Pageviews

18 September 2020

Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

05 September 2020

Sedikit nasihat untuk hidup kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa.

Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud).

Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran.

Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya.

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar.

Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah).

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"
 
Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. Aamiin

Jom Muhasabah Diri

04 September 2020

Hidup bukan sekadar berfikiran positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup bukan sekadar berfikiran positif.





Hidup bukan sekadar berfikiran positif,
tetapi menerima semuanya dengan penuh kesedaran.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang sabar.
Kita diuji untuk jadi orang yang sabar,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang bersyukur.
Kita diuji untuk jadi orang bersyukur,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi hamba yang beriman.
Kita diuji untuk jadi hamba beriman,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu ke ke syurga.
Kita diuji untuk jalan kesyurga,
hal yang kita sendiri juga minta.

Hakikat hidup setiap yang berlaku,
bila lihat dengan hati,
ketika itulah keberlimpahan fikiran akan hadir.

Allah pilih hijab kita dibuka.

Saat beban hidup terasa berat sekali amalkan zikir ini.

Rugi tidak diamalkan, ia antara amalan hidup Ustaz Dato' Ismail Kamus sepanjang hidup beliau.
.
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak.
(Al Muddasir: 12)
*Baca waktu pagi 313 kali.


Salam Jumaat.  Hidup bukan sekadar berfikiran positif.