Pengikut Setia

23 Jun 2011

Jalan-jalan di tengahari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tengahari rembang nih, matahari atas kepala tetapi tak sanggup nak gambarkan kalau matahari tu sejengkal atas kepala.  Panasnya di dunia ni suhu baru jer menjangkau 31  darjah celsius (mana nak cari darjah tu ha?) tu pun dah berpeluh ketiak tak kira lagi dengan bau hapak badannya. 

Kalau yang tak tutup aurat ... I mean tak tutup kulit yer... dah pasti terbakar kulit... pakai lah losyen apa pun hazeline snow ker apa ker... rasanya tak berbaloi gak... kan ke bagus ditutup kulit tu... tapi tak bagus juga kalau ditutup kulit tu dengan sendat sesendatnya, sampaikan urat pun nampak berbekas... heisss... malu nak cakap la... kalau orang perempuan ... pakai la elok2 sikit nak keluar rumah tu... nak runjuk kat sapa... tak elok, kalau pakai kat rumahpun ada batasnya... ini kan pulak kat khalayak ramai...

Cukuplah dulu... berleter panjang lebar kat sini nanti kena block pulak blog nih... cuma masih bernasib baik sebab rasanya blog ni tak termasuk dalam senarai blog yang nak kena hack... Yang si hackers pun satu hal lagik ... kenapa nak menyusahkan orang...

Aye memang tak pandai la nak mengarang panjang-panjang macam si yuyu zulaikha aka kupu-kupu kecik.

Kadang-kadang idea datang bergolek ketika dalam kereta... tak sempat nak menulis.... kalau menulis dalam kereta alamatnya pening termuntah monggek la... tak pun masa ide datang masa tu lah notebook nak meragam... cubaaan dan halangan yang datang pasti hikmahnya ...

sekian adanya...
sarapan pagi 3 tahun lepas kot...

Nak buat permohonan lagi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada beberapa permohonan antaranya....


Aku berdo'a memohon kepada Allah tiga perkara. Allah telah mengabulkan dua perkara untukku; Dan kini aku menanti perkara yang ke tiga. Pertama, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menjadikanku sebagai orang yang zuhud terhadap dunia, dan kini aku tidak peduli apa datang kepadaku maupun apa yang pergi meninggalkanku dari perkara dunia. Ke dua, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) memberikan kekuatan kepadaku untuk bisa senantiasa menjaga shalat (fardhu dan nafilah), dan Allah telah mengabulkannya. Adapun yang ke tiga, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menganugerahkan kepadaku asy-Syahadah (gugur di medan jihad), dan hingga kini aku masih menanti kedatangannya. ('Amr bin 'Utbah bin Farqad)


Sekian... semoga bermanfaat

Tak tahu nak kata apa | Tunggu peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ayat skema pula.  Tak tahu nak kata apa kerana notebook ni dah meragam dan meragam lagi.  Nak tunggu peluang beli baru... hari ni hari gaji weh... tak boleh beli jugak... banyak lagi menunggu, dengan susu pampers anak.. dan barang-barang dapur... dah tu pula harga barang semakin naik... kalau lah ada kedai rakyat 1Malaysia kat sini kan bagus...


Hairan juga ya, macam mana boleh ada kedai jual murah untuk barang yang sama dan ada kedai yang jual mahal sangat untuk barang yang sama juga... ayat berulang yer...

Hentam jer la... sementara notebook ni masih boleh jalan...

Carian