Pageviews

02 Jun 2020

JUN 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUN 2020

Alhamdulillah. Setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang, hari ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan penulisan di blog ini.  Semenjak kebelakangan ini saya banyak aktif di instagram @salatulzarida dan beberapa akaun.  Yang menyebabkan saya kadang-kadang leka dan tidak menghiraukan kelansungan hidup blog ini, yang telah terlebih dahulu mengenalkan saya di dunia maya.


Hello Jun
Hello Jun

Namun kerinduan terhadap blog ini tidak pernah pudah hanya kerana kekangan masa dan juga semangat yang tidak berapa kuat untuk menulis di sini.  Sehingga lah ke bulan keramat ini, Jun, saya mendapat kekuatan dan semangat untuk menulis di sini.  Terlalu lama meninggalkan blog ini kerinduan itu pastinya tidak dapat diungkapkan dengan sebaris ayat.

Sekali lagi bahkan berkali-kali mengingatkan diri untuk teruskan berkarya di blog ini.  Kekuatan itu perlu datang dari dalam diri.

Ops... nama blog ditukar lagi kerana terpengaruh dengan siaran live oleh orang kuat di sebalik Bella Ammara di instagram beberapa hari yang lepas.  Semoga dengan perubahan nama ini dapat memberikan semangat dan nafas baru yang lebih segar kepada blog ini...Zarida Ishak.

Terima kasih kepada semua atas sokongan dan terus menyokong blog ini.  

28 September 2019

Hari Pertama Kuliah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Pertama Kuliah

Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar.  Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja.  Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya.   Manakan tidak dengar urusan rumah,  anak yang masih sekolah...  Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja.  Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.



Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.