Pageviews

04 September 2014

Benci tanpa dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Mungkin juga pernah terjadi kepada kita.
Sama ada kita yang dengan sengaja membenci orang atau orang yang kita tidak kenal benci kepada kita.

Tentu kita akan terasa sedih atau kecewa bila mana ada orang yang tidak kenal kita tiba-tiba membuat cerita yang tidak betul tentang diri kita.

Kita tidak berpeluang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana kita tidak tahu apa yang diceritakan. Kita juga tidak tahu dengan siapa lagi cerita buruk itu dihebohkan. Tiba-tiba sampai ke pengetahuan kita... sedangkan kita tidak kenal rapay dengan dia dan dia juga tidak kenal sangat dengan kita.

Muhasabah diri, semoga kita tidak membenci orang.

posted from Bloggeroid

2nd Giveaway by Miminadam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2nd Giveaway by Miminadam

klik banner untuk join

saya suka sangat join Giveaway.
bukan sekadar buat entri tetapi boleh tambah kenalan dari kalangan rakan blogger baru
saya juga suka join giveaway mengikut mood.
Bukan kerana pilih kasih tetapi kerana ikut kelapangan semasa giveaway itu dianjurkan
kadang-kadang kerana hadiahnya yang menarik
ada ketikanya juga kerana syaratnya yang tidak susah

ehhh
dah jadi macam cerita diri saya pula.

Okeylah... berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan untuk giveaway ini.

Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang

Jom kita bagi sokongan kepada Mimin.  
Klik banner di atas untuk turut serta dalam giveaway ini.

Selamat buat semua.

^-^

Jangan sampai tertipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jangan sampai tertipu


Apa lagi yang nak dikatakan tentang nasib kita sendiri.
Kadang-kadang kita tertipu dengan diri sendiri.
Kerana kita tidak tahu dan tidak ingin ambil tahu.
Kerana kesilapan kita juga atau mungkin juga kerana kita sendiri tidak sengaja.

Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka
(Bilal bin Sa'ad)


Jangan sampai tertipu.