Melalui blog ini aye ini katakan bahawa perkataan Asane Asada dan Asakan bukanlah perkataan dari Jepun, Korea atau yang seangkatan dengannya. Tetapi seandainya ada ianya adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.
ini adalah pengasah pensil dan pensil yang telah diasah.
Idea menulis entri ini bertajukkan Asane Asada Asakan adalah kerana objek di atas, iaitu pengasah dan pensil.
Inas Insyirah dan pensil yang telah diasah.
Apa pula kaitan antara pengasah pensil dengan gambar Inas di atas dan dibawah berikutnya?
Kaitannya adalah Inas meminta umi mengasah pensilnya dan antara ungkapan pertama yang disebutnya adalah "Umi! Asane". Yang sebenarnya bermaksud "Umi, asah ni" (pensil yang sudah tumpul).
Bila dah siap umi asah pensil tu. Inas kata "Umi asada pensil ni?". Bila umi tak jawab Inas tanya lagi "Umi asakan pensil nie?" Bila umi jawab sudah, baru Inas happy. Maksudnya "Umi asah dah pensil ni?". Lagi satu "Umi asahkan pensil ni ker?"
Walaupun sekadar anak kecil, ungkapan yang disebutnya sekirany tidak betul silalah betulkan jangan biarkan dia bertutur dengan kata yang pelat atau kita mengikut dia menjadi pelat.
Sekianlah aktiviti bahasa bersama anak-anak untuk hujung minggu ini.
suka duka pentas dunia