Pengikut Setia

29 Oktober 2013

Gangguan semasa solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai manusia biasa... kita tidak lari dari gangguan.

Gangguan dalam solat.. bukan sahaja dari dalam diri iaitu hati yang caca marba tetapi juga gangguan dari luar.  Gangguan ini boleh menjadi sebab mengapa solat tidak khusyuk.  Sedangkan solat sendirian tanpa gangguan juga boleh tidak khusyuk.

Apa yang aye hendak kongsikan di sini adalah semasa solat di Surau Wanita sebentar tadi.  Surau boleh jadi juga tempat umum kerana ia tempat tumpuan orang yang hendak solat.  Ingat !!! Surau untuk Solat terutama waktu Solat.

Jadi... ketika orang sedang Solat kurangkan bercakap atau seboleh-bolehnya tidak bercakap langsung.  Memanglah butir bicara anda tidak orang ketahui tetapi bunyi suara itu bercampur dengan ketawa-hilai kecil boleh mengganggu konsentrasi.

Biarlah orang itu tidak khusyuk solat kerana dunianya sendiri... tak perlulah kita menjadi al-sebab atau 'nasi tambah' yang menambahkan lagi gangguan dalaman.


suka duka pentas dunia


27 Oktober 2013

Mereka dan aiskrim

Assalamualaikum


Tak sempat nak rakam gambar mereka empat beradik menikmati aiskrim.... sebabnya umi pun sibuk menikmati keenakan aiskrim potong kacang merah.

Nanti kita cari resepi ehhhh :)


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Dia pun tak lena tidur

Assalamualaikum






Dia pun tak lena tidur
Seperti memahami isi hati umi
Tidurnya sekejap saja
Tak sampai 30 minit dah jaga

Dia kelihatannya seperti memahami
Tetapi uminya tidak tahu apa yang dia rasa
Sesekali dia meragam dan seketika lain dia leka bermain
Lalu... apakah dia lapar atau dahaga atau dia kepanasan
Hanya dia yang tahu....


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Carian