Pageviews

02 April 2021

Hari ini hari raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini hari raya


Selamat menyambut hari Jumaat yang penuh barokah.
Hari ini hari raya dengan sambutan yang amat sederhana.   


Hari raya


"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ"

[Habib Ali Abdurrahman Al-Jufri حفظه الله تعالى]


Terima kasih atas kesediaan membaca entri ini, Hari ini hari raya.





01 April 2021

Projek Aman Palestin Membantu Warga Gaza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek Aman Palestin Membantu Warga Gaza


Aman Palestin bukan lagi satu nama asing buat pejuang / mujahid Gaza.  Bahkan nama besar ini telah banyak membantu bukan sahaja warga Gaza tetapi turut sama menyumbang dan membantu rakyat Malaysia.  Dari mana mereka dapat kekuatan?  Sudah tentu dari warga Malaysia yang banyak menyumbang tenaga mahupun wang ringgit.

Semoga setiap sumbangan kita mendapat imbuhan setimpal dan menjadi sebab kepada ringannya beban azab kita kelak.


Projek Aman Palestin Membantu Warga Gaza
Projek Aman Palestin Membantu Warga Gaza


BAGAIMANAKAH PROJEK-PROJEK AMAN PALESTIN MEMBANTU WARGA GAZA?



Antara projek terbesar yang dilaksanakan di Palestin adalah Malaysia Quran School dan Masjid Imam Shafei. Kedua-dua projek ini terletak di Gaza, Palestin.

Pembinaan kedua-dua projek ini mempunyai matlamat yang sama iaitu memberikan kemudahan yang lebih banyak kepada rakyat Palestin khususnya dalam beribadah dan menimba ilmu.

Di Malaysia Quran School, projek ini memberi ruang dan peluang kanak-kanak dan remaja untuk menjalani pendidikan secara formal dengan kelengkapan yang cukup sebagai sebuah sekolah.

Di Masjid Imam Shafei pula, projek ini memberi ruang dan peluang kepada seluruh umat Islam di Gaza menggunakan masjid tersebut sebagai tempat beribadah, pusat Komuniti, Zakat dan turut dijadikan pusat Tahfiz bagi melahirkan generasi al-Quran yang didambakan bagi meneruskan perjuangan di sana. 

Semoga projek-projek nyata hasil sumbangan para penyumbang di sana terus berdiri kukuh sebagai satu saham akhirat penyumbang ke syurga.

▶️ Pembinaan Sekolah Quran Malaysia, Gaza

▶️ Perasmian Pembinaan Semula Masjid Imam Shafie, Gaza


INFAQ BERTERUSAN


✅ Ingin BERINFAQ BERTERUSAN RM1 sehari (RM30 sebulan) untuk pembebasan Palestin & Masjid Al-Aqsa tanpa bersusah-payah tercari-cari no. akaun Aman Palestin ? 

Jom SERTAI pemotongan automatik dari akaun bank secara bulanan dengan mengisi borang di link 👇🏼:

🔹 Bank selain Malayan Banking Berhad (Direct Debit) : https://forms.gle/4FDF6aE6sXr8kKhs8

🔸 Malayan Banking Berhad (Autodebit) : https://form.jotform.com/203408482102445


Semoga kita semua termasuk dalam golongan mereka yang membebaskan Masjid Al-Aqsa yang telah dijanjikan kemenangannya, insyaallah

#AmanPalestin  #Alaqsawillbefree  #15tahunAP   #BangkitBerjuangBersama

Terima kasih atas peruntukan masa yang diberikan untuk membaca entri ini, Projek Aman Palestin Membantu Warga Gaza.


Semoga yang baik-baik di Bulan April

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga yang baik-baik di Bulan April


April datang lagi.  Semoga bulan April ini membawa bersama kebaikan dan menghilangkan segala kegelisahan.  Bangun dan teruskanlah berjuang!  Jangan sesekali mengenal erti putus asa.  Walaupun kita pernah jatuh, ingat Allah sentiasa ada bersama kita.  



Usah direnuh letihnya berusaha, tapi renunglah manisnya kejayaan.

SELAMAT DATANG BULAN APRIL 2021.\


HARI BARU
TARGET BARU
STRATEGY BARU
SEMANGAT BARU YANG DIPERKUAT

Bulan April adalah bulan kita berjumpa Ramadan. 


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Semoga yang baik-baik di Bulan April.