Pengikut Setia

13 Mac 2013

Catatan bertuah pada 130313

As salam,


Hari ini sekali lagi bercerita tentang nombor.  Nombor ini bukanlah sesuatu yang pelik atau aneh tetapi semua orang memang tertarik dan ramai juga yang taksub dengan nombor terutama nombor yang pelik-pelik.

Banyak kejadian yang berlaku pada hari ini 130313, Rabu bersamaan 1 Jamadil Awal 1434.  Antaranya:

1.  Anak-anak demam tak berapa nak kebah lagi.  Sesekali nampak macam demam tetapi bila dapat keluar rumah berlari ke rumah tetangga macam tak demam.  Anak-anak memang macam tu kot.  Walaupun demikian, tetap juga ke klinik dapatkan ubat demam, batuk dan selsema.  Mudah-mudahan mereka segera pulih.

2.  Terpaksa bercuti dari kerja hari ini kerana menguruskan beberapa urusan keluarga dan salah satunya urusan nombor satu di atas.  Sementelahan itu tertinggal beberapa acara menarik di pejabat.

3.  Tanpa disedari sebenarnya banyak perkara yang dipermudahkan urusannya.  Walaupun pada awalnya nampak macam sukar.  Semua itu adalah kurniaan dari Nya.  Alhamdulillah.  Urusan insuran kereta, pesuruhjaya sumpah, roadtax kereta dan keluarga.  Semuanya mudah.

Sekian, catatan yang tidak seberapanya ini dicatat pada tarikh keramat 13 03 2013 (4).

(^-^)
-

Wordless Wednesday: Pemandangan Biasa

As salam,


Berhampiran UTP

Simpang Bota Kanan

.

12 Mac 2013

Di sebalik bid'ah

As salam,

Tanpa banyak bicara.  Mata dah letih badan juga sudah semakin lengoh sana sini, belum habis lagi dengan urusan dunia.

Semoga urusan akhirat dipermudahkan.  Insya Allah.


gambar hiasan


Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.
(Hassan bin Athiyyah)


.

Carian