Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga. Papar semua catatan

21 Februari 2014

Bakawali kembang malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bunga Bakawali.  sumber google
Bakawali kembang malam
Harumnya menusuk kalbu
Melintas lalu menyerlah waktu
Sekian lama menyepi meyimpan bau

Bakawali pemalu kembangnya satu
Diamnya menyuntik menyusun waktu
Melayar dedaunan di ombak waktu
Diamnya sepi ombak membatu

Bakawali kembang malam
Wangiannya menawan nak dara merindu
Umpama pungguk jenuh menunggu
Kembangnya bakawali terubat rindu

Nukilan:  yangbaik |  210202014 | 8.20 am


suka duka pentas dunia


$$$

06 Februari 2014

Bunga Kertas berasal dari kertas berwarna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bunga kertas yang mekar di laman bonda.
sumber gambar:  Instagram #yangbaik


Bunga kertas berasal dari kertas warna.  Itulah permulaan pengenalan mengenai bunga kertas.  Masih teringat ketika zaman kanak-kanak, selalu siram pokok bunga di laman bonda.  Banyak jenis bunga; bunga kertas, bunga 3 bulan, bunga kekwa bunga rose jepun, juga pokok puding.  

03 Oktober 2012

Wordless Wednesday: Bunga Putih tu namanya apa?

As salam


Tiada bau, warna putih bersih

sejenis tumbuhan paya

Pokoknya ada ranting untuk bunga

Apa namanya?

12 Disember 2011

Al kisah sekebun bunga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tersebutlah kisah suatu hari di sebuah pusat jualan bunga di perkarangan letak kereta TESCO Seri Manjung.  Kisah terjadi seminggu yang sudah tetapi baru saja dikisahkan untuk sejarah dan tatapan.

Maka berikut dititipkan fotonya untuk tatapan.  Semoga tidak mengecewakan.

Ada empat jenis bunga, bermula dengan kanan atas Bunga Raya Mexico, bawahnya Bunga Sirih Emas, sebelahnya Bunga Sunting Dayang, atasnya kurang pasti tiada tertulis pula... ada sesiapa yang tahu... bunga cantik macam riben yang dipotong dan dicampakkan kat atas daun tu... sukaaaaa
 


Dari tiga jenis pokok bunga di atas tu... hanya satu sahaja yang betul-betul pasti namanya iaitu
Alamanda Curry.  Mana satu?  Sesiapa yang tinggal di Alamanda Putrajaya pasti tahu mana satu kan?  Pokok yang lain tu minta maaf le kurang pasti nak letak nama apa...


Gambar di atas dah sah Bunga Orkid, cuma dan masih lagi Yangbaik tidak tahu nama penuhnya...
 
 
Last but not least, gambar wajib tayang, bukan jer kat panggung wayang yang ada syarat dan tempoh wajib tayang tapi kat blog pun ada juga.  Apataknya kalau dah berjimba ramai-ramai diikuti dengan pegawai pengiring ala-ala pengawal peribadi maka wajiblah tayang wajah-wajah kesayangan hamba ... tertinggal lagi satu wajah dan wajah itu adalah milik Inas Insyirah...

Sekian adanya sesi bercerita perihal bunga-bunga yang mekar di pusat jualan.  Entah bila pula bunga-bunga itu akan turut mekar di halaman rumah Yangbaik.

"Sibuk bukan alasan"

..

28 Mac 2011

Monolog sambungan sebuah pengharapan yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


... sambungan kisah sebuah pengharapan yang tertinggal...

-  Kita mengharap kepada keadaan.  Adakah keadaan mampu membantu kita, lantas ia menjadikan kita berserah kepada nasib semata-mata tanpa perlu berusaha.  Sama seperti tawakkal, setlah berusaha sehabis ikhtiar dan daya upaya maka nasih mana yang menyebelahi kita, kita akan terima dan reda.  Namun adakah kita sepanjang masa bergantung kepada nasib yang baik... bagaimana sebaliknya?


-  Mengharap kepada masa.  Sama ada tempoh untuk sesuatu yang akan berlaku itu dipanjangkan kerana kita kurang bersedia.  Atau mengharapkan masa itu tidak akan berlaku kerana kita langsung tidak bersedia.  Adakah itu boleh dijadikan ukuran untuk kita tidak berusaha atau berhenti berusaha.  Dan harus ingat masa juga bukanlah alasan untuk kita melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak suka.  Suatu masa... saat itu akan tiba juga sama ada kita sudah bersedia kurang bersedia atau tidak bersedia.

-  Mengharap kepada alam dan suasana.  Bagaimana harus kita menyerahkan harapa kepada alam dan suasana .... tidak terduga dek akal...

-  Semua pengharapan itu andai bergabung akan kembali ke bahu kita.  Kerana kita tidak mampu "berdiri di atas bahu gergasi" yang begitu tinggi lantas menjadikan kita gayat dengan ketinggian itu.  Kita juga tidak mampu menyaksikan harapan itu berlalu pergi tanpa kembali lagi.



-  Bukankah lebih kita kita terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab serta bersedia untuk dikritik dan ditegur.  Daripada teguran itulah kita belajar dan mampu berdiri sendiri.  Dan, janganlah kerana takutkan teguran lantas menjadikan kita tidak berusaha dan menyalahkan semua yang ada di sekeliling kita... kononnya 'orang itu/orang lain' tidak boleh harap .  Bukankah harapan itu ada juga pada kita?...

layanzzzzzzzz

03 Mac 2011

Kebaikan hati yang kita tak nampak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


gambar hiasan:  Bunga azalea yang berkembang di sebuah taman di Jepun


















Setelah sekian lama bermain dengan kata-kata, ada masa kita kekeringan idea untuk berkata-kata, ada ketika itu kita mahu mendiamkan diri, tetapi mampukah kita melihat saja apa yang berlaku di sekeliling kita?  Mahu tidak mahu kita akan bercakap sendiri... kalau orang lain dengar dah dicopnya kita sebagai 'hilang skru' tak pun ada 'wayar dah putus'.

Andai ada yang tidak berkenan di hati, pasti hati akan berkata-kata mungkin juga itu menandakan masih ada sedikit kebaikan di hati kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.  (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)