Pengikut Setia

17 Disember 2013

Di sebalik Conference of Heads of Academic Departments of UiTM (CHAD2013)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sesuatu yang terjadi memang semua orang tahu bahawa ianya terjadi dengan ketentuan dari-Nya.

Namun kita selaku manusia biasa seringkali tidak terlepas dari rasa curiga dan cuak. Pada hemat aye perasaan itu seharusnya diiringi dengan pemikiran positif. Memang agak sukar untuk diterima seandainya itu berlaku ketika kita tidak cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan serta jiwa raga. Bunyi macam bermasalah jer.... memang dan masalah itu tidak akan selesai kiranya tidak dihadapi dengan akal yang waras dan semangat yang kental.

Tajuk di atas bunyinya macam akademiks sangat sedangkan mula cerita langsung tidak menggambarkan akademiks.



Tetapi inilah hakikat yang harus ditempuh untuk menemui CHAD2013. Lihat muka di atas? Kesiannya kena tinggal 3 hari. Sedihnyaaaa

Sudahlah tadi cerita pasal semangat dan jiwa kental .... tapi terselit juga naluri seorang ibu...

Nanti sambung lagi ehhhh


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

13 Disember 2013

Membuka pintu ketaatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Berpuasalah, karena puasa bisa menutup pintu maksiat dan membukakan pintu ketaatan untukmu!
(Sufyan ats-Tsauri)


suka duka pentas dunia



12 Disember 2013

Contest SEO Eridy | Jangan Pernah Memikirkannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sebalang gula-gula buat pemanis kata sebagai permulaan bicara kosong yang hambar.



gambar ini dicedok dari kad jemputan kahwin seorang doktor.  Aye tak dapat hadir ke majlisnya.  Jadi diabadikan potret ini kanvas desktop. Cantik!!!


Kali ini nak buat pengenalan dengan sedikit kelainan memandangkan blog ini telah tersenarai dalam senarai peserta Contest SEO Eridy.... perasan bangga kejap.  Macam tak percaya pula.  Tetapi percayalah bahawa blog memang tersenarai sebagai peserta okey.. belum lagi pemenang atau top ten.

Mungkin juga kerana Contest SEO Eridy... maka Page Rank blog ini meningkat?  Tiada siapa yang tahu.  yang pasti usaha menghasilkan entry setiap hari kadang-kadang gagal kerana terlalu mementingkan kerjaya dan masa dengan anak-anak... heheheh ayat memang tak boleh blahhh.

Apa yang dimerapukan tak tahu lah... sebenarnya hati ini ketika ini terasa sangat sayu dan keliru sangat-sangat-sangat.

Keliru sangat... sebab adakah kerana pernah memikirkan perkara itu akan berlaku
atau kerana adakah kerana itu suratan... semuanya adalah takdirnya.

Walaupun begitu masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.  
Kerana khabar angin tidak mungkin benar.
Sedangkan sejarah boleh berubah.
Inikan pula andaian.

Untuk tidak menjadi lebih banyak soal... baru dapat tahu secara verbal bahawa aye telah dicalonkan ke satu tempat baru bagi menggantikan seseorang.  Rasa sebal sangat-sangat.  Kerana keupayaan yang terhad dan perasaan yang sangat berat.

Doakan yang terbaik buat kami semua.  
Semoga tiada hati yang terluka
Semoga dipermudahkan urusan
Walaupun urusan dunia
Berkatnya membawa ke akhirat.

Rasanya tidak salah untuk memikirkannya
Berfikir menjadikan kita bersedia
Bersedia dengan sebarang kemungkinan
Walaupun pada hakikatnya tidak disukai
Tetapi hikmah yang tersembunyi tiada siapa yang tahu



suka duka pentas dunia.



Carian