Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kraftangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kraftangan. Papar semua catatan

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.

05 Ogos 2013

August 2013 Blog Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


August 2013 Blog Giveaway

Giveaway ke-8 untuk tahun 2013 oleh blogger Lin Handmade Greeting Cards.

Di antara hadiah yang bakal dimenangi adalah:

1. 8 jenis ribbon bercorak.
2. 6 keping kertas kraf.
3. 10 keping kertas putih bercorak.
4. 5 paket kertas quil pelbagai warna.
5. 1 unit template bulat.
6. 1 unit jarum quil.

Langkah mudah untuk menyertai giveaway ini sila klik pada gambar di atas.

Giveaway berlangsung sehingga 1 September 2013.

Sekian. 


17 Februari 2013

Interesting People | Terima kasih

As salam,


Menarik sangat ke?  Sungguh-sungguh terharu dan teruja sekali.

bloglist

Mungkin juga sesuatu yang baru ataupun sudah lama diletakkan di situ tetapi aye tak perasan... aye tak sangka pula hingga begitu sekali penghormatan yang diberi.  Terima kasih kepada Aiza , pemilik blog kaitbenangkait.

kaitbenangkait.blogspot.com