Pageviews

26 Februari 2011

Servis Kereta di Tiang Siang Sitiawan | Guna Petronas Syntium Dapat Mug

Assalamualaikum,


Catatan dibuat bagi pihak seseorang yang telah dengan gigihnya baru-baru ini servis Proton Exora 1.6 (MT) di Tiang Siang, Sitiawan.  Servis untuk kali yang ke berapa 'tak hingat'...

Antara kandungan dalam servis berkenaan adalah Petronas Syntium 800 SL 10W/30 ... dapat hadiah mug cantik macam dalam gambar kat atas (abaikan X kat bucu gambar)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tiang Siang memang tip-top tetapi belum lagi mencecah 10/10 atau 9/10.  Semasa menunggu kalau boleh bawa laptop Toshiba Satellite L200 atau notebook 1Malaysia, iPad pun buleh jugak... naik tingkat 1 kat cafe ada ruang untuk berblogging atau berfaceblog kerana di situ ada ruang wifi percuma, sambil minum secawan nescaffe bersama roti bakar, agak2 nak santai lagi buleh makan aiskrim... Magnolia sherbet?... tak tengok lagi... rasanya tak der kot sebab peti aiskrimnya kecil jer.  Selain dari itu boleh merayau-rayau kat ruang pameran tengok jugak berbagai jenis kereta antaranya Honda, Toyota dan Perodua.  Dah puas merayau boleh baca surat khabar atau menonton tv.

Kalau nak beli kereta pun buleh juga.  Cari En Haship, layanannya memang memuaskan.

...

25 Februari 2011

Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


 
Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com

Giveaway yang mudah sangat-sangat oleh Fitrihadi.com.    

Untuk bersama-sama merebut wallet Polo itu... klik pada gambar di bawah.

sekian.

23 Februari 2011

Umpama menanam tebu di tepi bibir

Umpama menanam tebu di tepi bibir



Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Terima tebu dari jiran, tetapi tiada siapa yang boleh uruskan.  Kesian anak2 tak tau cara makan, ummi nak buat pun masih dalam pantang... tak buleh la pulak nak ketuk2 dan kerat2 tebu tu.  Ada pembantu pun kesian juga, semua nak harapkan dia.  Ayah pulak asyik sibuk dengan kerja. Sudahnya setelah tempoh pantang tamat.... tebu pun dah kering... nak buat macam mana lagik... tengok jer la...

apa kaitan pulak dengan tanam tebu di tepi bibir...tiada kan

macam nie... tanam tebu di tepi bibir tu maksudnya; manis mulut bercakap tapi hati lain macam cakap tak serupa bikin jugak...

~~~~~~~~~~~~

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.  (HR Bukhari dan Muslim)