gambar hiasan |
Mohon mencelah sekejap. Mood kerja tiba-tiba jatuh kegaung (kedaung) sebab perut lapar. Hanya berlapikkan segelas pearl cafe dan nestum segera (3+1). Rasanya masih belum cukup untuk mengisi ruang kosong dalam perut yang semakin deras berkocak...
Semuanya gara-gara malas nak ke kafe sana kerana menunya biasa-biasa dan mungkin juga tak memenuhi selera tekak yang terlampau memilih. Perut lapar pun masih sempat memilih menu.
Maka disebabkan itulah terfikir untuk menulis mengenai diet. Bukan kerana saya pakar diet atau pakar pemakanan tetapi sebab saya hanyalah seorang isteri, ibu dan blogger.
Diet seorang isteri
Diet seorang isteri kerana hendak menjaga hati suami.
Maklumlah bila rasa sana sini penuh lemak, perutpun macam mengandung 8 bulan walaupun tidak mengandung... hati mula terasa sendiri.
Diet seorang ibu
Anak-anak pula mula bertanya soalan maut bercepu emas lagi... "Dalam perut umi ada baby ker? Yeayyy nak dapat baby lagi"... Jelingan manja harus segera dilemparkan.
Harus mulakan diet sekarang juga.
Diet seorang blogger
Diet bukan dengan cara berlapar tetapi mengurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.... betul ke nie wei????
Soalan ini harus dijawab dan biasanya jawapan rakan blogger memberikan insprasi untuk terus berdiet dan berblogging... hahahah ada kaitan ker?
Tiba-tiba teringat Menu Istimewa
"suka duka pentas dunia"