Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Idea bila nak menulis bukan kira siang atau malam. Tak kira juga subjek yang hendak diceritakan.
Oleh kerana kerja-kerja menjahit manik terganggu maka gangguan itu menjadi subjek dalam cerita. Hmmm... macam tak berapa sesuai pulak nak buat intro. Tapi tak per lah nanti idea hilang melayang.
Al kisah lah kan, hujung minggu lepas aye telah belajar menjahit manik. Tak malu nak cerita memang baru belajar. Bila dah belajar dengan guru barulah ada semangat dan idea nak jahit manik sendiri tak de lah nanti nak beli atau tempah kat luar. Zaman ekonomi yang tak berapa nak stabil kena pandai cari peluang dan ruang untuk berjimat cermat. Walaupun tak perlu beli baju bermanik untuk berjimat tapi kalau dah teringin apa salahnya mencuba kan?
Okey okey... dah melalut pulak yer. Terus kepada jalan cerita.
Oleh kerana masa untuk menjahit manik agak terhad maka masa yang ada hanyalah waktu malam sebelum tidur dengan harapan setelah anak-anak semua dah tidur bolehlah umi mulakan operasi. Tunggu punya tunggu .... yang tiga orang dah tidur tinggal lagi sorang ni liat betul... itulah Inas Insyirah si 'jejari runcing yang dah montok' .... apa nak buat tangan ni dah gatal nak menjahit manik... tinggal lagi satu sudut tak siap. di gagahkan semangat operasi menjahit manik pun dimulakan dengan harapan gangguan adalah minima.
Permulaan operasi agak lancar juga... kerana Inas tak berapa nak kisah sangat... tetapi tak berapa lama kemudian belum pun sempat habis rangka bunga... dah mula.
Main masak-masak pula dengan manik tu... mula-mula satu bekas saja tak ganggu bekas lain. Kemudian merebak pula ke bekas satu lagi... nak masak maknik katanya... 'Masak lah anak oi'... tak lama kemudian... bertambah lagi 'periuk' nak masak... sabar lagi.
Akhirnya... nah kau jadi bahan dalam blog kali ini. Bangun ambil telefon (kawan baik hehehe) buat-buat nak telefon ayah... kalau tahu nak tangkap gambar... dia tak suka. Dapatlah rakam beberapa keping gambar... sehingga dia perasan... stop dulu.
Ini pula cerita bergambar. Tau... korang bukannya baca sangat cerita merapu kat atas tu...
sesi pertama... goyang-goyang!!
sesi kedua... tambah lagi bahan... baru boleh masak sedap2
tambah lagi... bahan lain pula.
sesi ketiga... kacau-kacau biar sebati
hanya ini yang sempat umi siapkan. bila bekas manik umi dah disambar jadi bekas 'ketiaw'.... huhuhu
ini adalah corak jahitan manik yang sempat disiapkan terlebih dahulu...memang mencabar.
dan... inilah hasilnya campuran manik yang dijadikan bahan masakan...
Nampak gayanya umi kena sisih lah pulak manik-manik nie... oh tidak!!!!!
macam cerita musang berjanggut pulak.
Anak-anak kan.... kalau dilarang lagi dibuat, bila disuruh bertambah laju pulak nak buat. So, larangan biar berhemah...
Selamat lah kau anak.
Sekian adanya... nak sisih manik ni pulak... :P