Pengikut Setia

26 September 2013

Bukan Tiada Kerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pen Sheaffer pemberian sahabat-sahabat lama


Bukan tiada kerja
Ada kerja yang harus dan mesti disiapkan segera sebelum 'date line'
Di penghujung masa kerja yang hampir tamat untuk hari ini
Tiba-tiba datang satu kerja baru... katanya bukan nak cepat
Tetapi kelihatannya seperti nak cepat
Okey saya faham...
Saya perlu siapkan dulu kerja sekarang
Format baru untuk kegunaan semua

Kerja baru ini saya mulakan esok saja yer
Se awal pagi esok saya mulakan dan siapkan segera

Sementara itu...
Izinkan saya lakarkan sesuatu di dada kanvas blog ini

Kerana...
Saya sayang pen Sheaffer saya
Terima kasih sahabat atas pemberian bermakna ini
Sudah hampir sebulan saya kehilangannya
Terjumpa semula 2 hari lepas
Maka terurailah kerinduan
Perghhh....


Okey saya mulakan kerja semula...

*-*


Apabila Abid demam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Abid dan keluarga!


Sekarang memang musim penyakit ke?

Entah tak tahu lah.  Abid tu asyik demam, kejap kejap selsema dan sekarang tambah pula dengan batuk-batuk.

Tak bawa ke klinik?

Dah bawa malam tadi.  Doktor kata demam biasa jer.  Doktor bagi ubat batuk, selsema dan demam.

Kesian Abid.  Banyaknya nak makan ubat.  Sekarang ni dah pandai... menjerit-jerit tak nak makan ubat... Jangan bimbang... umi usahakan juga supaya Abid dapat makan ubat :D

Okey... boleh tak cakap macam ni kat anak?

Kalau tak nak makan ubat ... jangan demam!

Parah betul la...


Mana satu menjadi pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Taman Bonda - gambar hiasan


Aku jamin rumah di dasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar,

dan aku jamin rumah di tengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda,

dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.

(HR Abu Daud)



Carian