Pageviews

28 September 2019

Hari Pertama Kuliah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Pertama Kuliah

Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar.  Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja.  Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya.   Manakan tidak dengar urusan rumah,  anak yang masih sekolah...  Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja.  Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.



Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.


26 September 2019

Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging


Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan  bercerita.  Ada saja yang hendak diceritakan sama ada untuk rekod peribadi atau untuk catatan pembaca dan peminatnya.  Perkongsian penulisan lazimnya mengikut niche atau minat dalam bidang masing-masing.  Ada blogger kekeluargaan akan berkongsi cerita berkenaan aktiviti kekeluargaan.

Mengapa sukar kemaskini blog ???

Namun begitu ada ketikanya semangat menulis turun dan naik tidak menentu.  Hanya yang cekal dan kuat semangatnya akan terus bertahan dengan blog.  Atau mungkin juga individu  yang sememangnya kerjanya adalah penulis sepenuh masa.  Begitu juga halnya dengan blog SZI, telah sekian lama bertapak dalam dunia blogging, setelah melalui beberapa fasa perubahan format blog dan juga bermacam-macam isu seangkatan dengan teknlogi maklumat. Penulisnya seakan menyepi seketika.  Ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Semangat hendak menulis semula itu agak sukar hendak dikekalkan setelah aktif dengan akaun instagram.

Namun setelah melihat kegigihan sahabat blogger yang dikenali dulu masih kekal dengan blog dan masih aktif dengan aktiviti cerita masing-masing, rasa sepert tercabar juga.


Apa khabar hari ini?

Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.

Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.

Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging? 

💖