Pageviews

05 Jun 2015

CPUV ke-2 Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-2 Jun 2015.  Kali ini tiba giliran Doraemon pula memeriahkan blog YangBaik.  Sungguh tidak sangka juga dalam kesibukan yang membataskan masa dan ruang untuk update blog Nuffnang masih sudi lagi menempatkan CPUV untuk kali ke-2 bagi bulan Jun 2015.


CPUV ke-2 Jun 2015 | e-Curve Doraemon


Agak berbeza juga kerana kali ini CPUV ini hanya terlekat satu siri saja.  Mungkin juga kerana blog kurang aktif lantaran itu hanya satu CPUV sahaja diletakkan berbanding CPUV yang lepas-lepas.

Apa pun terima kasih kepada Nuffnang dan Doraemon kerana berCPUV di blog YangBaik.  Tak sempat nak tinjau iklan CP bagaiman yang singgah.

Sekian.




04 Jun 2015

Hasil karya Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil karya Inas Insyirah. Setiap seorang dari anak kita pastinya mempunyai bakat dan kepandaian tersendiri. Tidak kiralah kebolehan memuralkan dinding bilik, dinding almari atau daun pintu. Anak-anak kadang-kadang tanpa disedari sebenarnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mungkin juga menjadi satu kerugian kepada kita kiranya kita terlepas mana-mana daya kreativiti.

Ada ketikanya kreativiti itu datangnya seketika, hanya kita leka maka kita tidak sedar bahawa kreativiti itu terbantut bilamana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya mengenai kebolehan mereka.



Gambar di atas adalah hasil karya Inas Insyirah. Lakaran itu terhasil daripada tekapan melalui cetakan huruf yang ada pada "papan huruf". Tak perlu dibetulkan gambar itu kerana memang lakaran itu kelihatan seperti huruf yang terbalik kerana "papan plastik" itu diletakkan terbalik. Inas barangkali pernah melihat umi atau abangnya melakar nama pada kertas untuk satu projek kraftangan. Dan, dia meniru perbuatan itu tanpa disedari papan itu terbalik atau memang sengaja diterbalikkan.

Pemikiran anak berusia 4 tahun, kadang tidak terduga terutama bila saraf otaknya bersambung dengan terlalu pantas.

Hendak kenal siapa Inas Insyirah, boleh lihat melalui label/link yang tertera namanya di bawah entri ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway by Syira Lokman.  Rajin juga blogger sorang ni, dalam sibuk-sibuk dengan pengajian masih sempat lagi anjurkan giveaway.  Walaupun sekadar mini giveaway, bukan calang-calang orang mampu laksanakan dengan baik.  Selain daripada masa, komitmen kepada peserta giveaway juga amat penting.  Nak kena update senarai peserta dan juga lihat sejauh mana peserta ikut syarat.

Untuk rekod selain daripada menguruskan blog peribadinya, Syira Lokman turut kendalikan blog berkaitan aktiviti pembelajarannya dan juga ada butik.

Nak tahu lebih lanjut sila klik banner di bawah.


Banner Mini Giveaway Syira Lokman

http://syiralokman.blogspot.com/2015/05/mini-giveaway-by-syira-lokman.html

Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan kepada bakal pemenang untuk Mini Giveaway Syira Lokman:-

  1. Wang tunai RM30 x1 [gnor.gnur]
  2. Wang tunai RM10 x1 [ikazulaikh]
  3. Wang tunai RM10 x2 [Aimi]
  4. Wang tunai RM20 x1 [BarakahCollections]
  5. Wang tunai RM10 x2 [mrspuex]
  6. Wang tunai RM10 x1 [khaty]
  7. Tapak Iklan free selama sebulan x1 [Syira]
Pemilihan pemenang dibuat Syira sendiri.

Segmen ini tamat pada 10 Jun 2015. 

Jom klik banner di atas untuk turut serta dan memeriahkan Mini Giveaway Syira Lokman.