
Sudah lazim sikap kita selaku manusia suka dipuji dan suka menunjuk pengetahuan yang ada.
Harus ingat tidak semua perkara yang kita tahu itu adalah untuk dipuji.
Pengetahuan itu adakala lebih kepada ujian menguji kesabaran.
Sabar dalam menyimpan maklumat yang kadang-kadang sulit.
Jika pun maklumat itu tidak sulit ia bukanlah tugas kita untuk bercerita.
Awasi perbualan semoga tidak sampai mengaibkan orang lain.
Pelihara maklumat yang kita terima sepertimana kita mahu maklumat mengenai kita disimpan dan dipelihara.

Jika bertembung dengan mana-mana pihak atau individu sedang rancak berbual... elakkan lah. Pada saya tidak salah kita tidak tahu hal orang lain asal orang lain tidak campur hak kita.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Di sebalik kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Disebalik kejayaan


Di sebalik kejayaan seseorang, terdapat begitu banyak ‘tahun-tahun’ yang tidak berjaya.

Tanpa kita sedari kejayaan kita pada hari ini terhasil setelah kita mengharungi banyak hari yang tidak berjaya pada tahun-tahun yang lepas.

Tidak bermakna pula kita harus berhenti berusaha setelah kita berjaya pada hari ini.  Kerana kejayaan itu tiada noktah.

Dan sudah pasti kita akan terus mengejar dan mencari kejayaan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.





Carian