Pengikut Setia

01 April 2010

Apa akan jadi dengan anugerah cemerlang .... bila cemerlang tiada lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.
Mungkin juga bermula dengan entri kali ini ... atau mungkin juga sudah ada dalam entri yang lepas tetapi aye terlupa (Manusia mudah lupa).  Setiap entri perlu dimulakan dengan salam dan salawat ke atas Rasulullah s.aw.  'Peraturan' ini adalah untuk ingatan aye ... kerana aye pernah terbaca dalam satu artikel mengenai keperluan memulakan setiap penulisan dengan salawat ke atas Rasulullah (jika Aye salah... mohon diperbetulkan).  Aye faham apa yang dimaksudkan adalah setiap penulisan yang bertujuan untuk kebaikan ummah dan bukan untuk perkara yang 'lagha' (sia-sia).  Justeru itu, setiap penulisan kita (aye) hendaklah bukan atas perkara yang sia-sia... mungkin juga ada sikit... aye tak dapat nafikan kerana aye manusia biasa dan masih belajar dan akan terus belajar.

Mengapa cemerlang?

Terdetik seketika di dalam benak fikiran .... apa perlunya cemerlang
bukan bermakna tak suka atau menafikan perlunya cemerlang
Suatu ketika ketika belum mendapat anugerah cemerlang
setiap orang berlumba-lumba melakukan kerja yang terbaik
kerana ada anugerah cemerlang
tak dinafikan juga... ada insan yang memang sentiasa melakukan terbaik
kerana dia memang insan cemerlang
namun mengapa... bila insan itu mendapat anugerah cemerlang
dia seolah dicemuh atau dikritik... kononnya kerja untuk anugerah...
susahkan hidup ini?...atau memang suka menyusahkan hidup

Kita tidak selamanya leka...
biarlah insan itu dengan anugerah cemerlangnya
Kita akan dapat anugerah itu ... dengan usaha kita sendiri

Namun (menung seketika) .... bila dah dapat anugerah itu
Baru terfikir cemerlangkah aku???
Baru terfikir... susah rupanya bila dah dapat anugerah ini...
Prestasi dinilai setiap masa... seolahnya insan itu sudah cukup sempurna
sempurna kerana telah terima anugerah cemerlang

Terfikir juga.... cemerlang tetap cemerlang... laksanakan amanah tugas dengan penuh dedikasi....
~~~~

25 Mac 2010

Mana yang baik antara tutup mata atau tutup mulut atau na o mei?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dah agak lama juga tak mengarang guna ayat sendiri... asyik-asyik ambil idea orang lain dan dipanjangkan untuk pengetahuan semua dan juga untuk ingatan sendiri.

Hari ini, ... agak lama juga aye berfikir untuk buat tajuk artikel ni.... cuma peluang sekarang baru ada... Ye lah sejak ada blog ni.... apa saja yang terlintas di depan mata semuanya nak masuk dalam blog... tapi AWAS... harus hati-hati.... supaya tiada hati yang tersinggung.

Apa yang Aye maksudkan adalah berkaitan mulut.  Mulut ada macam-macam mulut, ada mulut tempayan jenis tak boleh simpan rahsia, ada mulut celupar yang suka cakap lepas jer, ada mulut laser yang cakapnya laju semacam laser tak ingat untung nasib semua lepas, ada juga mulut berbau... ini... mungkin sebab tak gosok gigi kot takpun sakit gigi.

Kenapa mesti tutup mulut bila ketawa?  Kerana ikut sunnah Nabi s.a.w. Bahkan Nabi sendiri pun bila ketawa hanya ternampak sebaris gigi yang putih tak pulak sampai berdekah-dekah nak keras perut.

Ada juga sebilangan orang kata dan itu pendapat masing-masing lah kan... baik diam daripada berkata-kata.... maksudnya .... diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah dan menyusahkan orang.  Itu juga bagus dan aye setuju.

Ada lagi orang suka diam jer... biarlah orang lain nak kata apa.... yang ini kekadang aye pun tidak berapa setuju... sebabnya ada baiknya kita bersuara bagi menjelaskan perkara yang sebenar... jangan sampai orang jual nama kita dan maruah kita dipermainkan.  Berani kerana benar.

Yang sebenarnya, hari ini Aye rasa macam nak tutup mulut.  Tak mau bercakap lagi, ... sebabnya... Aye nak bertapa dalam bilik fail..... buat kerja sorang2 mana nak bercakap plak.... kan... SUSPEN JAP.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22 Mac 2010

Wanita semuanya ada kelebihan... Namun mengapa masih ada yang kurang

Salam sejahtera,
Just want to share, may it usefull to all of us... just read or see it....

Wanita ini akan mempunyai kekuatan mempesona laki-laki.
Dia dapat mengatasi beban bahkan melebihi laki-laki.
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum bahkan saat hatinya menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.
Mampu berdiri melawan ketidakadilan.
Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.
Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya. Dia membawa temannya yang sakit untuk berobat.
 
Yang Penting.... Cintanya tanpa syarat
 
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang
Dia girang dan bersorak saat melihat kawannya tertawa
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran
 
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian
Tetapi dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka

Namun....
Hanya ada satu hal yang kurang dari wanita:....
Dia lupa betapa berharganya dia...
~~~~~

Carian