Pageviews

21 Julai 2022

MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA


Terdetik untuk menulis perkara ini sudah lama tetapi tidak tahu dari mana nak mula.  Lagi pula risau juga penerimaan pembaca yang tidak sama dengan apa yang kita maksudkan.  Namun, bila sudah terlalu lama terpendam kita jadi keliru.  Kita mengharapkan penulisan kita ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pembaca dalam membuat penilaian perihal hati dan perasaan orang atau hati dan perasaan sendiri.






Menilai hati dan perasaan bukan kerja kita.  Kenapa?  Kerana pada pandangan saya, adalah mustahil untuk kita menilai dan meletakkan suatu pandangan peribadi kita ke atas perasaan orang.   Apa yang dilalui oleh orang lain tidak sama walaupun pada pandangan kita kelihatan sama seperti yang kita alami.  Fitrah kejadian kita berbeza.  Bukan kerja kita untuk meletakkan status tertentu.  Tetapi mungkin tidak salah untuk kita secara peribadi membuat sedikit kajian (jika ada kelapangan) ke atas apa yang berlaku.  Menuduh seseorang atas apa yang kita nampak adalah amat tidak benar.

Ya, memang kita terasa sakit hati, bengang atau geram dengan apa yang dia perlakukan pada kita.  Tetapi kita ada pilihan untuk bersetuju atau tidak.  Seandainya kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan dia, sudah pasti kita juga perlu bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.  Menoleh ke belakang untuk menarik balik apa yang telah dipersetujui bukan satu tindakan bijak.  Sebaliknya kita terpaksa terima dan teruskan tindakan yang wajar sebagaimana yang telah kita setuju dari awal.

Apa yang penting sekarang, kita harus kuatkan semangat, keraskan hati dengan apa yang sedang berlaku.  Jadikan iktibar dan peringatan kepada diri agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa depan.  Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.  Apa yang terjadi telahpun terjadi.

Mungkin akan ada kesinambungan dari posting ini dalam bentuk yang berbeza.

Terima kasih.

MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN


Telah agak lama tidak muncul dalam posting di blog ini.  Tidaklah kerasan ditimpa kesulitan yang amat sangat, tetapi lebih kepada sulitnya mengawal emosi dalam membahagikan masa antara kerjaya, keluarga, blog dan lain-lain sosial media yang ada.  Tambahan sekarang mood merajuk semakin menjadi-jadi dan mudah mula melayan perasaan.

Hari ini dikuatkan semangat dan malas dah nak layan mood merajuk dan "malas".  Simpati dengan nasib blog ini.... seringkali ditinggalkan.  Berkali-kali juga melihat blog tanpa sebarang noktah, hanya sekadar merenung dengan kesedihan... aduhh melayan perasaan pulak nih.


Doa ketika ditimpa kesulitan
Doa ketika ditimpa kesulitan



Doa ini sudah sering kali dibaca di mana-mana blog, instagram, facebook atau status whatsapp kawan-kawan.  Hari ini, doa ini adalah sebahagian daripada petikan ceramah semasa Program Counselor's Corner Siri 3/2022 : Cabaran Bekerja Cara Lama Di Fasa Endemik yang disiarkan secara langsung melalui google meet pagi tadi.  Banyak ilmu dan pendedahan baru dan tak kurang juga sebagai refreshment pemikiran.  Bila dah lama tak diingatkan pemikiran kita akan jadi tepu dan lali.  

Semoga sama-sama dapat manfaat.

Terima kasih kerana sudi singgah.

01 Oktober 2021

Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah

 
Alhamdulillah dikurniakan kesempatan dan keringanan pada hari Jumaat yang penuh barokah ini.  Dapat mengikuti sepenuhnya sesi "Jom Mengaji" pada hari ini.  Rezeki dari Allah dan kesempatan yang sungguh bermakna.  


Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah
Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah


Sesi mengaji hari ini bersama Ustaz Khairul Naim Bin Abd Razak
Tarikh:  1 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa:  8.30 pagi - 9.30 pagi 


Sesi ringkas ini dibahagikan kepada 3 slot:
slot 1 - Silibus Tajwid🗂️
slot 2 - bacaan ayat pilihan🎤
slot 3 - Tadabbur ringkas💡


Peserta Jom Mengaji


Produktiviti Dakwah Pemangkin Keunggulan Peribadi Haqiqi