Pengikut Setia

01 April 2026

Sunyi Itu Perlu, Tapi Menulis Itu Rindu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sunyi Itu Perlu, Tapi Menulis Itu Rindu



Sunyi blog ini setelah beberapa bulan tiada sebarang cerita.
Rindu untuk menulis itu tetap ada.
Hanya kekuatan yang tidak cukup kuat untuk menulis.

Sepanjang tempoh “sunyi” ini, bukan tiada cerita untuk dikongsi, tetapi mungkin saya sendiri sedang melalui fasa memahami diri, kehidupan, dan arah yang ingin dituju. Kadang-kadang, kita perlu berhenti seketika bukan untuk mengalah, tetapi untuk mengumpul semula kekuatan sebelum melangkah lebih jauh. Dan hari ini, langkah itu bermula semula di sini.

Semoga langkah itu kembali segar seperti dahulu yang penuh dengan warna suka duka.

19 September 2025

Mengapa Perlu Motivasi Pagi Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

 

Motivasi Jumaat

Motivasi Pagi Jumaat 


Pagi Jumaat bukan sekadar permulaan hari,
tetapi ia adalah peluang baru untuk kita muhasabah & perbaiki diri.  

Banyakkan selawat, luangkan masa dengan Quran, dan berdoalah sungguh-sungguh.  
Sebab pada hari Jumaat, ada satu waktu yang doa tak akan ditolak.  

Kalau semalam rasa berat, hari ni kita minta Allah ringankan.  
Kalau hati rasa jauh, hari ni kita rapatkan semula.  

Allah tak pandang siapa kita semalam,  
Tapi Allah sangat sayang bila kita usaha jadi lebih baik hari ni.  

Selamat Hari Jumaat 💚  
Semoga rezeki, rahmat & ketenangan Allah sentiasa bersama kita.

Terima kasih.

14 Julai 2025

Sakit badan tetapi tidak tahu punca

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sakit badan tetapi tidak tahu punca

Tidak tahu punca dari mana
rasanya takder buat kerja berat
sekadar duduk mengait, basuh kain pun guna mesin basuh
masak juga tidak, ada jemputan makan di Ipoh
balik Ipoh, panaskan lauk-lauk yang dibungkus
Kain baju dalam bakul tak berlipat
Hanya iron baju yang nak pakai hari Isnin





Mungkin juga sakit2 badan kerana makanan semalam
atau kerana mood pagi ini yang bercampur baur
disebabkan tak cukup rehat
atau kerana terlebih rehat
... entahlah

Tapi hari ini mood betul2 tak berapa nak jadi
Entah kenapa malas juga menguasai diri

Masih mencari punca

Carian