Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

06 Disember 2013

Kematian yang tertangguh [Puisi]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



gambar hiasan


Kematian yang tertangguh


Kematian...
Satu saat yang tiada siapa tahu
Tiba saatnya satu saat tidak kurang tidak lebih

Kematian...
Apakah boleh ditunggu saat yang sesuai
Atau mampukah bertahan bila tiba saatnya

Kematian...
Yang jauh dan dekat perginya bersilih ganti
Tiba saatnya tanpa diduga
Tanpa disedari

Kematian...
Sesekali kehadirannya terasa hampir
Ketika hati resah dan gelisah
Sesekali seperti terpanggil 
Tatkala melewati Taman Barzakh

Kematian...
Apakah ini kematian yang tertangguh

Sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untuk beribadah dan berbakti di jalan Allah


Nukilan  YANGBAIK
13:45, 6 Disember 2013 (2 Safar 1435)


suka duka pentas dunia



22 November 2013

Perempuan Wanita Solehah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang ni... bermonolog sekejap... berkongsi rasa hati seorang wanita.



Tajuk Asal :  Kekuatan Seorang Perempuan


Perempuan
Kuatnya tidak terzahir
Letak pada jiwanya
Biarpun ditampar
Dia menangis
Bukan kerana kesakitan
Tetapi kekuatan

Perempuan
Ketahanannya lebih dari tamparan
Malahan beribu deraan
Kekuatan dalamannya
Itulah kudratnya

Perempuan
Kelemahannya adalah kejujuran
Sekali dikhianati
Selamanya ia terluka
Sukar diubati
Malahan beribu penawar bukan galang ganti

Perempuan
Kekuatan jiwanya adalah pada Tuhannya
Sejadah itu bukan baldu sutera
Penyambung semangat juang hidup
Menghimpun berjuta kekuatan
Tempat berhimpun sejuta keperitan
Tempat memendam sejuta kedukaan

Perempuan
Doanya pasti termakbul
Itu janji Tuhan
Andainya dia terluka
Andainya dia teraniaya
Adukan saja pada Tuhannya
Nescaya dia beroleh sejuta kekuatan
Malahan lebih dari itu

Perempuan
Ketaatannya pada sang lelaki hanya yang bernama suami
Lalu diberiNya sejuta kekuatan
Selagi dia beriman dan taat pada Tuhannya

Perempuan
Kedegilannya sukar ditawan
Selagi kekuatan kudratnya tertanggung dek badan
Selagi nafasnya berbau keimanan
Selagi jiwanya pada Tuhannya

Perempuan
Berasalnya dari rusuk Adam
Sebelah kiri paling bawah
Biarpun tidak lurus
Itulah kekuatan
Sekali terluka
Tidak selamanya merana

Perempuan
Dendamnya kekuatannya
Terbalas di tikar sejadah
Ingatannya pada Tuhannya
Muhasabah diri
Mencari kelemahan
Menilai kekhilafan
Koreksi kesilapan
Biar terlerai dendam membara
Biar damai hidupnya di sana


NUKILAN:
~  YANGBAIK
~  18 NOVEMBER 2013
~  SIDEC, SERI ISKANDAR

*  Nukilan di atas bukanlah semata-mata pengalaman peribadi penulis tetapi merangkumi juga penglihatan, pembacaan dan pengetahuan penulis sebagai blogger wanita.



suka duka pentas dunia

ulang siar 22/11/2013

10 Mac 2013

Fokus menghilang meracau segenap alam

As salam,

corak36 - mencari titik fokus

Titik fokus itu  semakin mendekat
Semakin jelas di pandangan makrifat
Biarpun dahulunya kabur melekat
Kini jelas semakit pekat

04 Mac 2013

Bukan kerana tamak

As salam,


Poster Pokok Kesihatan Mental

Bukan kerana tamak
antara sedar atau tidak
kerja kini sudah mula melambak
sebahagiannya nampak bukan kerja sendiri
tidak kurang juga kerja sendiri yang tertunda
kerana kekhilafan masa lalu

03 Mac 2013

Ada aku kesah

As salam,




(i)
Ada aku kesah
apa awak buat bukan urusan saya
apa awak buat jangan ganggu saya
apa awak buat bukan kehendak saya
apa awak buat tiada kaitan dengan saya

19 Februari 2013

Ada apa dengan Suara Hati

As salam,




Ada apa dengan suara hati?

(i)
Suara hati itu tempatnya jauh di lubuk hati
bersemadi di dasar hati yang paling dalam
sukar didengar atau difahami oleh insan
dan juga pemiliknya sendiri

(ii)
Suara hati itu memang sukar dimengertikan
melainkan ia diluahkan dengan jelas dan didengar secara zahir

(iii)
Suara hati itu kadang-kadang sukar diluahkan
kerana menghormati insan yang lebih tinggi darjatnya didunia
kerana juga menghormati diri sendiri
juga kerana menghormati harga diri dan maruah diri sendiri



(iv)
Suara hati akhirnya dibiarkan bertapa di lubuk sana
sehingga akhirnya meledak dan meletus membakar seluruh sukma
parah juga menimpa
melarat jua ke hujung nestapa
bisakah ia dizahirkan?
hanya jiwa itu kiranya punya kekuatan yang jitu
lantas siapa lagi yang mampu bersuara andai suara itu terbendung di lubuk sana? 

(iv)
Suara hati insan ini lebih mulia bila mana diadukan kepada Yang Maha Esa
kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati hatta sebesar zarah sekalipun

(v)
Suara hati ini seumpama mewakili suara hati awak, dia, kamu, mereka dan dia juga
walaupun sebenarnya dan pada hakikat yang hakiki di dunia fana ini hati itu tidak bisa bersuara
melainkan dikeluarkan bunyinya yang mendayu pilu oleh salah satu daripada anggota yang lima


29 Januari 2013

Awak! Tawaran itu bukan kehendak saya

As salam,


wallpaper hiasan |  helaian air mata? 

Awak!
Sudah lama saya dimomokkan mengenai tawaran itu
Sebelum itu ia sekadar gurauan 
bukan berbentuk tawaran tetapi gurauan yang serius barangkali
oleh rakan-rakan yang sekadar menguji atau memang mereka bersungguh-sungguh tetapi tidak sepenuh hati
tawaran itu ditolak dengan gurauan juga

Awak!
Baru-baru ini saya ditawarkan lagi
kelihatannya seperti serius 
walaupun begitu ia mungkin tidak rasmi
sebab itu saya tidak bersungguh-sungguh menelitinya
walaupun begitu ia tetap mendatangkan kebimbangan dan kerisauan
hanya segelintir saja yang tahu mengenai tawaran itu

Awak!
Pada dasarnya saya hanya menceritakan tawaran itu kepada 3 atau 4 orang sahaja
yang saya rasakan boleh menyimpan rahsia ini 
atau boleh berfikir dengan waras mengenai keseriusan tawaran ini
namun sesekali terdengar juga gurauan mesra 
dari orang yang saya maklumkan mengenai tawaran tidak rasmi itu
saya pasti mereka tidak berminat untuk mengetahuinya
kerana saya yakin mereka tahu siapa saya 
dan apalah yang saya ada untuk dapat dan terima tawaran seumpama itu


wallpaper | kesilapan yang tersirat

Awak!
Bukan niat saya tidak menceritakan tawaran itu kepada awak
sebenarnya saya buat keputusan untuk tidak menceritakan kepada awak
kerana saya tahu awak pasti tidak suka dengan tawaran itu
dan saya juga sebenarnya tidaklah suka sangat dengan tawaran itu

Awak!
Bila saya rasa saya perlu ceritakan kepada awak
mengenai tawaran itu
awak selalu tiada
saya fahami kesibukan awak
dan kesibukan saya juga
atau mungkin juga semasa ada peluang
saya terlupa membincangkan tawaran itu dengan awak
kerana sebenarnya saya tidak berapa suka dengan tawaran itu

Awak!
Walaupun ia satu tawaran yang mungkin ditunggu oleh banyak orang
tetapi saya yakin dan pasti tidak semua orang sanggup menerima tawaran itu
termasuk juga saya
bagi saya tawaran itu terlalu besar bagi saya insan kerdil 
saya juga masih lagi mentah 
umpama setahun jagung
masih lagi hingusan dalam bidang ini

Awak!
Kini tawaran itu datang lagi 
dan ianya seperti serius sangat
saya memang tidak sanggup
tetapi entah mengapa saya terkedu
tawaran itu datang saat saya sedang keliru

sumber gambar tidak diketahui

Awak!
Tawaran itu memang menarik tetapi datangnya bersama provokasi
walaupun menarik saya tahu banyak durinya
lalu saya terfikir untuk menolak terus 
tetapi saya faham kedudukan saya
umpama mentimun
ditolak tergolek tak tolak pun tergolek (betul ker ni?)

Awak!
Mungkin juga kesilapan saya ketika berbicara
maka keputusan saya itu telah disalah tafsir

Awak!
Memang bukan itu keputusan saya sebenarnya
saya faham kedudukan saya
saya harus menolaknya dengan cara yang baik
dalam masa yang sama saya harus jaga kedudukan saya
saya sedar kedudukan saya bukanlah tinggi mana pun
saya sedar kepandaian saya tidaklah hebat mana
saya sedar kebolehan saya hanya sekadarnya

Awak! 
Saya masih sedar siapa diri saya
saya tidak mahu kepercayaan itu diabaikan 
tetapi saya juga harus jaga maruah diri saya

Awak!
Awak mesti bantu saya membuat keputusan
dan sewajibnya awak tolonglah saya 
pastikan tawaran itu ditarik balik

Awak!
Ketahuilah tawaran itu sebenarnya menyesakkan nafas
dan mungkin juga mampu mencalar kebahagiaan semasa

tetapi sekiranya itulah hakikat yang harus saya terima 
maka saya akan terimanya
melainkan saya diberi pilihan untuk menolaknya atau menangguhnya
dan meneruskan kehidupan saya sekarang dengan lebih aman 
dan menambahbaik prestasi sekarang
seterusnya melaksanakan perancangan
tanpa sebarang halangan

Awak!
Akhirnya saya sedar catatan ini terlalu panjang berjela
namun untuk menceritakan segalanya yang terbuku di hati dalam satu baris amat sukar


'suka duka pentas dunia'

(^-^)

18 November 2012

Ada Apa Pada Perempuan

As salam,


Perempuan
Kuatnya tidak terzahir
Letak pada jiwanya
Biarpun ditampar
Dia menangis
Bukan kerana kesakitan
Tetapi kekuatan

Perempuan
Ketahanannya lebih dari tamparan
Malahan beribu deraan
Kekuatan dalamannya
Itulah kudratnya

Perempuan
Kelemahannya adalah kejujuran
Sekali dikhianati
Selamanya ia terluka
Sukar diubati
Malahan beribu penawar bukan galang ganti

Perempuan
Kekuatan jiwanya adalah pada Tuhannya
Sejadah itu bukan baldu sutera
Penyambung semangat juang hidup
Menghimpun berjuta kekuatan
Tempat berhimpun sejuta keperitan
Tempat memendam sejuta kedukaan

Perempuan
Doanya pasti termakbul
Itu janji Tuhan
Andainya dia terluka
Andainya dia teraniaya
Adukan saja pada Tuhannya
Nescaya dia beroleh sejuta kekuatan
Malahan lebih dari itu

Perempuan
Ketaatannya pada sang lelaki hanya yang bernama suami
Lalu diberiNya sejuta kekuatan
Selagi dia beriman dan taat pada Tuhannya

Perempuan
Kedegilannya sukar ditawan
Selagi kekuatan kudratnya tertanggung dek badan
Selagi nafasnya berbau keimanan
Selagi jiwanya pada Tuhannya

Perempuan
Berasalnya dari rusuk Adam
Sebelah kiri paling bawah
Biarpun tidak lurus
Itulah kekuatan
Sekali terluka
Tidak selamanya merana
 
Perempuan
Dendamnya kekuatannya
Terbalas di tikar sejadah
Ingatannya pada Tuhannya
Muhasabah diri
Mencari kelemahan
Koreksi kesilapan
Biar terlerai dendam membara
Biar damai hidupnya di sana

........

25 Julai 2012

Bebaskan sungai kehidupan

As salam,




Ini bukan kisah pungguk merindukan bulan
bukan juga kisah lagu purnama merindu

ini adalah kisah kehidupan
kisah suka duka kehidupan

mengapa pula notebook ni suka sangat 'hang'
mengganggu konsentrasi menulis lantas menghilangkan idea
tentang monolog sebuah kehidupan
batas kehidupan dan perjuangan kebebasan hak

sesekali hidup ini umpama aliran sungai
ada pasang surut ada laluan berliku
namun disitu ada kebebasan tersembunyi
bebas untuk bergerak dalam satu laluan
mana bisa air sungai mampu menongkah tebing
lalu membiarkan ia kekeringan sendiri
bebasnya air sungai ia mampu bergerak sendiri di laluannya tanpa gangguan
gangguan itu sesekali menyekat kebebasan
gangguan yang bagaimana?

ya banyak benar rintangan dan halangan di hadapan
biarpun tadi laluannya lurus
namun kini ia berliku
dihadapannya penuh sampah sarap
dilaluannya penuh semak samun
sepanjang laluan itu ia terhenti seketika bila ada aral melintang
jadi
bagaimana harus ia bebaskan dirinya
mampukah ia sampai laut lepas
atau sekadar tersekat di sini
atau bisa juga ia kekeringan di sana
di laluan yang penuh lumpur batu

begitu rupanya lumrah kehidupan
kebebasan kita hanya untuk diri kita
di seputar kehidupan kita






bisakah sungai itu sampai di sini merenung keindahan sang bulan purnama





'suka duka pentas dunia'

.

24 Februari 2012

Fikir positif yakin diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber:  google.com)

Bila dilema datang menjelma
Terasa berat segala rasa
Hati mula cuak
Akal juga
mati

Entah
Mengapa terasa
Seolah tidak diperlukan
Kerana kesilapan yang tidak sengaja
Tiada daya tiada rasa
mengorak langkah
meneruskan
hidup

Bukan Sendiri
Terasa sebegini amat menyakitkan
Hampir membunuh seluruh harapan juga perasaan
Andai masa bisa diulang semula
Mustahil buat keputusan
Kerana takdir
menentukan
Reda
Pasrah

Terima kenyataan
Fikir positif yakin diri
keupayaan sebenar
dalam diri
sendiri
(^-^)
||



27 Januari 2012

Hanya Dia yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hanya Dia yang tahu
Apa yang tersirat di hati
apa yang tersembunyi di dalam hati
apa yang ada di depan mata

Hanya Dia yang tahu
kita insan ... tidak tahu
tidak tahu apa yang bakal terjadi
apa yang terjadi juga kita tidak tahu
tidak tahu mengapa terjadi
tidak mungkin sama sangkaan kita dengan hakikat sebenarnya
kita bisa menelah
kita mampu merancang
Buatlah perancangan rapi dan teliti
Buatlah telahan yang baik-baik

Hanya Dia yang tahu
mengapa catatan ini jadinya begini

Hanya Dia

22 Januari 2012

Naskah Cinta Puisi Rindu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

melastik ke ombak rindu yang berlalu sayu

~~~~~~~~~~~~~

Naskah cinta berlagu rindu
Notanya padat umpama madu
Rindu membara membakar kalbu
Jiwa nan lara enggan berlalu


Rindu nan satu kian membara
Membakar kalbu jiwa terseksa
Naskah berdebu tanpa suara
Berlagu rindu diam bertapa

Seksa jiwa rindu di mana
Terseksa lara menanti berita
Biar berlalu diam menyapa
Naskah nan satu kian menjelma

Biar berdebu naskah membisu
Dalam diam naskah berlagu
Membisik kata rindu berlalu
Membara sukma menanti tamu

Tersingkap tabir naskah menjelma
Gelodak jiwa menanti waktu
Masa bertamu diam bertapa
Kelopak mata diam terpaku

Naskah rindu isinya dua
Walau dua hakikatnya satu
Namun jiwa rasa terseksa
Kerana hati kian membatu

Naskah rindu bak sutera
Bukan khayalan bukan mantera
Pusaka berzaman bukan berkala
Penyembuh luka jiwa yang lara

Damai jiwa terubat rindu
Naskah nan satu jadi penawar
Usah derita jiwa nan satu
Naskah ini membawa khabar

Selami ia walau sesaat
Mukjizatnya lebih bukan kepalang
Gelora di jiwa bisa terubat
Naskah rindu bukan sebarang

Naskah rindu jadi penawar
Di hujung kalimah usah tersasar
Walau seketika usah terbiar
Kerana rindu tidak berpagar

Mengapa derita jua sengsara
Menjadi sarat kian melarat
Hati nan suci kita berkarat
Ambil berkat walau sesaat

Naskah rindu buat pengubat
Usah hidup sesat melarat
Kembali bertamu bawa bertaubat
Bekal ke sana penuh berkat



^_^  nukilan peribadi:  yb19012012

01 Disember 2011

Sesekali terlupa menjengah Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menjengah pintu hati
menerjah sanubari
terleka lalu terlalai
menjadikan teguran itu pedih umpama sembilu bisa
menikam menusuk jiwa nan lara

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menyedarkan diri yang kealpaan
umpama tersedar dari lena yang panjang
terkejut dari alpa nan tuli
menyedarkan diri akan erti sebuah kehampaan
menyedaran diri akan erti sebuah kepedihan
menyedarkan diri akan erti sebuah kedukaan

Sesekali telupa menjelma dalam diri
bisa mengubat sejuta rasa kehampaan
sejuta rasa beribu makna

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Bisakah diheret lupa itu ke lubuk sana
Agar tidak bisa kembali
menerjah benak fikiran bagi memulihkan semangat yang hilang

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Ombak rindu tiada makna
Hanya kerana aksi tertutup bisa terbentang di layar kaku
menghampar kasih nan suci
dalam keheningan dan kesucian yang ternoda

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Seharusnya bisa memberi ingatan kepada diri akan sebuah kehidupan yang lebih bererti

Sesekali .... jangan dibiarkan menghantui diri 

*.*

.

19 November 2011

Tiba-tiba...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba
Teringat ...
Tiba-tiba
Rasa hiba...
Tiba-tiba
rasa rendah diri...
Tiba-tiba
sepi mengundang...
Tiba-tiba
kepala terasa sakit
Tiba-tiba
mata rasa berpinar...
Tiba-tiba
datang seribu rasa...

Tiba-tiba....
terasa poket kosong
Tiba-tiba
terasa kehilangan
Tiba-tiba
mereka semua meragam
Tiba-tiba
mereka baik pula
Tiba-tiba
..... sunyi......





Tiba-tiba...
semua dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
boring pulak...

01 November 2011

Apa saja asalkan yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Terdetik terlintas di kotak fikir
Biarpun bentuknya bukan sekadar kotak
Atau bentuknya tidak berupa
Apa saja bentuk asalkan bentuknya yang baik

Tertulis terlakar di kotak ini
Biarpun bukan dengan pena
atau juga tidak dengan kalam
apa saja tulisan asalkan memberi makna yang baik

Terlihat terbaca di ruangan ini
Biarpun bukan karangan yang panjang
atau juga bukannya idea menarik
apa saja asalkan mampu memberi input yang baik

apa saja ... bukan FBI
apa saja ... asalkan yang terbaik untuk memberi makna kepada kehidupan

.

13 Oktober 2011

Mainan Perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Resah dan gelisah mainan perasaan
khabar angin itu perosak perasaan
tohmahan itu mematikan perasaan
khianat itu mengkuburkan perasaan

hentikan gurauan mainan perasaan
tinggalkan tabiat lama mengguris perasaan
luka hati siapa hiraukan
kerana terpendam tanpa kasihan

berlalu badai ribut dan taufan
tinggalkan duka luka dan lara
kuatkan hati tekad bulatkan
semoga hidup terus bahagia


... edisi terhad... jiwa lara...

>~<



22 Julai 2011

Contest Aku Berpuisi - Biarkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Biarkan ia pergi
Biarkan perasaan itu berlalu pergi
Biarkan ia

Enggan biarkan perasaan itu bertapak di sini
Usah sekalipun ia berkubu di sini

Perasaan marah itu campakkan saja
Perasaan kecewa itu tinggalkan saja
Perasaan sedih itu biarkan di situ

Tinggalkan positive dalam diri
Bangunkan jatidiri yang sejati

Kekuatan semangat bukannya pada rasa marah
Kekuatan diri bukanlah pada rasa kecewa
Kekuatan jiwa bukanlah semata-mata pada rasa sedih

Perasaan itu tetap ada
Perlu untuk kita meluahkan sejuta rasa
Luahkan sejuta rasa itu 
Mengadulah pada Ilahi
Hilangkan segala keresahan

~~~~~~~~~~~
Tarikh Akhir 16 Ogos 2011

Tag:


Untuk penyertaan Klik SINI
 


Biarkan ia pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Biarkan ia pergi
Biarkan perasaan itu berlalu pergi
Biarkan ia

Enggan biarkan perasaan itu bertapak di sini
Usah sekalipun ia berkubu di sini

Perasaan marah itu campakkan saja
Perasaan kecewa itu tinggalkan saja
Perasaan sedih itu biarkan di situ

Tinggalkan yang positive dalam diri
Untuk bangunkan jatidiri yang sejati

Kekuatan semangat bukannya terletak pada rasa marah
Kekuatan diri bukannlah terletak pada rasa kecewa
Kekuatan bukan terletak pada rasa sedih

Namun perasaan marah, kecewa dan sedih itu tetap ada
Kerana ia perlu untuk kita meluahkan sejuta rasa
Luahkan sejuta rasa itu bukan pada insan lain
Mengadulah pada Ilahi yang maha berkuasa untuk menghilangkan segala keresahan



15 Jun 2011

Siapa Nora Elena dalam hidup kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa nora elena dalam hidup kita
Sana sini jenuh orang dok bercerita
dalam facebook, blog tidak terkira
siapa sebenarnya nora elena

Dalam facebook dalam blog
banyaknya cerita tentang nora elena
tidak tahu tidak kenal
maka diam saja lebih baik

tidak tahu tidak kenal
mana lagi nak minat
jalan cerita slow semacam
entah apa nak jadi cerita sekarang

jalan cerita slow semacam
bila tengok tertunggu-tunggu
apa kesudahan apa sambungan
sudahnya berebut tv dengan solat maghrib...

apa kesudahan apa sambungan
jangan sampai terlepas maghrib
di sini saja akhir cerita
suka duka pentas dunia
sandiwara duniawi jangan diikutkan
akhirnya leka alpa suruhan tuhan

sandiwara duniwi jangan diikutkan
kelak alpa tugasan hakiki
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti tinggallah dosa bawa pahala banyak2...

sekian sketsa ringkas nora elena ...

19 Mei 2010

apa perasaan

Assalamulaikum,

Sekadar luahan rasa
melihat leno dan cosway di depan mata
dahulu diri jadi rujukan
kini tiada pedulikan
sedar diri tidak sempurna
suka dan duka silih berganti
nestapa diri tiada siapa peduli

mengapa dirintih nasib diri
andai diri tidak sempurna

mengapa dicemburui
rezekinya orang
andai diri leka berusaha
pedulikan saja sejuta rasa

teguhkan kekuatan diri
pelajari kekuatan diri
cari erti kelemahan diri
agar hidup bisa bestari

mata memandang
telinga mendengar
mulut ditutup
hati beristighfar
ingatlah Allah senantiasa

~~~~~