Pengikut Setia

25 Jun 2009

Selsema??

Dalam dok kecoh pasal H1N1 tetiba aye plak kena selsema, suspen gak... cuma selsema biasa jer sebab perubahan cuaca... ye lah dalam musim panas tetiba hujan... pas tu kat ofis plak dok terperap dalam econd, keluar panas... keje pun kekadang takder rest... makan ubat nanti baik la...

soh seh...soh seh...

23 Jun 2009

REJAB yang menjelang tiba

KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhdhttp://www.ashtech.com.my

19 Jun 2009

Jangan leka







Firman Allah S.W.T. bermaksud :“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak diperguna untuk memahami ( ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak diperguna untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak diperguna untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”.

Kelalaian menjadikan seseorang itu hilang sifat-sifat keinsanannya. Hati yang tidak disinari nur Ilahi menjadikan dirinya mendambakan diri kepada sesuatu yang membawa kehancuran. Lantaran itu mata dan telinga diperalatkan serta jasmani diperkudakan untuk mencapai kepuasan. Lalai mempunyai pengertian yang luas dan setiap insan tidak terkecuali dari sifat ini. Antara jenis-jenis kelalaian manusia ialah:
* Lalai terhadap perkara yang membahayakan dan mendatangkan murka Allah S.W.T.
* Lalai terhadap amalan yang boleh menyelamatkan diri dari azab Allah S.W.T.
* Lalai terhadap modal utama yang diberikan Allah S.W.T. iaitu masa, waktu, umur.
* Lalai terhadap tujuan utama manusia dihidupkan.
* Lalai terhadap tugas islah, dakwah dan tarbiah kepada diri, keluarga serta masyarakat.
Sifat lalai ini melanda setiap peringkat manusia samada ia seorang yang berilmu, seorang abid (beribadat), seorang dermawan, seorang yang kurang ilmu, seorang miskin dan sebagainya. Contohnya, surah al-Ma’un ayat:4 mengandungi ancaman Allah S.W.T. terhadap seseorang yang mendirikan solat tetapi lalai dalam solatnya. Seorang hartawan yang bakhil atau dermawan yang riak adalah termasuk dalam kategori orang yang laiai, begitu juga dengan seorang yang kurang ilmu tetapi tidak berusaha mencari ilmu.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Bermacam fitnah datang ke hati bagaikan tikar dianyam selembar demi selembar. Setiap kali hati menerimanya, maka tertitiklah padanya titik-titik hitam dan setiap kali hati menolaknya akan tertitik padanya titik putih sehingga akhirnya hati dikategorikan kepada dua jenis iaitu satu berwarna putih seperti batu karang yang licin. Hati jenis ini tidak akan terpengaruh oleh fitnah selama langit dan bumi masih ada. Manakala satu lagi berwarna hitam pekat bagaikan cangkir hitam yang terbalik. Hati jenis ini tidak mahu menerima kebaikan dan tidak mahu menolak kemungkaran. Hati jenis ini tidak mahu menerima kecuali apa yang diinginkan hawa nafsunya”.
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Carian