Pengikut Setia

27 Mac 2012

Apa sebenarnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


masih lagi dalam mood kurang memuaskan.  Puas cari di mana silapnya ke mana hilangnya mood.  Hampir saja mood jadi tidak stabil.  Namun dikuatkan juga jejari yang tak berapa runcing ini menekan button pada keyboard comel ini.  Entah beberapa kali tersentap kerana button 'f' telah dirosakkan oleh si montek. hehehe


Yangbaik tahu entry ini tidak seberapa dan tidak semeriah cerita lamaran awal ashaari atau cerita majlis perkahwinan mereka pada bulan Mei ini.  atau juga kisah mawi dan keluarganya di rompak.


tulisan ini sekadar mengisi ruang kosong malam ini memandang buffered earning pun dah beberapa hari kosong tiada kempen yang menjejakkan kaki.  Bila lagi nuffnang nak meletakkan kempen di buffered earning neh???  Puaslah jerit kat sini... kalau entry tak seberapa tak tau siapa yang nak baca atau singgah bagi komen.


sekian dulu... celoteh panjang-panjang tanpa ujung pangkal cerita memang tiada makna...tetapi lebih bagi daripada dok buat 'ketupat' tak tentu pasal .. raya pun lambat lagi.

(^_^)

Bun Sambal Bilis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sehari dua mulai petang semalam bun sambal bilis menemani perut
Pagi tadi tak sempat nak breakfast di rumah
Tengahari lunch dengan bun sambal bilis
Petang nanti minum petang dengan bun sambal bilis juga
Malam nanti baru dinner dengan nasi dan yang seiringan dengannya

Bun Sambal Bilis
Feveret ... huhuhu...

26 Mac 2012

Berdetik-detik yang lalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Hari ini, biarpun untuk catatan ini mungkin tiada komen, yangbaik tak kisah sebab dah biasa begitu, bukan satu atau dua malahan boleh mencecah hingga puluhan catatan yangbaik yang tiada komen.  Walaupun begitu  kehadiran komen sememangnya amatlah dihargai.  Kesedaran itu ada mengapa tiada pengomen sama ada tegar atau pengomen baru.  Bagi setiap blogger yang mesra dan rajin setiap komen amatlah bermakna dan ia merupakan salah satu sumber dan idea untuk terus berkarya.  Tidaklah nanti dikatakan blogger syok sendiri kerana mengeluarkan catatan yang tiada komen atau tiada pembaca.

Bukan sahaja sedetik lebih malahan berlebihan pula detik yang dilalui oleh blogger mematangkan pemikiran dan karya.




perasan atau tidak dalam diam-diam setelah awal ashaari melamar scha al yahya secara live dalam satu rancangan di ASTRO tiba-tiba wajah ayu scha muncul pula di laman blog yangbaik... teruja pun ada juga dengar berita lamaran itu.  Bukan apa walau apapun cara dan kaedah yang digunakan untuk melamar ia sedikit sebanyak memberi kenangan manis kepada semua yang menonton rancangan tersebut biarpun Yangbaik sendiri tidak menontonnya...

yang sebenarnya kemunculan scha al yahya di blog ini adalah atas kerjasama antara nuffnang dan trendsetter.  Silap-silap cara mereka ini akan menjadi satu trend pula di masa depan dan akan menjadi fenomena baru bagi jejaka di Malaya untuk meminang gadis idamannya.  Oh!  tidak... jangan lah buat begitu... ikutlah budaya kita orang Melayu...

Eh... belum lagi bercerita panjang ... trendsetter tu ada apa?  Nak tahu lebih lanjut klik di SINI

... blank...

 oh! tidak.... didera secara mental dan fizikal kerana tiada idea lagi...


Carian