Pageviews

09 September 2011

Akhlak mulia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.
(HR Ibnu Majah)




Sekian.  Semoga bermanfaat

Hantu Bonceng 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


 sumber gambar
Hantu Bonceng ditayangkan di pawagam serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.

Menurut Ahmad Idham pengarah filem berkenaan, "Hantu Bonceng" adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej.

Best sangat ker tengok filem Hantu Bonceng ni.  Daripada review yang sempat aye jenguk kat youtube, nampak macam bagus jer.

Maaflah aye tak dapat nak review panjang-panjang filem ni, sebab tak tengok sepenuhnya.  Seperti yang lepas-lepas juga ayat skema aye ... tak pergi panggung.  So, tunggu ajelah CD keluar baru beli kalau tidak pun tunggu keluar di TV. 

Nak buat cerita pasal Hantu Bonceng la sangat... konon.  Tapi tak tau nak bercerita sebab tak tengok lagi.  Apa pun kisahnya filem Hantu Bonceng, telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, sekaligus mencipta sejarah dengan kutipan tiket tertinggi ketika musim perayaan.

Hm... agaknya berapa kutipan keseluruhan nya yer?  Kita tunggu jer lah...

SAYA ANAK MALAYSIA MERDEKA.

.

08 September 2011

Lawatan ke Klinik Desa bersama Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini 8/9/2011, adalah hari lawatan ke klinik desa di Felcra Nasaruddin Bota bersama Inas Insyirah.
Lawatan biasa-biasa untuk dapatkan perkembangan klinikal berat badan, ukur lilit kepala, panjang dan perkembangan psikomotor... eh ehe... seperti pergerakan tangan dan kebolehan komunikasi... ba ma da... lalalla.. heee

Berat Inas dah naik sikit...

Gambar terbaru Inas Insyirah setelah berusia 8 bulan ketika di Klinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan akan dikemaskini petang atau malam ini. 

Sekian.... *.*





.