Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Isnin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isnin. Papar semua catatan

01 Ogos 2022

PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Alhamdulillah, hari ini Isnin 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta pada dunia
Dunia akan pergi

Cinta pada manusia
Manusia akan mati

Cinta pada Allah
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Semoga kebaikan senantiasa mengiringi setiap langkah dan kehidupan kita.


13 September 2021

Isnin, pagi yang indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, pagi yang indah





Pagi yang indah.
Semoga ia adalah permulaan hari yang baik.
Mendapat keberkatan dariNya.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberi perlindungan olehNya.
Diberikan keampunan dari segala dosa,
Dan dikurniakan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.


Muhasabah diri.
Terima kasih.


19 April 2021

Permulaan minggu baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Permulaan minggu baru


Mulakan hari baru dengan senyuman.




Isnin, permulaan hari minggu baru bagi sebahagian negeri di Malaysia.  Setengah negeri yang lain permulaan hari setiap minggu adalah hari Ahad.

Dalam konteks negeri Perak, hari Isnin.


Terima kasih, Permulaan minggu baru.



27 Julai 2020

Bermulanya pada hari Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bermulanya pada hari Isnin




Bismillah
Semoga Allah membimbing setiap langkah
sehingga apapun yang aku lakukan menjadi berkah
dan apapun yang aku usahakan berbuah indah.


Kerana sebahagian daripada kita bekerja dengan rasminya Bermulanya pada hari Isnin.


18 Disember 2017

Hindari tekanan hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hindari tekanan hidup


Selamat pagi semua.  Semoga hari Isnin ini membawa kebahagiaan dan kesejahteran dalam hidup kita.  Jauhi dan hindari tekanan hidup dengan cara yang paling baik dan positifkan minda.





Hidup serabut, tertekan dan tiada arah tuju?
Maka ambillah al-Quran hayati maknanya.
Amalkan ia dalam kehidupan kita.
Agar hidup ini lebih bahagia.


Terima kasih dan sama-samalah kita Hindari tekanan hidup 

20 November 2017

Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal


Hari ini Isnin 20 November 2017, bersamaan 1 Rabiul Awal 1439. 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara itu kita selusuri ada apa disebalik bulan Islam yang mulia ini.



💕 RABIUL AWAL


Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan.

Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.

Selepas kedatangan Islam, Rasulullah ﷺ telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.

@quotephotovideo 😍😍😍

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal.


posted from Bloggeroid

25 September 2017

Selamat pagi kepada semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi kepada semua


Hari Isnin datang lagi...



Ya Allah, 
Berilah khabar gembira di pagi ini.
Permudahkanlah segala urusan kami.
Bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat kami
dan jadikanlah pagi ini pagi yang penuh dengan ketenangan.

Aamiin.

Terima kasih dan Selamat pagi kepada semua.
szi💟

18 September 2017

Selamat menyambut hari Isnin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Selamat menyambut hari Isnin


Permulaan hari bekerja bagi sesetengah negeri di Malaysia adalah hari Isnin.
Hari Isnin sering kali dikaitkan dengan hari biru.
Mengapa biru? Kerana pengaruh budaya asing.



"Bila mentari muncul, hari yang baru akan menjadi saksi amalan kita.  Bila terbenam mentari, ia akan perhi takkan kembali sehingga tiba hari kiamat".  (Imam Hassan al-Basri)


Semoga hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk terus berada di dalam landasan yang betul.  Tanpa curiga, tanpa mazmumah.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Selamat menyambut hari Isnin

szi
posted from Bloggeroid

28 Ogos 2017

Hari Isnin Sentiasa Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Isnin Sentiasa Indah


Hari Isnin seringkali dikaitkan dengan "Monday Blues".
Mengapa begitu?
Tukar persepsi dan jadikan hari Isnin sebagai hari yang paling indah dalam hidup bagi memulakan kerja untuk hari-hari berikutnya.




Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kita,
dan semoga kita semua dalam perlindungan Allah sentiasa
Aamiin.


Terima kasih kerana menjadikan Hari Isnin Sentiasa Indah

szi 💖

07 September 2015

Hari Yang Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Yang Indah


Setiap hari adalah hari yang indah
Mulakan setiap hari yang indah dengan senyuman
Semoga setiap hari adalah hari yang indah
Mudah saja untuk mengungkapnya
Biarpun seribu halangan datang menimpa, hadapi dengan ketenangan
Jadikan halangan itu sebagai cabaran yang indah dalam kehidupan
Jadikan halangan itu sebagai penguat semangat untuk meneruskan hari yang indah.




Setiap hari adalah hari baru yang indah
Semoga kita semua beroleh keberkatan setiap hari.

Hari yang indah


27 Julai 2015

Tiada harapan lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiada harapan lain


Tiada harapan lain yang lebih utama dalam hidup kita.  Walaupun banyak harapan dan impian semua itu sekadar memenuhi ruang kehidupan kita dimuka bumi sementara sampai ke sana yang azali.

Tiada lain

Raikan hari ini sebagaimana kita raikan hari kelahiran kita.  Kerana Rasulullah S.A.W lahir pada hari Isnin dan Rasulullah juga amat menyukai warna putih.

Semoga di hari Isnin ini tiada lagi istilah Monday Blues.

Bergembiralah di hari Isnin.




25 Ogos 2014

Putihkan hari dengan motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Putihkan hari Isnin dengan Motivasi


Isnin, 
Mulanya hari bekerja 

Isnin,
Kelmarin meja ini ditinggalkan dengan riang
Meja ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki longgokan kerja

Isnin,
Hari ini meja itu penuh kembali dengan pelbagai macam istilah
Baru terasa sebenarnya meja ini bukan ditinggalkan bersendirian
Biarpun pintu itu berkunci
Inovasi mencipta pintu dibuka untuk dilonggokkan kerja atas meja
Ha ha ha...

Isnin,
Ku mengharapkan motivasi di awal pagi ini mampu memutihkan semangat yang lemau
Inilah hari Isnin... penuh dengan kontroversi
aku yang perlu berubah demi membawa semangat baru 
Motivasi hari ini..... menjelang tengahari semua kerja yang dirancang sewajarnya disiapkan
Ketepikan gosip-gosip 'liar' yang menerawang di muka pintu 
Tumpukan sepenuh perhatian
Semoga layar khidmat hari ini berkibar megah semegah jalur gemilang.



23 Jun 2014

Pagi yang selamat dan lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat pagi semua.
2 hari tidak bersiaran di laman blog.
Masa ditumpukan kepada keluarga dan anak-anak untuk hujung minggu yang penuh dengan fantasi dan realiti.


Keindahan pagi ini semoga berkekalan hendaknya.



Selamat bertugas dengan penuh dedikasi.
Semoga kita dikurniakan kesabaran dalam mengharungi cabaran dunia pekerjaan.


Terima kasih.


27 Januari 2014

Hari ini Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Isnin yang puteh"


Hari ini Isnin.  
Terlewat lagi keluarkan entri.
Kerana kesibukan yang melanda
Termasuk juga kemalasan semalam
Semalam sepatutnya buat entri auto publish
Tetapi entah mengapa idea itu lesap... dan lenyap

Hari ini Isnin.
Baru sekarang berkesempatan buat entri
Setelah selesai makan tengahari
Bukan menunggu waktu solat
Kerana azan Zohor baru saja berkumandang
Semoga tidak terlewat
Menunggu giliran atau biarkan saja

Hari ini Isnin.
Banyak sungguh perkara dan tajuk bergelegar di kepala.
Semoga ingatan itu tidak luput
Nantikan saatnya
Sama ada lewat atau cepat
Hanya takdir yang menentukan

Hari ini Isnin
Semoga kekalutan hari ini tidak berterusan
Semoga hari esok dan hari-hari berikutnya berjalan lancar

Hari ini Isnin
Terima kasih kepada yang sudi menjengah
walau sekadar sebaris ayat
ucapan terima kasih siling berganti




suka duka pentas dunia




$$$

22 Julai 2013

Jangan jadikan Isnin anda menyeramkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, entah mengapa seringkali dikaitkan dengan kemalasan atau kelemasan.

sumber gambar dari facebook

Bukan hendak lari dari pemahaman skema tetapi ingin mengajak hati supaya tegar dengan kemunculan Isnin.

Hari Isnin tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lemah semangat kerana pada hari Isninlah kita sepatutnya memulakan minggu pekerjaan kita dengan ceria dan gembira.

Kenyataan maut yang berani kan?

Aye tau ramai di luar sana yang marah atau tidak suka dengan kenyataan ini.  Memang simpati sebabnya bagi aye sendiri hari Isnin... sejak dari bangku sekolah lagi merupakan hari yang paling .... sambung lah sendiri.

Teringat pesan arwah mak, semasa mula-mula masuk kerja.   Setiap kali bila tiba hari Isnin arwah mak akan berpesan supaya memakai pakaian yang bersih kerana hari Isnin adalah permulaan untuk bekerja, baru bersemangat.  Antaranya adalah sarung kaki mesti telah dibasuh termasuk juga semua jenis pakaian luar dan dalam (ngeeee).  Menurut arwah mak lagi, pakaian baru (dibasuh dan bersih) bukan sahaja dipakai pada hari raya atau Jumaat sahaja sebaliknya hari Isnin juga.  Masa tu memang tak terfikir pun cuma ikut jer pesanan tu.

Selain dari itu arwah mak juga berpesan bila pergi kerja jangan suka cari gaduh dengan orang, cakap dengan orang lemah lembut, kalau nak bantuan ke apa-apa minta dengan baik, jangan berat tulang rajin-rajin bantu orang lain, buat kerja baik-baik kalau ada yang tak faham tanya jangan sampai ketua (bos) marah.

Pesanan itu akan terus kekal sampai bila-bila, Insya Allah.  Semoga anak mak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian adanya.  Suka duka pentas dunia.



03 Jun 2013

Hari Isnin yang puteh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hari Isnin yang puteh
Isnin datang lagi dan akan terus datang.
Pakai baju warna apa hari ni?
Pakailah yang putih.... ikut tema hari Isnin
Semoga ceria-ceria selalu.

Tingkatkan prestasi - kurangkan kontroversi - hiasi peribadi 



30 Mei 2011

Isnin blues? | No komen

Selamat sejahtera,

Hari ini hari Isnin
Monday Blues Symptom?
No Comment?
Tak per.. dah biasa
dah banyak entry yang tiada pengomen

So, kalau no comment untuk entry ni pun aye tak kisah...
No heart feeling also!

Sekian.

11 April 2011

Isnin yang ceria!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1malaysia.com ,

sumber gambar:  bing.com - huh giler betul taip gambar matahari dan pergi ke imej... macam-macam gambar keluar tak sanggup mata hati ini menatapnya... ada yang nak cuba.... JANGAN!!!

Isnin yang ceria!!! hampehs.... memang biul betul... kalau buka blog seantero Malaysia pun rata-rata blogger mesti buat cerita pasal Isnin yang biru (blues ler)... apa kes tetiba aye buat Isnin yang ceria pulak... Tu lah pasal... kita terbalikkan mood hari Isnin yang tak berapa ceria nih... tapi silap pulak hari ni pakai baju biru... ingat tadi nak pakai baju kuning... ceria macam matahari kat atas tu...

Memang nak cari mood yang ceria hari ni... tetiba dapat panggilan hangit pulak, sayangnya bukan dari fara fauzana atau fafau atau dari mana-mana hot.fm tapi kat geng ofis hujung sana... tapi rileks jer arr.... kita tengok sampai mana hangitnyer ttu...


layan...... zass

04 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini Isnin bersamaan 4 April 2011 dan bersamaan dengan 30 Rabiul Akhir 1432.

Syukur Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan pada hari ini.  Mudah-mudahan dikurniakan rezeki yang halal lagi baik. 

Amin.

Esok, 1 Jamadil Awal 1432.  Lepas ni Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban dan Ramadhan.... Rindu! Ramadhan.  Ada empat bulan lagi untuk ganti puasa Ramadhan 1431H.  Jangan terbabas...

Sekian.

07 Mac 2011

Hari Isnin yang indah | Permulaan tahun 2011?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Gambar hiasan - Koleksi peribadi yangbaik

Hari Isnin yang indah
Indahnya Isnin ini kerana ia berwarna biru
atau juga Monday Blues...

Hari Isnin pertama bagi tahun 2011...
bermakna dah mula kerja lah nih...
Maka dengan itu bermulala sesi sibuk menyibuk...

Bahang iPad 2 sudah terasa...
tidak mungkin juga kerana kesibukan kerja pasti mengatasi masa untuk mengemaskini blog...

Lepas ni, mungkin tidaklah dapat selalu atau hari-hari kemaskini blog...

Namun, masa dan ruang pasti di cari... semoga berjumpa

Akhir kalam, ucapan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat waja yang membara untuk diri sendiri dan negara... amin.