Pengikut Setia

12 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com ,


Ben Ashaari : Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan (bukan episod cari gaduh!!!)

Apa pasal la pulak pagi-pagi nih, memang dok kering idea nak menulis sebab semalam punya cerita.  Tiba2 terjumpa idea nak buat cerita.  Dah macam tsunami yang melanda Jepun pulak.... memang dasyat... eh itu nak buat citer lain.  Catatan ini pasal Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan.  Saja-saja pulak nak menyibuk kat sini.

Okehlah dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek nih, aye nak jawab assignment nih..

1.Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
  • ikhlas atau tidak bergantung kepada blogger tu lah... ada sesetengah nampak macam main2 jer tapi kalau ikhlas dari jauh mana pulak aye tau kan... tapi kat blog aye tak ramai blogger lelaki yang bagi pendapat.


2.Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
  • heh!  bab ni kena tanya depa la pasai apa.  Tapi kalau ikut penasihat aye, kalau letak gambar takder privasi dan tak yah lah nak glamor sangat... yer ker...

3.Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
  • Secara umumnya lelaki berblog adalah untuk mengisi masa lapang daripada dok mengumpat dan melepak tak tentu pasal. Paling penting dapat lupakan masalah peribadi dan dapat kurangkan aktiviti merokok... heheheh ada betoi ka?

4.Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
  • Sebab kan.... eh lelaki kan sering dikaitkan dengan pepatah "perempuan keliling pinggang", mana ada pepatah untuk perempuan "lelaki keliling pinggang"... ngeh3.  Jujur aye katakan sebab blogger lelaki pandai buat ayat (ada tarikan kat ayat) dan catatan pun taklah peribadi sangat...  

5.Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
  • Soalan ni ... macam jerangkap samar la pulak... alaaaa... dah tau kan? Blog Bro Benashaari.com, Bro eyriqazz.com, denaihati.com, pakweku.blogspot.com ... bla bla bla... ada lagi... tapi tak dapatlah nak taip semua sebab ini adalah antara blog yang wajib diterjah setiap kali aye online... yang lain tu jangan kecik hati pulak... ada juga singgah tengok mood bila baca tajuk jer...

6.Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
  • susah nak jawab... sebab dah bahagia sebagai perempuan dan tak nak pikir sebagai lelaki pulak... ngeh3

sekianlah adanya... okeh siap..

11 Mac 2011

Bukan kerana publisiti | Mahal bukan Murah lagi bukan!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dah agak lama tak menyibuk dengan bloger nih... kalu dulu setiap kali dia buat segmen mesti nak join, kalau tak join rasa macam satu kerugian pulak.  Tapi sekarang nih tak dapat lah nak menyibukkan diri untuk join segmennya... tambahan dengan segmen yang berteraskan gender... heee tak kuasalah... bukan aye anti gender XX tu... sebab kalau tak der XX takder la YY kan?... heheh betoi ka...

Yang sebenarnya rasa macam tak selesa jer nak buat entry ni... kot2 nanti dia baca pulak dah jadi blog panas tak kena kutuk kaw kaw macam kopi kow pulak... tapi ada ker dia baca blog nih... rasanya tak pernah kot... sapalah aye... yer lah lagi pulak dah lama tak masuk segmen dia, senarai dalam blog list dia pun dah terkeluar... dah due kot... sebab dia buat segmen baru untuk masuk blog list baru 2011... aye tak buat entry utnuk segmen tu..  rasa cam malas sebenarnya culas.... hah!!! culas tu ape...  pi cari kat kamus dewan bahasa...

Erm... nak bagi tau ker sapa dia tu... tak yah lah... buat koleksi peribadi sendiri dah lah..."yang tau jer"

Di larang membuat bida'ah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Pada penghulu hari ini.... hanya ini dulu yang sempat diadakan...



Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.(Hassan bin Athiyyah)












terima kasih.

Carian