Pageviews

12 Disember 2023

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ðŸŒ¹


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga




8 JAMADIL AWAL 1445H | 12 DISEMBER 2023  |  SELASA
8 JAMADIL AWAL 1445H | 12 DISEMBER 2023  | SELASA


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya


KITA PERLU BELAJAR HANYA IKHLAS


Hiduplah dengan rendah hati, walaupun seberapa banyak kekayaan kita.

Berfikirlah positif, sekali pun begitu keras kehidupan sedang kita lalui.

Berikanlah banyak, meski pun menerima sedikit.

Jangan membenci sesiapa pun, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang mereka lakukan kepada kita.

Tetaplah menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah melupakan kita, dan jangan lupa mendoakan yang terbaik buat orang yang kita sayangi.

Ketika hanya melihat satu sisi dari manusia, kadang2 kita memuliakannya, atau di lain sisi kita menghinanya.

Tetapi jika kita melihat dari dua sisi, maka kita akan mengasihinya, seperti mengasihi diri sendiri.

Manusia selalu ada sisi baik dan sisi buruk.

Terkumpulnya keburukan dalam diri kita banyak disebabkan oleh seiringnya kita memandang buruk kepada orang lain.

Pandanglah selalu orang lain dari sisi baiknya.

Maka kebaikan akan terkumpul pada diri kita.

Setiap kebaikan yang kita berikan pada setiap orang, akan mendatangkan berkat dan keselamatan pada hidup kita.


SEMOGA BERMANFAAT.

5 ulasan:

  1. Allahuakar,,betul sgt sis..terima kasih atas peringatan...semoga terus istiqamah menjadi orang yg berfikiran positif..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Alhamdulillah. semoga sama2 terus iqtiqamah

      Padam
  2. setiap hari mengajar kita sesuatu, dan kita memang belajar sesuatu hingga akhir hayat kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul... kita sentiasa istiqamah untuk buat baik.

      Padam
  3. Ikhlas mudah disebut, besar cabaran nak fahami Ikhlas. moga kita tergolong dalam mereka yang ikhlas

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.