Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Monolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Monolog. Papar semua catatan

30 Mac 2012

Kekusutan dan kesakitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Entah bagaimana hendak dimulakan
Segalanya bermula dengan agak baik
berterusan baik sekali
sesekali kesakitan dan keletihan yang melanda adalah lumrah
bumi mana tidak ditimpa hujan, langit mana yang tidak ditimpa mendung

hari ini....
Puas mencari di mana silapnya
adakah kerana kebodohan diri
atau juga kerana kelemahan diri
atau mungkin juga kerana ketidakcekapan diri
lantaran itu...
setiap permohonan bantuan dipandang enteng

Tuhan ku songsong masa silamku
Moga kelam tabir hayat tersingkap sopan

Perit hati ini ku tabahi terima setiap ujianMu
Semoga memberi pengajaran dan kekuatan kepada ku
agar tidak memandang rendah setiap permintaan

....

21 Mac 2012

Remaja Lari Ikut Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Entah di mana hendak dimulakan cerita
Mengapa remaja lari ikut kekasih
adakah kerana kehendak hati tidak dipenuhi
Lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik

Mengapa cetek sangat pemikiran
Ikutkan kata hati yang tiada pedoman
Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya


Putus kah sudah semua ikatan
hingga akal jadi mati
hati jadi tuli
basi

Lari dari rumah
ke mana tujuan
hilangkah keselamatan di rumah sendiri
hingga terpesona dunia luar
tiada belas ihsan
jua simpati
kepada ibu
kepada ayah
kepada keluarga
... Penting sangatkah kekasih tuli....
ikut saja membuta tuli???

Salahkah ibu beri teguran
salahkah ayah beri amaran
atau lebih sayangkan kekasih yang tiada pegangan
hingga lari jadi pilihan

Cukuplah sudah apa terjadi
gayat sungguh dengar berita
bimbang suatu hari kelak
berita kehilangan tidak dipeduli
kerana sudah menjadi jelak
akhirnya kecewa ibu dan bapa
anak sendiri bawa sembilu

Wahai remaja...
remajamu hanya sekali
biar sekali itu memberi erti
penuh makna penuh berkat
buat bekal ke akhir hayat

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati biarlah meninggalkan nama
baik dikenang ke anak cucu

...

24 Februari 2012

Fikir positif yakin diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber:  google.com)

Bila dilema datang menjelma
Terasa berat segala rasa
Hati mula cuak
Akal juga
mati

Entah
Mengapa terasa
Seolah tidak diperlukan
Kerana kesilapan yang tidak sengaja
Tiada daya tiada rasa
mengorak langkah
meneruskan
hidup

Bukan Sendiri
Terasa sebegini amat menyakitkan
Hampir membunuh seluruh harapan juga perasaan
Andai masa bisa diulang semula
Mustahil buat keputusan
Kerana takdir
menentukan
Reda
Pasrah

Terima kenyataan
Fikir positif yakin diri
keupayaan sebenar
dalam diri
sendiri
(^-^)
||



22 Januari 2012

Naskah Cinta Puisi Rindu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

melastik ke ombak rindu yang berlalu sayu

~~~~~~~~~~~~~

Naskah cinta berlagu rindu
Notanya padat umpama madu
Rindu membara membakar kalbu
Jiwa nan lara enggan berlalu


Rindu nan satu kian membara
Membakar kalbu jiwa terseksa
Naskah berdebu tanpa suara
Berlagu rindu diam bertapa

Seksa jiwa rindu di mana
Terseksa lara menanti berita
Biar berlalu diam menyapa
Naskah nan satu kian menjelma

Biar berdebu naskah membisu
Dalam diam naskah berlagu
Membisik kata rindu berlalu
Membara sukma menanti tamu

Tersingkap tabir naskah menjelma
Gelodak jiwa menanti waktu
Masa bertamu diam bertapa
Kelopak mata diam terpaku

Naskah rindu isinya dua
Walau dua hakikatnya satu
Namun jiwa rasa terseksa
Kerana hati kian membatu

Naskah rindu bak sutera
Bukan khayalan bukan mantera
Pusaka berzaman bukan berkala
Penyembuh luka jiwa yang lara

Damai jiwa terubat rindu
Naskah nan satu jadi penawar
Usah derita jiwa nan satu
Naskah ini membawa khabar

Selami ia walau sesaat
Mukjizatnya lebih bukan kepalang
Gelora di jiwa bisa terubat
Naskah rindu bukan sebarang

Naskah rindu jadi penawar
Di hujung kalimah usah tersasar
Walau seketika usah terbiar
Kerana rindu tidak berpagar

Mengapa derita jua sengsara
Menjadi sarat kian melarat
Hati nan suci kita berkarat
Ambil berkat walau sesaat

Naskah rindu buat pengubat
Usah hidup sesat melarat
Kembali bertamu bawa bertaubat
Bekal ke sana penuh berkat



^_^  nukilan peribadi:  yb19012012

21 Disember 2011

Bagaimana harus satu hari satu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba waktunya
kesibukan mula menjengak
di jendela hati

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba masa itu
berterbangan idea di awang gemawan
ditiup bayu tersipu malu

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai saatnya
angin malas mula memulas
mencengkam rasa meracau bilau

Bagaimana...

ada jawabnya

pada diri sendiri

himpunkan rasa dan semangat

yakin pada diri

13 Disember 2011

Kehidupan di jalan raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sebuah kisah kehidupan di jalan raya
bukan kisah orang gelandangan
mahupun kisah penunggu jalan
Kisah pengguna jalan raya
memang ramai pengguna jalan raya
namun tidak semuanya perihatin dengan pengguna yang lain
kerana...

jika pernah terdengar suatu masa dahulu orang akan mengherdik
"Hoi! jalan bapak kau yang buat ker nih?
Lalu orang yang diherdik akan terasa malu alah... mengalah la...

Bukan sekarang...
cuba kau herdik dia..
pasti jawapannya bukan yang diingini

Untuk itu, kita semua sebagai pengguna hormatilah hak pengguna lain yang sama-sama membayar cukai jalan dan juga hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka

Jalan raya bukan tempat untuk berdua-duaan
Jalan raya juga bukan tempat untuk bersantai dan bersiar-siar 'makan angin'
Tolong lah... kalau yer pun nak bersiar-siar... silakan ketepi, sikit jer bagi laluan kepada makcik nie... yang baru nak belajar 'merempit' di pagi hari mengejar masa untuk 'thumb-print'..

Dan... jika ya pun nak parkir kereta di tepi jalan atau bahu jalan... silakan lah...
tetapi tolonglah... sebelum buka pintu kereta tu...
lihat-lihatlah di belakang atau depan kot-kot ada motor yang lalu...
tersilap lah makcik ni tak perasan...
terlanggar pintu kereta tu....
yang terbuka luas (seumpama ambulan menurunkan penumpang...)
kan susah... sapa juga yang susah... sama-sama susah...
makcik ni ada anak lagi kat rumah...
tanggungjawab di pejabat juga belum selesai lagi...
sungguh benar sekali... apa yang berlaku sudah takdir...
tetapi salahkah kalau beringat dan berhati-hati sikit.... sikit jer...

hari ini penunggang motosikal ini selamat sampai rumah
mudah-mudahan esok-esok dan kemudian hari juga begitulah hendaknya

amin.
.

01 Disember 2011

Sesekali terlupa menjengah Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menjengah pintu hati
menerjah sanubari
terleka lalu terlalai
menjadikan teguran itu pedih umpama sembilu bisa
menikam menusuk jiwa nan lara

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menyedarkan diri yang kealpaan
umpama tersedar dari lena yang panjang
terkejut dari alpa nan tuli
menyedarkan diri akan erti sebuah kehampaan
menyedaran diri akan erti sebuah kepedihan
menyedarkan diri akan erti sebuah kedukaan

Sesekali telupa menjelma dalam diri
bisa mengubat sejuta rasa kehampaan
sejuta rasa beribu makna

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Bisakah diheret lupa itu ke lubuk sana
Agar tidak bisa kembali
menerjah benak fikiran bagi memulihkan semangat yang hilang

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Ombak rindu tiada makna
Hanya kerana aksi tertutup bisa terbentang di layar kaku
menghampar kasih nan suci
dalam keheningan dan kesucian yang ternoda

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Seharusnya bisa memberi ingatan kepada diri akan sebuah kehidupan yang lebih bererti

Sesekali .... jangan dibiarkan menghantui diri 

*.*

.

19 November 2011

Tiba-tiba...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba
Teringat ...
Tiba-tiba
Rasa hiba...
Tiba-tiba
rasa rendah diri...
Tiba-tiba
sepi mengundang...
Tiba-tiba
kepala terasa sakit
Tiba-tiba
mata rasa berpinar...
Tiba-tiba
datang seribu rasa...

Tiba-tiba....
terasa poket kosong
Tiba-tiba
terasa kehilangan
Tiba-tiba
mereka semua meragam
Tiba-tiba
mereka baik pula
Tiba-tiba
..... sunyi......





Tiba-tiba...
semua dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
boring pulak...

01 November 2011

Apa saja asalkan yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Terdetik terlintas di kotak fikir
Biarpun bentuknya bukan sekadar kotak
Atau bentuknya tidak berupa
Apa saja bentuk asalkan bentuknya yang baik

Tertulis terlakar di kotak ini
Biarpun bukan dengan pena
atau juga tidak dengan kalam
apa saja tulisan asalkan memberi makna yang baik

Terlihat terbaca di ruangan ini
Biarpun bukan karangan yang panjang
atau juga bukannya idea menarik
apa saja asalkan mampu memberi input yang baik

apa saja ... bukan FBI
apa saja ... asalkan yang terbaik untuk memberi makna kepada kehidupan

.

18 Oktober 2011

Bicara dalam duka lara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bicara dalam duka lara atau sama juga dengan bicara bersama kedukaan.  Di dalam sebuah majlis bicara, teringat sebuah kisah duka.  Duka yang sementara saja sepatutnya tetapi telah dipanjangkan dengan perkara kecil yang remeh temeh.  Perkara yang pada dasarnya tidak perlu diperbesarkan.  Hanya kerana hati terluka angkara insan lain, luka hati itu dilontarkan pula kepada insan lain yang tidak mengerti apa-apa. 

Mengapa tidak dilontarkan saja rasa duka dan lara itu kepada insan yang melukakan hati mu.  Mengapa harus kami yang menerima natijahnya.  Hanya kerana kami dalam satu gerombolan yang tidak sama taraf dengan mu. 

Kami ini manusia biasa-biasa saja yang baru belajar untuk hidup luar biasa, baru berlajar berhadapan dengan cabaran.  Jangan pula kerana nila setitik habis susu sebelanga dibuang terus ke danau hampa.  Kami punya perasaan untuk hidup bahagia dengan cara kami sendiri.  Andai cara kami ini tidak berada di jalan yang benar, tunjukkan lah jalan yang lurus itu... tidak mungkin kami mengetahui mana jalan yang benar andai kami tidak beri sinar jalan lurus itu.  Biar apapun kami sudah sedaya upaya meneruskan hidup dengan cabaran yang amat luar dari jalan kami.  Kami sudah berusaha, tetapi kami tidak tewas dengan mainan kata-kata mereka yang suka menyesatkan pendirian kami. 

Kami punya pengalaman hidup yang tersendiri, biarpun cara kami ini memang kuno... namun kami yakin dengan peluang, bakat dan kemahiran yang ada kami bisa beroleh kejayaan.  Berilah kami masa dan peluang.  Andai ada cacat cela di mana-mana saja hasil kerja kami, maklumkan saja usah pendam kesilapan itu hingga akhirnya tersebar seantero maya persada ini mengenai kesalahan dan kesilapan kami.  Siapa pun kami atau siapa pun kamu, ada masa kesilapan tetap berlaku.  Namun kesilapan itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari amanah tugas yang telah dititipkan.

Biarkan duka lara itu berlalu pergi dan tersingkap di sebalik tabir penuh kesopanan. Usah diragui usaha orang lain mahupun usaha mu sendiri...

*.*

 

17 Oktober 2011

Bagus ke bila berdiam diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagus ke bila berdiam diri
Diam banyak makna
Ada makna setuju
Ada makna tidak setuju
Ada makna tidak faham
Ada makna malas nak peduli
Ada makna jangan ganggu lah...
Ada makna langsung tak der makna... hahahah

Sungguh! Dalam masa tertentu kita perlu berdiam diri
Kerana tidak semua orang suka apa yang kita cakap
dalam berdiam diri itu fikirkan sesuatu yang berfaedah
Agar mudah membuat pilihan bila diberi peluang untuk bersuara...

>.<

14 Oktober 2011

Perjalanan yang lalu menghitung hari muka

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,


Perjalanan masa lalu telah ditempuhi
Jerit perit diharungi jua
Walau sarat walau berat mata memandang
Terpikul dan tergalas jua

Menghitung hari muka
Entah apa menunggu
Saban hari Saban waktu
Menadah tangan menghadap Ilahi
Semoga dimudahkan segala urusan

*.*



'

13 Oktober 2011

Hidup Bukan Tiada Pilihan | Bukan Salah Pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dalam Hidup Ini Banyak Cadangan
Banyak Cabaran
Banyak juga halangan
Memungkinkan banyaknya pilihan
Pilihan bukan sekadar di tangan
Tetapi pilhan itu harus lahir dari hati
Pilihan itu tidak terletak di mulut
tetapi letaknya pada perbuatan
Apa yang kita lakukan itulah pilihan
Bukannya apa yang kita kata

Sekarang saya memilih untuk menaip
Dan ada orang memilih untuk membaca
Jika sekadar bercakap untuk menaip
atau bercakap hendak membaca
Itu .... bukan pilihan tetapi perbualan

Pilihan itu datangnya pelbagai
Datang bersama cabaran
Datang bersama hasutan
Datang bersama cadangan
Datang bersama kehendak
Datang bersama keinginan
Datang bersama kemahuan
Datang bersama pemikiran
Datang bersama kematangan
Seterusnya... pilihan itu datang bersama sehelai kertas dan pena...
Sebelum dilaksanakan pilihan itu
Bacalah dulu apa yang ditulis
Fahami dulu apa yang dikehendaki
Fahamkan juga faedahnya untuk kita
Bertanya pada yang tahu
Bertanya pada yang arif
Bertanyalah ... sehingga akhirnya tiada jawapan lagi...

Pilihan itu di tangan kita...
Tawakkal sebelum laksanakan pilihan
Hentikan tohmahan setelah pilihan dibuat...

SSB SSM atau SBPA
2012... empunya ceritera

>.<
'

Mainan Perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Resah dan gelisah mainan perasaan
khabar angin itu perosak perasaan
tohmahan itu mematikan perasaan
khianat itu mengkuburkan perasaan

hentikan gurauan mainan perasaan
tinggalkan tabiat lama mengguris perasaan
luka hati siapa hiraukan
kerana terpendam tanpa kasihan

berlalu badai ribut dan taufan
tinggalkan duka luka dan lara
kuatkan hati tekad bulatkan
semoga hidup terus bahagia


... edisi terhad... jiwa lara...

>~<



25 September 2011

Yang terjadi kadang-kadang sukar digambarkan

Assalamualaikum,


Banyak kejadian yang terjadi dalam hidup seharian.  Terjadi secara sengaja iaitu memang kita sedar dan kita buat atau kita tempuhi juga.  Terjadi secara tidak sengaja di mana tanpa kita duga dan tanpa kita rancang terjadi di luar pengetahuan kita. 

Tidak boleh dikatakan tanpa kawalan kita kerana kita tidak mampu mengawal kejadian sekitar kita sebaliknya kita yang harus bersedia untuk mengawal diri bila berhadapan dengan kejadian yang tidak kita duga.

Hari ini, seketika terasa hendak menjadi lalang... kata orang lalang itu perumpamaan bagi manusia yang tidak teguh pendirian. Boleh kita 'twist' sikit maksud lalang itu supaya tidak disamakan dengan perumpamaan orang? 

Kita katakan begini... lalang itu memang lembut batang dan daunnya tetapi liat dan agak sukar juga untuk dipatahkan atau diputuskan... untuk menghilangkan lalang perlu dimesin dengan mesin rumput paling tidak sebulan sekali dan tidak beberapa hari kemudian mula mengeluarkan pucuk muda yang semakin kuat (umpama pendirian).

Atau juga bisa terjadi lalang itu diracun dengan racun rumpai yang paling kuat kuasanya... Selang beberapa hari atau minggu kemudian... tumbuh semula tunas baru.  Menguatkan akar tunjangnya.

Ada juga ketika lalang itu harus ditebas dan dicangkul akar umbinya agar tidak tumbuh kembali.  Namun...... selang beberapa bulan atau minggu kemudian... pucuk muda mengintai-ngintai dari celahan akar nya yang lembut mengurai... barangkali kerana tidak menggunakan syampoo clear (yang modelnya dengan angkuh sekali bangga kerana menjelang 2012 walaupun dunia diramalkan akan kiamat... dia mempunyai rambut yang ikal... konon!!!).

Jadi, kita harus ambil semangat positif dari lalang yang kuat dan teguh serta fokus untuk memajukan diri... Harus ada semangat itu dalam diri kita iaitu kita tidak harus cepat lemah semangat bila tersalah membuat pilihan.

Pilihan itu agak sukar untuk digambarkan kerana kita hanya manusia mampu berdoa agar diberi kekuatan dan dikurniakan kehidupan yang terbaik untuk seisi alam.

Agak sukar digambarkan di sini apa maksud sebenar tetapi itulah yang telah tersurat untuk dinyatakan disini pada ketika ini.  Andai dibaca berulang-ulang kali... ada yang tersirat di sana sini... itulah kehidupan.


09 Ogos 2011

Bukan kerana nama tetapi kerana minat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Aku menulis bukan kerana nama tetapi kerana minat, ada masa dan hobi. 
Walaupun ada ketika aku cemburu dengan kejayaan blogger lain dalam dunia blog.
Tetapi aku harus cepat sedar bahawa kejayaan mereka itu bukannya datang bergolek
Bila tiba masa yang sesuai dengan kerja yang luar biasa
Aku juga bisa menjadi terkenal seperti mereka.

Sekali lagi aku terbabas
kerana tergelincir dari landasan sebenar
Tersasar dari sasaran asal ... minat

Minat melihat blog yang hebat
minat menulis dan bercerita
walaupun ada seketika tiada isi yang enak umpama durian harimau
Kerana tidak bijak mengupas isu isu semasa
Menulis kerana ikut-ikutan

Tetapi itu semua bukan alasan untuk berhenti menulis
bukan juga alasan untuk tidak mengemaskini blog
bukan juga alasan untuk memplagiat idea blogger lain
tetapi alasan untuk menjadi lebih rajin berkarya dengan menghasilkan bahan bacaan yang lebih bermutu dan berkualiti dan disukai ramai.

aku belum bersedia bersemuka....
aku menulis kerana aku terasa seperti aku yang dimaksudkannya
biarpun bukan aku sahaja blogger yang tidak berwajah

Aku adalah YB (YangBaik)

*-*

22 Julai 2011

Biarkan ia pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Biarkan ia pergi
Biarkan perasaan itu berlalu pergi
Biarkan ia

Enggan biarkan perasaan itu bertapak di sini
Usah sekalipun ia berkubu di sini

Perasaan marah itu campakkan saja
Perasaan kecewa itu tinggalkan saja
Perasaan sedih itu biarkan di situ

Tinggalkan yang positive dalam diri
Untuk bangunkan jatidiri yang sejati

Kekuatan semangat bukannya terletak pada rasa marah
Kekuatan diri bukannlah terletak pada rasa kecewa
Kekuatan bukan terletak pada rasa sedih

Namun perasaan marah, kecewa dan sedih itu tetap ada
Kerana ia perlu untuk kita meluahkan sejuta rasa
Luahkan sejuta rasa itu bukan pada insan lain
Mengadulah pada Ilahi yang maha berkuasa untuk menghilangkan segala keresahan



15 Jun 2011

Siapa Nora Elena dalam hidup kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa nora elena dalam hidup kita
Sana sini jenuh orang dok bercerita
dalam facebook, blog tidak terkira
siapa sebenarnya nora elena

Dalam facebook dalam blog
banyaknya cerita tentang nora elena
tidak tahu tidak kenal
maka diam saja lebih baik

tidak tahu tidak kenal
mana lagi nak minat
jalan cerita slow semacam
entah apa nak jadi cerita sekarang

jalan cerita slow semacam
bila tengok tertunggu-tunggu
apa kesudahan apa sambungan
sudahnya berebut tv dengan solat maghrib...

apa kesudahan apa sambungan
jangan sampai terlepas maghrib
di sini saja akhir cerita
suka duka pentas dunia
sandiwara duniawi jangan diikutkan
akhirnya leka alpa suruhan tuhan

sandiwara duniwi jangan diikutkan
kelak alpa tugasan hakiki
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti tinggallah dosa bawa pahala banyak2...

sekian sketsa ringkas nora elena ...

28 Mac 2011

Monolog sambungan sebuah pengharapan yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


... sambungan kisah sebuah pengharapan yang tertinggal...

-  Kita mengharap kepada keadaan.  Adakah keadaan mampu membantu kita, lantas ia menjadikan kita berserah kepada nasib semata-mata tanpa perlu berusaha.  Sama seperti tawakkal, setlah berusaha sehabis ikhtiar dan daya upaya maka nasih mana yang menyebelahi kita, kita akan terima dan reda.  Namun adakah kita sepanjang masa bergantung kepada nasib yang baik... bagaimana sebaliknya?


-  Mengharap kepada masa.  Sama ada tempoh untuk sesuatu yang akan berlaku itu dipanjangkan kerana kita kurang bersedia.  Atau mengharapkan masa itu tidak akan berlaku kerana kita langsung tidak bersedia.  Adakah itu boleh dijadikan ukuran untuk kita tidak berusaha atau berhenti berusaha.  Dan harus ingat masa juga bukanlah alasan untuk kita melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak suka.  Suatu masa... saat itu akan tiba juga sama ada kita sudah bersedia kurang bersedia atau tidak bersedia.

-  Mengharap kepada alam dan suasana.  Bagaimana harus kita menyerahkan harapa kepada alam dan suasana .... tidak terduga dek akal...

-  Semua pengharapan itu andai bergabung akan kembali ke bahu kita.  Kerana kita tidak mampu "berdiri di atas bahu gergasi" yang begitu tinggi lantas menjadikan kita gayat dengan ketinggian itu.  Kita juga tidak mampu menyaksikan harapan itu berlalu pergi tanpa kembali lagi.



-  Bukankah lebih kita kita terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab serta bersedia untuk dikritik dan ditegur.  Daripada teguran itulah kita belajar dan mampu berdiri sendiri.  Dan, janganlah kerana takutkan teguran lantas menjadikan kita tidak berusaha dan menyalahkan semua yang ada di sekeliling kita... kononnya 'orang itu/orang lain' tidak boleh harap .  Bukankah harapan itu ada juga pada kita?...

layanzzzzzzzz

24 Mac 2011

Monolog sebuah harapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber:  mr. google (rumah seni)
Izinkan aye bermonolog tentang harapan....

-  Dalam hidup ini kita sentiasa mengharap.  Mengharap pada diri sendiri, mengharap kepada orang lain, mengharap kepada keadaan, mengharap kepada masa, mengharap kepada alam dan suasana.

-  Ada kala kita keliru dengan harapan... mengapa sukar mengharap atau tiada harapan.

-  Sememangnya harapan itu andainya tidak terlaksana seperti yang diharapkan akan membuatkan kita kecewa... mengapa kecewa dengan harapan... andai diri sendiri tidak boleh diharap???

-  Kita mengharapkan kepada diri sendiri.  Andai diri tidak berjaya, kita akan hilang kepercayaaan kepada diri sendiri lantas menjadikan kita seperti hilang akal... tak mampu berfikir ... tak mampu mencari harapan baru???

-  Kita mengharap kepada orang lain pula bila kita tasa kita tak mampu laksanakan harapan kita itu.  Namun tahukah kita orang yang kita harapkan itu mampu laksanakan apa yang kita harapkan itu?  Disitu... kita patut teliti dan yakin dengan keupayaan orang lain.  Jika tidak, andainya tidak berjaya... adakah kita akan salahkan orang itu... atau salah kepada harapan kita... kita sukar menelah apa sebenarnya harapan orang dan harapan kita sendiri pun...

.....sekian dulu harapan yang belum selesai...