Pageviews

Memaparkan catatan dengan label bloggeroid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bloggeroid. Papar semua catatan

22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

21 Ogos 2014

Sayu tinggalkan anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pagi-pagi siapkan anak-anak ke sekolah seperti biasa. Umi dan ayah pun bersiap seperti biasa juga. Beli kueh dan mee goreng untuk sarapan anak ke sekolah. Nak masak-masak tak sempat sebab umi perlu siapkan keperluan untuk seminar hari ni dan esok. Bukan tak boleh siapkan awal-awal tapikan... mood nak tinggal anak memang macam tu... malas jer.... kannn

Sebelum hantar anak ke sekolah baru cakap apa yang bakal berlaku hari ni dan esok kepada anak-anak. Nampaknya mereka seperti faham bahawa mereka akan ditinggalkan kerana bukan sekali dua mereka ditinggalkan. Tetapi umi tak tahu pula bagaimana perasaan mereka yang sebenarnya.

Seperti biasalah pesanan umi kepada anak-anak... jangan nakal2, main elok-elok dengan adik, abang dan kakak...jangan gaduh-gaduh dan macam-macam lagi....

Kalau ikutkan hati nak bawa mereka semua ke ILU... biar mereka sentiasa kelihatan di depan mata. Biar jeritan dan tangisan mereka didengari dan difahami.

Kadang-kadang terfikir juga bila dah tua nanti... kena tinggal pulak dengan anak-anak... hmmm

Entah lah.... kitaran hidup kan memang begitu...

posted from Bloggeroid

Takut kena saman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kita takut kena saman sebab kita nampak 'orang' yang saman kita dan kita tahu kita di saman atas sebab apa. Kita juga tahu kesannya apabila kita kena saman iaitu saman itu akan menyusutkan tabungan kita serta rekod kita juga akan tersimpan rapi oleh pemberi saman. Maksudnya kita termasuk dalam senarai orang yang pernah kena saman kerana melanggar peraturan... kan?

Bukan nak kata orang lain, saya juga begitu.

Namun kita kadang-kadang terlupa akan azab yang bakal kita terima apabila kita melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Besar. Kerana kita nampak kesannya sekarang walaupun kita pernah mendengarnya atau membaca mengenainya di mana-mana.

Sekarang! tidaklah bermaksud kita boleh melanggar peraturan yang dibuat oleh manusia. Kerana setiap peraturan di dunia ini juga mengajar kita untuk lebih mematuhi peraturan hidup yang hakiki. Supaya hidup kita teratur dan lebih mudah.

Entri ini pastinya berkait rapat dengan apa yang berlaku pagi tadi.

Semoga kita menjadi manusia yang berdisiplin dan mendapat rahmat dunia dan akhirat.

posted from Bloggeroid

16 Ogos 2014

Menahan sabar nak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Gambar hiasan


Sabar nak makan? Bunyi macam pelik jer. Korang baca pun rasa pelik apatah lagi saya yang menaip entri ni. Jenuh fikir nak buat tajuk apa.

Sabar. Kejadian ini terjadi ketika di stesyen minyak menemani suami isi minyak kereta. Kalau saya tak ikut memang saya tidak nampak apa yang berlaku.

Tak tahu nak katalah, apakah disebabkan saya yang berusia lebih dari mereka atau kerana saya sakit hati sebab tidak suka makan sambil berjalan atau sebab apa... yang pastinya memang saya tidak suka dan tidak selesa dengan apa yang saya nampak tadi.

Apa yang saya nampak? Saya nampak seorang gadis memegang sebuku roti berjalan ke kaunter stesyen minyak sambil mengigit roti yang dipegangnya. Seketika dia berhenti mengunyap ketika bercakap dengan staf di kaunter. Sejurus sebelum kembali ke keretanya dia mengunyah lagi roti di tangannya. Sampai di kereta dia terus masuk dan urusan masukkan minyak dilakukan budak lelaki yang dari tadi menunggu di penjuru belakang keretanya.

Pandangan saya, kenapa tidak ditinggalkan saja roti itu di dalam kereta tak perlu bawa ke kaunter stesyen minyak. Bukankah lebih baik makan roti ketika di dalam kereta dan tidak perlu makan sambil berjalan. Jika pun lapar sangat... sabarlah sekejap tak sampai 10 minitpun dari kereta ke kaunter dan kembali semula ke kereta. Tidak molek sangat makan sambil berjalan. Tidak manis dan nampak sungguh kurang sopan.

Semoga anak-anak saya tidak terpengaruh dengan perbuatan tidak senonoh itu.

Utamakan kesabaran dan keselamatan.
posted from Bloggeroid

14 Ogos 2014

Teaser | Huawei MediaPad X1 7.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Secara kebetulan hadiah untuk diri sendiri bukan sempena hari lahir atau ulangtahun perkahwinan atau kerana naik pangkat.

Hadiah ini amat bermakna dan nikmat ini disyukuri.

Semoga ada masa terluang dan saya mampu untuk menghasilkan cerita disebalik gajet ini.

Terima kasih semua!

02 Ogos 2014

Kelebihan Istighfar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Saya nak berkongsi kelebihan istighfar dengan pembaca blog ini.
Semoga kita sentiasa mengamalkan istighfar setiap masa.
Banyak kelebihannya bila beristighfar.
Tidak rugi apa-apapun malahan dapat untung lagi.

Terima kasih atas perhatian semua.
posted from Bloggeroid

01 Ogos 2014

Jangan dibiasakan yang biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sekali lagi tiba-tiba nak berkongsi cerita.
Cerita tentang sikap dan tingkahlaku anak.
Juga cerita tentang penerimaan anak-anak mengenai perkara yang biasa terjadi dan biasa dibuat.

Al-kisahnya anak-anak tak kira usia semuanya suka komik.
Komik bukan sahaja untuk dibaca tetapi juga untuk dilihat.
Kerana komik ada tarikannya yang tersendiri.
Komik bukan sahaja ada cerita tetapi juga gambar dan warna tidak ketinggalan juga iklan.
Anak yang pandai membaca akan membaca, tidak kiralah hingga habis atau separuh jalan cerita.
Bila ditanya kenapa baca tak habis
Anak jawab "biasalah!"
Memang umi tak suka dengar.
Jangan dibiasakan yang biasa.
Baca sampai habis baru boleh faham jalan ceritanya.
Biasakan membaca sehingga habis barulah tak sia-sia buku itu dibeli.

Sketsa lain pula.
Kelihatan komik itu seperti terkoyak.
Ada helaian yang hilang.
Bila ditanya ke mana perginya helaian yang terpisah itu?
Jawapan "biasalah!"
Memang tak suka dengan jawapan itu.
Jangan dibiasakan koyak buku walaupun komik.
Kerana setiap helaian itu ada nilainya.

Ditanya lagi siapa yang koyak.
Jawapan sama "biasalah!"
Adik yang kecil juga punya kerja.
Jangan dibiasakan letak buku dan komik merata-rata kerana adik tidak mengerti nilainya.

Maka... adik yang tidak mahir membaca juga perlu diajar "jangan biasakan" koyak buku ataupun komik.

Sekian. Sudah tiba masanya "Jangan dibiasakan" perkara yang yang biasa sekiranya perkara itu tidak elok.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

27 Julai 2014

Dah dapat duit raya

Assalamualaikum dan selamat



Duit raya untuk anak-anak. Sukanya!

Duit raya memanglah sinonim dengan hari raya.
Orang yang paling gembira apabila menjelangnya hari raya adalah anak-anak dab kita juga ... yang suatu ketika dulu pernah mengalaminya.

Hari raya hari untuk bergembira jadi kita juga akan dapat bergembira apabila kita beri kegembiraan kepada orang lain.

Anak-anak dah dapat duit raya, mak bapaknya belum lagi.



posted from Bloggeroid

17 Julai 2014

Kena rotan kerana pakaian sukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan

Sepanjang bulan puasa anak-anak pergi sekolah seperti biasa. Kadang-kadang awal kadang-kadang lewat sikit. Hari yang lewat tu sebabnya lepas sahur tidur semula.

Pakaian ke sekolah seperti biasa juga. Sebabnya umi tak terimapun surat dari sekolah berkaitan etika berpakaian di sekolah untuk bulan puasa nie. Jadi semua pakaian sekolah disediakan ikut jadual seperti biasa. Hari yang ada PJ pakai pakaian sukan... begitulah setiap hampir 2 minggu ini.

Agak terkejut juga, petang tadi bila anak cerita hari ini kena rotan dengan cikgu disiplin sebab pakai baju sukan.

Pukulan itu mungkin tidak sakit tetapi tetap juga ada nampak kesannya di tapak tangan.

Seketika terkejut dan timbul juga rasa marah. Tetapi bila difikirkan semula... mungkin juga cikgu pernah cakap sebelum ni ... tak perlu pakai baju sukan pada bulan puasa ... tetapi budak-budak kan... kadang tak bagi perhatian sangat. Jadi biar dia rasa akibat tak bagi perhatian apa yang cikgu cakap.

Cikgu pun... janganlah pukul kuat sangat... kalau takat pakai baju sukan tak kanlah sampai kena rotan. Baru darjah dua pun.

Semoga jadi peringatan.

posted from Bloggeroid

26 Jun 2014

Ramadhan kian mendekat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat kembali Ramadhan


Ramadhan kian mendekat
Berbaki beberapa hari saja
Siang malam silih berganti
Menunggu rembulan juga mentari
Silih ganti menjelma pasti

Semoga Ramadhan ini membawa berkat seluruh alam seluruh jasad

Selamat kembali Ramadhan
Pergimu dirindui
Hadirmu amatlah dinanti
Semoga pahala bersilih ganti
Menghiasi laman hati sanubari

Ramadhan yang dirindui
Hadirmu kian menghampiri
Menjenguk di muka pintu hati
Segala hajat kian dirai
Hadirmu Ramadhan diberkati
Membawa rahmat tiada galang ganti

Ramadhan kian mendekat
Hadirmu bakal dirai
Yang diingati lagi dirindui
Hadirlah bersama rahmat seribu bulan
Semoga penuh sarat bekalan 
Seribu bulan bukan sebarang

Puisi rindu buat Ramadhan
Menunggu sabar di pintu hati
Mengharap belas juga simpai
Tibanya Ramadhan pasti dirai 
posted from Bloggeroid

16 Jun 2014

Menambah makna suka hati

Assalamualaikum

Menambah makna kepada suka hati


Gambar milik peribadi

Dua hari cuti duduk di rumah layan anak-anak... pantau beg sekolah dan kerja rumah. Nampaknya semua dah siap.

Sebelum tu... kemungkinan saya akan menghadiri satu kursus berkaitan minat dan bakat. Tetapi di saat akhir tidak dapat pergi atas alasan tersendiri yang sukar untuk ditafsirkan. Agak kecewa dan sakit juga rasa hati tetapi dipendamkan sahaja ... itu semua ada hikmah Allah tersendiri dalam mentakdirkan semua ini.


18 Mei 2014

Tetamu membawa rezeki atau secara kebetulan

Assalamualaikum


Antara rezeki atau kebetulan.  Catatan ini sekadar berkongsi kegembiraan kerana beroleh rezeki berganda pada bulan Mei.

Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas seekor rama-rama berlegar-legar di dalam rumah. Mungkin tersesat agaknya atau keliru dengan bunga-bunga plastik yang terletak di atas meja. Bukan sekali bahkan sudah beberapa kali rama-rama tersesat masuk ke dalam rumah ini.




20 April 2014

Anak-anak zaman sekarang selalu kena tinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk di atas memang panjang. Idea nak menulis entri ni ketika dalam kereta petang tadi. Terdengar dalam radio mengenai cara berbicara dan bertindak terhadap anak-anak. Siaran dari radio IKIM dalam bahasa Inggeris.




Anak-anak zaman sekarang sering ditinggalkan ibu atau bapa bila ada kerja diluar. Jika di zaman aye kecil dulu ditinggalkan bapa adalah lumrah kerana bapa yang bekerja cari makan untuk keluarga. Memang tak pernah ditinggalkan ibu.

Berbeza zaman sekarang... meman jaub berbeza. Ramai ibu zaman sekarang bekerja dan selalu meninggalkan anak-anak termasuklah aye ni haaa. Ketika entri ini ditulis aye tiada dirumah dan anak-anak ditinggalkan bersama ayah mereka... huhuhu

Walaupun begitu aye mengharapkan kasih sayang dan perhatian untuk anak-anak tidaklah berkurang.

Saya sayang anak saya.

posted from Bloggeroid

13 April 2014

Letih berbaur hampa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Letih dan kecewa bercampur baur sehingga terasa sungguh kecewa... dengan diri dan dengan harapan.  Semoga titipan ini mampu memadam rasa kecewa yang tersembam di dasar hati.



Telah kian lama kau ku intai
Telah puas mereka mengadu
Hingga aku hampir lesu
Dibuai aksimu membuat aku hampir kaku

Peluang itu bukan sekali dua
Malahan berulang-kali
Ku pujuk hati jiwa agar bersama
Mengikut rentakmu seraya menari

Saksi itu tidak bisu
Tidak juga bisa menipu
Namun rentakmu tetap begitu
Sesekali saja tidak selalu

Letih ini bukan kerana lagakmu
Letih ini kerna kecewa
Gagal menarikmu ikut rentakku
Kerna pasti aku jua tidak sempurna
Namun hasratku hanya satu
Menutup fitnah yang melata
Seakan buta mata kalbu
Tuduhan itu buat aku kian menderita

Hampa itu bercampur baur
Antara suka dan kecewa

Haruskah suka dengan keputusan ini
Atau kecewa dengan sikapmu
Dalam diam membuka amarah
Lalu dibiarkan saja perasaan itu berlalu

Pasrah dengan sikapmu
Membuatkan aku seakan semalu
Sembunyikan diri kerana malu
Gagal menjadi idola di angin lalu

Sehingga kini dan selamanya aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap detik nafasmu
Biarlah kecewa duka laraku ini humbankan saja

Selamat berbahagia....
posted from Bloggeroid

11 April 2014

Tiada rasa jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Tiada rasa di jiwa
Tiada perasaan untuk apa
Robek rasa jiwa lara
Mengutip rasa alpa bersemadi entah di mana

Puing hitam putih bersilih ganti
Tersentak tengadah retak belati
Rasa jiwa tercari-cari
Menghilang menyepi di tembok mati

Tiada rasa di jiwa
Esak tangis kehilir jua
Mudik ke hulu muara
Berbekal hangus bidara dua

Semilir kemudi mencari suasa
Tiada harga namun berharta
Puas memujuk jiwa nestapa
Gelodak di sana beradun duka



Kemboja ditabur memutih pusara
Membekam sejuta rahsia duka
Terkubur sepi bersama rahsia
Tersirat makna seribu suka
Biar pedih merah membara
Dendam apa pada cerita

Biar...
Tiada rasa di jiwa itu
Melembut kerak tidak sendiri
Telah sekian dilunak meski
Andai itu kehendak hati
Fahamlah kini apa terjadi
Usah digoyang kerasnya jati
Kelak patah memakan diri
Mati hati mati diri
Mata putih bersilih ganti
Merah kesumba mengalir pasti

Andai sudah suratan takdir
Reda dan pasrah mohon hadir
Membawa pergi sakit tersingkir
Moga bahagia datang mengukir

Derita rasa nyah menyingkir
Usah diragukan keputusan yang hadir
Walau cepat atau lambat
Ia pasti akan tiba
Kentalkan jiwa ingatlah Yang Mentakdir

Sekian
~~~~
Nukilan: yangbaik | 11.04.2014 | 19:50

posted from Bloggeroid

24 Mac 2014

Jawapan kini pasti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segala penantian dan persoalan selama 17 hari lepas kini terjawab sebahagiaannya.



Sungguh banyak hati yang terluka dan kecewa namun itulah takdir kesudahannya.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan iman dan kesabaran kepada ahli keluarga #MH370 yang terlibat.

A'zomallah hu ajroka.

posted from Bloggeroid

22 Mac 2014

Siapa bos yang bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malam ni up blog dari hp guna bloggeroid. Agak lama juga aplikasi ini terbiar.




Tak tahu pula nak up cerita apa. Agaknya kalau up cerita mengenai bos yang terkena boleh laku tak?

Tak kisah juga sebab blog ini aye yang punya. Tetapi usah bimbang kerana amat jarang sangat aye masukkan nama sesiapa di dalam penulisan kecuali kisah anak-anak.

Bos yang terkena?

Bila diangkat menjadi bos, kita biasanya akan tersepit antara bos tertinggi, staf bawahan atau sama bos yang sama line dengan kita (dalam carta organisasi jabatan). Lagi perit bila salah satu kumpulan itu lebih berusia dari kita. Masalah juga boleh timbul pabila mereka itu dahulunya kawan-kawan atau juga orang yang lebih lama berkhidmat dari kita.

Ini kira bos dah kena buli la yer.

Bila difikirkan semula... semua itu hanyalah prejudis kita sahaja apabila kita menjadi bos yang tidak bijak.

Bos yang bijak adalah bos yang pandai ambil hati semua orang, pandai berkomunikasi, pandai menyusun strategi, pandai jaga maruah diri tanpa mencalar atau menggugat maruah dan peribadi orang lain

Tidak kurang juga bos sepatutnya bijak membahagi masa dan mengagih tugas serta berani membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap pilihan yang diambil.

Di mana nak dapatkan semua ilmu pengurusan dan pentadbiran begini?

Semuanya adalah melalui pendidikan, pengetahuan, pengalaman, pendedahan, pemerhatian dan sedikit datangnya dari baka atau semulajadi.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi bos yang tidak dibuli.

Ambil masa untuk mendalami maksud menjadi bos dan berubahlah segera untuk menjadi tegas dan berani tanpa menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Sekian adanya.

posted from Bloggeroid