Pageviews

11 Ogos 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Entri segmen pertama bagi sempena template baru.  Bila dah template baru, kena panjang banyak sikit pengisiannya... seperti yang dinasihatkan oleh sifu.  Kalau ikut kita nak tempek banner dan letak link saja, senang kerja.  Nampak sangat sibuk ke malas?

Eh... kita ni nak cerita pasal Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.  Segmeni ini dianjurkan oleh rakan blogger Nadia Jamhari.  Rakan blogger ini meraikan followernya... jadi kita pun diraikan sama. Terima kasih juga kepadan rakan blogger Mialiana kerana kongsi entri segmen.



Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Sebab saya join segmen ini

1.  Kerana meraikan rakan blogger, mengembirakan rakan blogger bagi menambahkan senarai peserta
2.  Kerana saya suka join segmen, selain dari buat entri baru segmen juga dapat bagi idea buat entri blog.
3.  Kerana dapat berkenalan dengan blogger baru dan mengekalkan persahabatan dengan blogger yang telah lama kenal.
4.  Kerana segmen ini dapat menambah trafik dari rakan blogger yang menyertai segmen ini.
5. Kerana segmen ini menawarkan bodymist 250ml jenama victoria secret dan bloglist


Jom klik banner di atas dan kita raikan bersama Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.


.



10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi


Sifat mazmumah adalah sifat yang tercela iaitu sifat buruk dan ianya perlu dijauhi.  Berusaha sehabis baik dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi sifat-sifat tercela ini. 



Berikut adalah ringkasan sifat tercelea seperti yang disenaraikan oleh Imam Al-Ghazali ra dalam kitabnya Minhajul Abidin :

1. Takbur - cakap besar.

2. 'Ujub - merasakan diri hebat dari orang lain (bangga serta hairan dengan diri sendiri)

3. Riya' - suka menunjuk-nunjukkan amalan serta kehebatan diri.

4. Hubbul Jah - sukakan kemegahan (gila glamour).

5. Hubbud dunya - Gila dunia

6. Bakhil - kedekut, tamak haloba

7. Hasad - Dengki, tak boleh ada orang yang lebih darinya.

8. Syahrut Ta'am - kuat makan.

9. Ghadab - Sifat pemarah (panas baran)

10. Pendendam


Semoga kita dapat menjauhi sifat-sifat yang tercela ini.


10 Ogos 2020

Berjaya juga tukar template blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Berjaya juga tukar template blog


Alhamdulillah, berjaya juga menukar template blog dengan bantuan rakan blogger.  Pernah beberapa menukar sendiri template blog tetapi tidak berjaya.  Dalam beberapa kali percubaan berkenaan pernah juga terasa blog seperti telah di'block'.  Lansung tak tak ingat dan tak tahu nak buat apa, lama juga menyepi sambil mencari penyelesaian.  Sudahnya kembali kepada template asal.  Akibat daripada pertukaran template itu jugalah beberapa fungsi blog telah hilang atau mungkin juga kerana kesilapan dalam koding... maklumlah tak mahir.  Apa yang penting walaupun blog tak berapa stabil, masih juga boleh beroperasi dengan seadanya.


Gambaran template baru

Berikut adalah paparan ringkas blog Zarida Ishak.  Biar ringkas asal mudah difahami dan senang nak ingat.


Atas


Tengah


Tengah juga


Masih adalah lagi 'pengaki' atau footer dibawahnya, tetapi tidak dipaparkan di sini.

Sementara nak mendapatkan wajah template ini, hampir juga saya menyerah kerana tidak berapa suka dengan beberapa perkara.  Seperti biasalah perkara baru kita perlu hadam dan terima dengan hati yang terbuka.  Akhirnya jadilah seperti yang dilihat sekarang.

Semoga dengan template baru ini, blog ini akan menambah impak positif dan x-faxtor kepada saya.  Kenapa?  Kerana template baru ini ada beberapa kelebihan dari template asas yang asal. 

Namun, kemungkinan akan ada juga perubahan ke atas paparan dan pengisian blog ini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dan keperluan lain yang difikirkan perlu.  Buat masa ini, saya perlu hadam dan sayang dengan template ini.  Sudah tentu saya sayang dengan blog saya... walaupun nama asalnya telah berubah.  Nanti saya cuba ceritakan bagaimana saya menukar nama blog ini dari nama pertamanya.

Terima kasih atas sokongan semua sehingga saya Berjaya juga tukar template blog.







06 Ogos 2020

Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk


Memang ada harinya kau akan terasa ada hari yang teruk atau Bad Day,  di mana segala apa yang kau lakukan, ianya tidak menjadi.  Segalanya bermula boleh jadi pada waktu pagi ketika bersiap atau lebih awal lagi ketika mandi.  Dari mana punca dan mula juga tidak dapat dikenalpasti.  Boleh jadi kerana 'angin' sendiri atau boleh jadi berpunca dari mimpi malam tadi yang tak dapat nak dihuraikankan.  Segalanya seperti tidak kena dan tidak sesuai.




Cara yang terbaik adalah cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri.  Dengan cara ini hari yang 'teruk' itu mungkin tidak akan hilang tetapi kita akan rasa lega sikit dan terasa kuat untuk menempuh hari yang 'teruk'.

Cubalah...


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

#KitajagaKita
#PrayertoremoveCovid19
#KitajagaIman



Bilamana kita melihat kepada awan yg berarak, langit yg membiru, rumput yg menghijau, pepohon yg melambai maka lantas akan teringat akan kekuasaan dan kehebatan Allah.




Lihat kejadian langit dan bumi




Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yg bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit, bumi dan peredaran malam siang adalah sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. Mereka yang mana mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri, duduk, dan baring. Dan mereka memikirkan pada kejadian langit dan bumi lalu mereka mengatakan Wahai Tuhan kami sesungguhnya tidak engkau lakukan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka jauhkan kami daripada azab api neraka.”

Lihatlah alam ini nescaya kita akan merasakan kerdilnya kita di hadapan Allah.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yg mana mengingati Allah dalam setiap keadaan.

Justeru dengan kita merenung penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam akan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Kebesaran Allah akan meresap masuk dalam jiwa kita.

Maka hilanglah segala kebesaran dunia, harta pangkat, wang berjuta semuanya tenggelam dek kehebatan Allah.



Doa anak yang soleh




 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.


Terima kasih.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

05 Ogos 2020

Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman


Hidup sehari-hari kadang-kadang mendatangkan rasa jemu, resah dan gelisah.  Ada harinya terasa seperti tidak lengkap malahan terasa kosong.  Ulama pernah berpesan jangan biarkan perasaan tidak selesa itu berada lama.  Bila saja terasa seperti yang tiada tidak kena dan tidak lengkap segeralah muhasabah diri.  Paling tidak dengarlah bacaan al-quran sebagai halwa telinga.  Selalunya orang perempuan yang suka sangat layan perasaan ni.  Jangan dibiarkan... kelak rosak diri.




Bagaimana nak rasa manisnya Iman

1.  Mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.


Bagaimana?  Pada peringkat awal mungkin akan terasa sedikit kesukaran.  Untuk memupuk cinta itu selalu melihat al-quran, bacalah sebaris dua ayat al-quran dan cuba fahami maksudnya.  Rasa ini mungkin tidak sama semasa membaca novel atau kisah artis K-Pop.  Mengapa minat dengan k-Pop itu lebih mendalam.  Saya tidak dapat meletakkan perasaan itu di sini kerana saya bukanlah peminat K-Pop.  Baiklah, kalau bukan K-Pop apa jua yang menjadi minat berlebihan atau taksub, cuba ingat semula kenapa dan bandingkan dengan perasaan taksubnya kita kepada sesuatu itu.


2.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.  


Pelik atau hairan?  Sesuatu yang harus diselami dan difahami.  Perlu ingat dan faham bahawa setiap sesuatu yang wujud itu penciptanya adalah Allah.

3.  Benci kerapa kekufuran.  


Setiap dari kita pastinya tidak lari dari buat salah.  Sewajarnya kita bersyukur kerana segera dikurniakan hidayah dan kembali ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.  Kita pastinya tidak mahu kesalahan yang sama berulang lagi.  Justeru adalah lebih baik kesilapan yang lalu itu tidak dikenang dan diulang semula.  Padamkan saja dari memori apa sahaja yang berkaitan dengan kesilapan itu.  Sekali memori itu kembali semula segeralah istighfar dan iktikad dalam diri tidak mahu lagi berulang kesilapan yang sama.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Titipan doa


Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah.


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

04 Ogos 2020

7 sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera


7  sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Seperti biasa dan semua orang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup di sini dan di sana.  Namun dalam aktiviti seharian kita ada amalan-amalan tertentu yang menyebabkan amalan baik yang kita lakukan tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. 


1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.



Semoga dijauhkan dari Riak


Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

30 Julai 2020

Hari Raya Aidiladha 2020 Norma Baharu

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha 2020 Norma Baharu


.اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
 اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
 اَللهُ أَكْبَرُ،
 اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا
 وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari  memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...

ADAB DAN SUNNAH NABI SAW


Daripada Jubair bin Nufair r.a berkata bahawa jika para sahabat r.hum bertemu dengan Hari Eid (Aidilfitri atau Aidiladha), mereka saling mengucapkan,

“Taqabbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”

Daripada Wathilah bin Al-Aqsa r.a berkata ketika beliau bertemu Rasulullah s.a.w pada Hari Raya beliau mengucapkan,

"Taqabbalallahu minna wa minka",

Dan baginda menjawab,

“Taqabbalallahu minna wa minka.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

🌟Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha




Nilai senyum pada hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Nilai senyum pada hati


Senyum sebagai sedekah dalam masa yang sama senyum juga mampu menutup hati yang gundah.  Senyum ada banyak jenis, antaranya senyum sumbing, senyum kambing, senyum kelat dan macam2 lagi senyum yang boleh diaplikasikan.



Ada apa dengan senyum

Hikmah Senyum
SENYUM itu indah dan
memperindah wajah, karena
wajah yang tersenyum
mencerminkan perasaan yang
tenang.


SENYUM itu ibadah yang paling
mudah dilakukan, tetapi mampu
menyempurnakan kemuliaan
akhlak.



SENYUM itu adalah kecantikan yang lahir dari hati dan jiwa ,
anugerah yang bisa
menenangkan perasaan,
menyejukkan dan menentramkan
hati yang gelisah


Tersenyumlah
setidaknya kau mengerti
hidup bukan untuk dikeluhkan
namun untuk diperjuangkan demi meraih kebaikan..



29 Julai 2020

Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini


Kemunculan yang sentiasa ditunggu dalam debar bahkan penuh pengharapan.




Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar
29 Julai 2020, 3.00 petang

Semoga kemunculan Abah pada petang ini membawa khabar gembira untuk semua.

Menunggu dalam debar... Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini