Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Alexa Rank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alexa Rank. Papar semua catatan

01 Oktober 2014

Alexa Rank pada 1 Oktober 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hampir sebulan tidak update ranking alexa di blog yangbaik.  Memang nampak naik turun ranking tetapi sungguh tidak sempat nak update entri.  Yang pastinya ranking alexa banyak jatuh daripada naik.  

Tengoklah ranking untuk hari pertama bulan Oktober 2014...


Global Rank:  386,022
Links in:  247
Rank in Malaysia:  3,756
Sumber : DI SINI
Rank lepas :  DI SINI
 

Memang nampak ketara sangat rank dah jatuh.  Trafik pun agak berkurangan kerana kurang update entri dan kurang juga blogwalking.  Namun trafik tetap juga mengalir walaupun perlahan.  

Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang trafik.

(*-*)


26 Ogos 2014

Ranking Alexa pada 26 Ogos 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selusuri pula ranking alexa untuk blog yangbaik pada hari ini, 26/8/2014.  Agak senang hati sikit ada peningkatan dan perubahan. 

Global Rank:  365,066
Links in:  245 (masih lagi sama dengan nilai minggu lepas)
Rank in Malaysia:  2,745
Sumber : DI SINI
Rank minggu lepas :  DI SINI


Kadar Bounce pula meningkat kepada 52.10%.  Kalau tak silap kadar untuk bounce rate perlu dikurangkan bagi menunjukkan kebaikan pada blog... ahhh sukar juga nak turunkan kadar itu.  

Banyak lagi data yang perlu ditambahbaik.

Gambate!!
(*-*)


18 Ogos 2014

Ranking Alexa blog yangbaik pada 18/08/2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Usaha tangga kejayaan.  Dalam dunia blogging begitulah adanya pasang surut dan naik turun ranking alexa.

Oleh kerana hari ini beberapa blogger telah keluarkan entri berkaitan rank alexa untuk blog mereka maka saya juga rasa terpanggil untuk keluarkan entri berkaitan rank alexa di blog yangbaik | suka duka pentas dunia.  Nak kata blog lifestyle boleh juga kan sebab blog ini turut memaparkan suka duka kehidupan dan gaya hidup negatif dan positif.

Global Rank:  370,722
Links in:  245 (telah berubah dari 241 pada minggu lepas)
Rank in Malaysia:  3,399 
Sumber : DI SINI
Rank minggu lepas :  DI SINI

Agaknya bila lah blog ini boleh popular? 

Ada sedikit perubahan dan perubahan ini pastinya meningkatkan semangat saya untuk terus berblogging.



12 Ogos 2014

Ranking Alexa pada 12 Ogos 2014 | Suka Duka Pentas Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agaknya dah lama tidak bercerita perkembangan rangking alexa di blog yangbaik.  Kali terakhir kalau tak silap sebelum raya.

Ranking Alexa setelah 15 hari

Hari ini setelah 18 hari, baru terpanggil nak buat entri berkenaan ranking Alexa di blog ini.  Kalau ikutkan hati tak nak buat dah sebab dah jatuh merudum banyak sangat.  Mentang-mentanglah raya seminggu.  Tuan blog pun update ala kadar.. jangan tidak.  Makanya sudah tentu Alexa pun segan nak bagi rank baik punya.

Tidak mengapa untuk lebih mesra dengan rank Alexa, saya buat juga entri berkaitan dengannya.

Global Rank:  413,257
Links in:  241


Rank in Malaysia:  5845
Sumber:  DI SINI

Biar apapun rank yang diberi usaha untuk berblogging tetap diteruskan.

Bukannya tak sedih dengan perubahan yang sangat ketara... tetapi rank ini lebih baik daripada minggu lepas.


25 Julai 2014

Alexa Rank setelah 15 hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Berikut adalah Rank Alexa blog yangbaik pada 10 Julai 2014

Rank:  346,219
Links in: 247
Rank di Malaysia:  4,048


Graf di atas menunjukkan betapa eratnya pengunjung di blog ini sehingga 10 Julai 2014.

Namun, segala-galanya mula berubah semenjak dari hari ini hingga ke hari ini 25 Julai 2014.  Ada ketikanya Rank itu naik sekejap apabila blog ini dikemakini dengan kerapnya pada setiap hari.  Tetapi atas kekangan masa dan blog ini semakin kurang dikemaskini.  Paling kerap pun sehari satu entri untuk memenuhi ruang kosong.  

Dan, berikut adalah Rank Alexa blog ini pada hari ini, 25 Julai 2014.

Rank:  398,208
Links in:  242
Rank di Malaysia:  5,274


Dengan perubahan Rank Alexa yang amat ketara ini memanglah sesuatu yang amat mendukacitakan.  Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berblogging.  Walaupun tujuan asal saya berblogging bukan semata-mata untuk mengejar Rank Alexa tetapi setelah mendapat sedikit sebanyak pendedahan mengenai kepentingan Rank Alexa pada blog saya mula mengejarnya.  Saya tidak cukup pantas mengejarnya kerana dunia blogging sekarang sudah semakin luas dan semakin ramai blogger yang mahir dalam bab-bab SEO dan mengejar Ranking.  

Mengalah bukan kalah tetapi mencari kesilapan untuk menyusun semula strategi agar blog ini tidak lenyap di alam maya.

Terima kasih semua atas sokongan.



20 Jun 2014

Ranking Alexa pada 20.6.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ranking Alexa pada 20.6.2014

Rank:  332,365
Links in:  241
Sumber:  rujuk SINI





Jatuh bangun dalam dunia blogging sudah menjadi resam.  Kita memang biasa berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan termasuk dalam meningkatkan tahap PR blog.  Namun atas alasan tertentu usaha kita terbantut bukan kerana kesilapan orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri kerana gagal untuk menjadi penulis blog yang disegani atau diminati ramai.

Global Rank :  323,011 (jatuh sebanyak 5,141 dari 3 bulan lepas) :(
Rank in Malaysia:  2,636 (jatuh lagi)
Rank bulan lepas rujuk di SINI

Bukan untuk menjejaki masa silam, tetapi rank alexa untuk blog yangbaik nampaknya telah jatuh menjunam seolah berada pada 2 atau 3 tahun lepas.  Agak kesal juga kerana pada awal bulan Mei 2014, Global Rank adalah 298,000.  

Nampaknya untuk menaikkan lagi Global Rank atau Rank di Malaysia menjadi semakin sukar dan memerlukan usaha lebih gigih lagi.  Antaranya dengan menghasilkan karya yang lebih baik dan berkualiti serta diminati.  

Wah... hari ni jadi pakar motivasi untuk diri sendiri pula.  

Cabaran dunia blogging:  
Bila dah dapat rank yang terbaik kenalah pertahankan atau berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sekian.




19 Mei 2014

Ranking Alexa 19.5.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiba-tiba saja tergerak nak buat entri mengenai rangking alexa di blog YANGBAIK. Bukannya hujung bulan atau awal bulan tetapi memang sengaja buat entri ini untuk merapatkan lagi perhubungan dengan Alexa.


sumber gambar - google.com dari SINI


02 Mei 2014

Rangking Alexa 2.5.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia.  Hari ini dah masuk 2 Mei 2014 baru teringat ada janji yang belum ditunaikan iaitu janji kepada diri sendiri untuk mengeluarkan entri berkaitan Rank Alexa setiap hujung bulan.  Memandangkan pada 30 April 2014 YANGBAIK telah terlupa maka entri berkenaan dibawa ke hari ini 2 Mei 2014.

Global Rank:  298,000
Links in:  236
Rank in Malaysia:  2,542 (rujuk gambar di bawah)
Sumber:  rujuk SINI

28 April 2014

Kepentingan Alexa Rank kepada blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kepentingan Alexa Rank kepada blogger.

Tak kiralah blogger picisan atau blogger cap ayam. Semua blogger patut tahu kepentingan Alexa Rank kepada blog mereka. Walaupun blog peribadi berkisar kisah anak-anak atau kisah peribadi. Alexa memainkan peranan penting untuk menaikkan rangking blog di alam maya.

'Print screen' pageviews yang diperolehi dari Alexa Rank


31 Mac 2014

Rangking Alexa 31.3.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah terlalu lama rasanya tidak buat entri mengenai ranking alexa.  Dan, pada tahun 2014, kali ini merupakan entri pertama dikeluarkan.  Aye berhasrat nak keluarkan entri berkenaan ranking alexa setiap bulan... mudah-mudahan berjaya dan dipermudahkan.


Global Rank:  302,397
Rank in Malaysia:  2,265

Sumber :  SINI


Melihatkan kepada angka yang tertera memang cantik dengan nombor yang besar dan bilangan yang banyak.  Tetapi ia bukanlah sesuatu yang elok untuk blog ini.  Kerana semakin rendah angka yang tertera menunjukkan semakin baik blog itu.  

Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan rank blog ini.  Aye perlu rajin kemaskini blog dan yang penting bukan sekadar kemaskin tetapi hendaklah diikuti dengan cerita yang bernas dan menarik bukan entri 'copy paste'.  Selain dari itu yang pastinya aye perlu rajin blogwalking dan meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR tinggi....

Agaknya kalau nak turunkan rank di Malaysia ke 2,000 bilalah boleh tercapai...


suka duka pentas dunia

#doauntukMH370



$$$

15 Mac 2013

Ranking terkini dan kaitannya dengan tujuan blog

As salam,


Setelah sekian lama bergeluman dalam dunia bloging sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk blog kita.  Walaupun mungkin juga pada awalnya tujuan berbloging adalah sekadar suka-suka kerana masuk kursus buat blog atau kerana ikut kawan-kawan.

Sesungguhnya peningkatan PR dalam blog menjadi satu titik tolak dan semangat untuk terus berbloging dan seterusnya menghasilkan karya yang terbaik serta boleh dijadikan rujukan dan panduan di masa hadapan.

Tidak semestinya catatan itu menjadi rujukan pembaca blog atau pencari maklumat tetapi harus juga menjadi rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Hari ini, 15 Mac 2013 (15/05/2013) rank blog yangbaik telah meningkat ke 798,022 di dunia (kan?)... sungguh teruja sangat-sangat.  Sebelum ini Rank sudah meningkat ke angka 900,000 lebih tetapi menurun semula ke angka 1 juta hanya kerana sering lewat dan tertinggal dalam update blog.


Rank pada 15/05/2013


Seterusnya dari Rank di dunia pergi pula ke Rank di Malaysia, hari ini Rank di Malaysia telah menjangkau ke angka 6,222.  Satu pencapaian peribadi yang agak membanggakan.  Jangan pula nanti ada pula hamba Allah yang sangka aye perasan atau syok sendiri.  Sungguh banyak lagi blog di Malaysia yang bagus-bagus sebab itulah blog yangbaik berada di tangga ke 6,222.

Sesuatu yang menarik juga, hari ini blog ini agak popular di Kota Kinabalu, Sabah.  Apakah ianya ada kaitan dengan kancah yang sedang berlaku di Lahad Datu?  Jauh juga memandangkan yangbaik belum pernah lagi bercerita atau mengeluarkan pendapat mengenai kejadian di Lahad Datu.

Apa pun ini baru permulaan untuk memperkenalkan blog ke persada maya.



Akhir kata terima kasih kepada Alexa di atas maklumat dan statistik yang disediakan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada anda semua pembaca blog dan pengomen yang tegar atau tidak.  Kunjungan anda sekalian amat bermakna buat yangbaik.  Cuma belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Sekian, dulu untuk kali ini. 

yangbaik.blogspot.com

 


29 Disember 2012

No data

As salam,


Tak sempat nak tengok tiba-tiba dah tiada data.  Adakah ianya untuk sementara, sekejap, lama atau selama-lamanya?...Tunggu dan lihat sudah...



Rank di Alexa ... tiada.  No data.  Agak-agak lah kan Rank naik mendadak kot sampai Alexa tak sempat nak letak data.  Heh... kalau rank naik tak per lah... dibuatnya rank jatuh menjunam sampaikan Alexa tak tau nak letak no apa... alfa or infiniti...

apa-apa saja...

13 Julai 2012

Mencari silap atau salah strategi dalam Alexa Rank

As salam,


Mencari di mana silapnya strategi yang digunakan atau salah guna strategi.  Mana tidaknya secara senyap-senyap dalam separa sedar Rank Alexa tiba-tiba jatuh merudum.

Rank pada 16 Jun

Rank pada 13 Julai

Walahai, macam mana nie dalam masa tak sampai sebulan boleh jatuh merudum. 

Kejatuhan pada kali ini agak teruk walaupun tidak seteruk pada bulan Mei di mana pada bulan berkenaan yangbaik hilang mood nak update blog.  huwaaaa

Nampak macam terbantut jer ...

16 Jun 2012

Alexa Rank dan PageRank hari ini

As salam,


Sekadar untuk rekod pada hari ini 16 Jun 2012, kedudukan blog yangbaik dalam Rank Alexa adalah 3,130,983 dalam Links 126.

Itulah sebabnya yang terjadi. Oleh kerana yangbaik telah membiarkan blog ini bersawang lebih sebulan. 
Atas sebab-sebab yang tertentu... nak dapatkan mood dan kekuatan itu agak sukar walaupun hampir malap tetapi masih ada sinar...banyak lah madah pula...

Semoga selepas ini Rank akan berubah ke tempat yang lebih baik... dan harap-harap juga PageRank tidak merudum... dapat kekal di tangga ke dua pun sudah cukup baik... Bukan senang nak maintain nie...

Sekian...

03 Mei 2012

Ada apa dengan Alexa Rank dan PageRank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


(sumber:  google.com)

Yangbaik dalam mencari mood dan semangat untuk meningkatkan semula pagerank.  Sekarang ini, disebabkan kemalasan dan kelembapan dalam mengemaskini blog makanya dengan tanpa disedari sejak bila Page Rank dah jatuh menjunam ... tak terkejar rasanya.

Tetapi sayangnya yangbaik tidak berapa mahir dalam nak bercerita mengenai PageRank.  Tetapi yang pastinya bagi setiap blogger PageRank amat perlu untuk meningkatkan populariti dan pengunjung.

So untuk meningkatkan PageRank blogger perlu rajin mengupdate blog.  Bukan sahaja update tetapi hendaklah ada cerita yang memberi erti untuk catatannya.

Sekian.

(^_^)