Pageviews

07 Oktober 2017

Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas


Tiada siapa pun yang tahu adakah bantuan yang diterimanya itu diberi secara ikhlas atau tidak. Hanya yang memberinya sahaja yang tahu.

Tetapi sejauh mana pula pemberi bantuan tu tahu bahawa bantuan yang diberikan itu ikhlas atau tidak.  Hanya hatinya saja yang tahu.  Bila mana bantuan itu diberikan tanpa paksaan walaupun ianya kerana tugas yang diamanahkan. 



Hidup kita beginilah ada ketikanya kita rasa dah ikhlas memberi kerana tugas.  Ada ketikanya kita sanggup memberi lebih dari yang diminta kerana hendak menggirangkan pelanggan. 

Namun, kita akan cepat terluka atas tersentuh hati bila bantuan yang kita berikan secara ' ikhlas' tadi tidak dihargai.  Bukan kerana tiada penghargaan tetapi bila kita rasa dah bagi lebih tetapi masih tidak cukup memuaskan hati pelanggan.

Muhasabah diri:  
Kita sebenarnya tidak cukup ikhlas bila kita mudah terasa hati atau naik angin bila pemberian itu tidak dihargai pelanggan.  Jadi, koreksi hati dan jiwa... adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan amanah tugas.


Terima kasih kerana membaca entri ini,  Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas
szi πŸ’”

GIVEAWAY REFRESH BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY REFRESH BLOG


Apa lagi yang hendak digambarkan perasaan ini bila dapat peluang join giveaway.  Terutamanya bila ada banyak peluang untuk mereka ayat sokongan yang panjang lebar.  Ayat sokongan kepada rakan blogger dan secara tidak langsung untuk menarik perhatian mr. google.

Penyertaan dalam GIVEAWAY REFRESH BLOG adalah sebagai tanda sokongan kepada penganjurnya yang katanya telah lama tidak menganjurkan giveaway.  Jadi kita yang tidak berapa mahir dalam penganjuran giveaway ini ambil saja peluang yang ada untuk menyertainya.


Bunga Angkasa nyanyian Ali dari kumpulan Terra Rossa


Indah sinar sang suria

Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa



Kodah kenapa tiba-tiba letak lirik lagu pulak nih?
Kalau nak tahu klik banner di bawah untuk info 

 GIVEAWAY REFRESH BLOG

GIVEAWAY REFRESH BLOG



Giveaway ini tamat pada 20 Oktober 2017.

Jom ramai-ramai kita meriahkan giveaway ini... mana tau boleh refresh apa yang dah telupa ... hehehe

szi😍


Hidup ini ibarat roda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini ibarat roda


Bukanlah yang dimaksudkan tetapi hidup kita bukanlah sentiasa di tahap yang sama. Seperti roda yang berpusing ada ketika di atas dan di dasar. Bila bunganya sudah haus perlu ditukar agar perjalanan tidak terganggu.





Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah.

Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar. Berputar dan terus berputar.

Begitulah hidup kita sebagai manusia. Ada pasang surutnya. Ada ketika hidup kita senang, lapang, namun ada ketika hidup kita sukar, sulit.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menguji kita.

Itulah kehidupan. Dicorakkan dengan pelbagai onak duri juga hilai tawa.

Kita sebagai hambaNya mestilah berlapang dada dengan segala musibah yang menimpa diri dan sentiasa mengingatiNya bukan hanya ketika dilanda badai bahkan ketika kita dilimpahi Nikmat olehNya.

Bicara ini juga diungkapkan buat diri yang seakan alpa dengan Nikmat yang dikurniakanNya.

Astaghfirullahal'azimmm.

Buat Diri Ini Yang Lalai
Alhamdulillah
Muhasabah Diri

@quotephotovideo πŸ’œπŸ’œπŸ’œ
posted from Bloggeroid

06 Oktober 2017

Mudahnya terasa hati kerana hati itu selalu lupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mudahnya terasa hati kerana hati itu selalu lupa



Mungkin boleh patah
tapi bukan kayu,
Kadang keras
tapi bukan batu,
Hancur kadang jadi kepingan.

Itu lah Hati.


@hatikuhatimuπŸƒπŸ’•

posted from Bloggeroid

Kulit buah yang buruk atau sikap kita yang buruk?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kulit buah yang buruk atau sikap kita yang buruk?


Kita seringkali memandang kepada kulit luar.
Tetapi kita tidak perlu rasa bersalah kerana pada pandangan kita manusia normal begitulah
Apa yang kita nampak pada zahirnya akan memberi kesan kepada pemikiran kita.
Namun kita ada akal untuk berfikir dan menapis serta mentafsirkan apa yang kita nampak itu dengan sesuatu yang positif.
Terpulang kepada kebijaksanaan akal kita dalam membuat penilaian dan tafsiran.

Gambar hiasan dari Koleksi Peribadi.

Kulit buah yang buruk membuatkan kita memandang rendah kepada kemanisan sebenar isi buah di dalamnya.
Begitulah ujian.
Dalamnya terselit kekuatan.
@quotephotovideo 🍊🍊🍊

Semoga kita mampu berfikir dengan cara yang lebih baik dan positif dalam meningkatkan kualiti pemikiran dan akal kita.

Terima kasih kerana membaca entri  ini, Kulit buah yang buruk atau sikap kita yang buruk?

szi😌

Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!


Segmen paling mudah.  

Nak join? Jom klik banner di bawah untuk info.

Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!


Nampaknya segmen ini belum ada tarikh tutup. 

Jadi sementara masih ada peluang jom ramai-ramai kita join Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

sziπŸ’–

Giveaway Paling Gedik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Paling Gedik


Jom kita menggedik pula dengan giveaway ini.  Gedik tak per lapi jangan getik jer πŸ˜‰
Macam-macam nama boleh diletakkan.  Terpulang kepada kreativiti penulisnya.


Giveaway Paling Gedik

Giveaway Paling Gedik


Giveaway Paling Gedik ini setakat ini belum ada tarikh tamatnya... Gedik kan? 😍

Klik jer banner gedik kat atas tu untuk sama-sama menggedik .

Ater sementara belum tutup moh leghah menggedik dengan Giveaway Paling Gedik.

szi πŸ’ž


Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Suka Hati Lah by E'in



Dan... saat paling bahagia ketika berblogging adalah join giveaway. Ada banyak manfaat.
Melalui penyertaan giveaway kita dapat idea untuk menulis blog, mendapat rakan blogger baru, dapat link dari blog baru dan dapat hadiah juga... ikut rezeki memasing lah yer.

Jom tengok ada apa dengan Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Giveaway Suka Hati Lah by E'in


Syarat penyertaan mudah sangat.  Klik banner di atas untuk info seterusnya.

Giveaway ini tamat pada 23 Oktober 2017.

Jom rakan-rakan semua, kita support dan ramaikan penyertaa dalam Giveaway Suka Hati Lah by E'in.

sziπŸ’ž

Lama tidak menulis kerana merajuk?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lama tidak menulis kerana merajuk?


Sejak kebelakan ini, minat menulis tidak berapa nak hadir.  Hadir separuh jalan lalu berhenti.  Tengok blog pun seperti kosong.  Lama tidak menulis bukan kerana merajuk tetapi kerana mood nak menulis tidak berapa nak datang... Idea ada tetapi tidak dapat masa yang sesuai untuk dikembangkan. kadang-kadang idea itu terbantut kerana masa tidak mengizinkan.  Ini agaknya yang dikatakan bukan blogger sejati.

Koleksi peribadi

Suatu ketika dulu, ketika blog ini mula-mula diwujudkan... banyak sangat idea.  Pantang ada isu... terus saja buka blog dan tulis.  Ada saja yang dijadikan bahan tulisan.

Sekarang tak berkesempatan berbuat demikian.  Tetapi sedang mencuba kembali mengasah bakat itu supaya tidak terus pudar di telan usia.


Terima kasih kepada awak semua yang sudi berkunjung ke blog ini, meninggalkan jejak dan membaca entri ini Lama tidak menulis kerana merajuk?

πŸ’

01 Oktober 2017

Amalan Sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amalan Sunat pada Hari Asyura

Alhamdulillah hari ini hari pertama bulan Oktober 2017. Berkebetulan pula hari ini merupakan hari ke-10 pada bulan Muharram 1439. Juga dikenali dengan Hari Asyura.

Jom kita tengok apakah amalan Sunat yang boleh dilakukan pada hari ini. Jika tidak semua pasti ada satu atau dua yang kita buat.



Antara amalan yang digalakkan pada Hari Asyura untuk kita amalkan termasuklah:

* Melakukan sembahyang sunat
* Berpuasa sunat
* Menghubungkan silaturrahim
* Bersedekah
* Membersihkan diri (mandi sunat)
* Memakai celak (bagi lelaki)
* Menziarahi orang-orang alim
* Menziarahi orang-orang sakit
* Menyapu kepala anak-anak yatim
* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
* Memotong kuku
* Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru ibn al-As RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura, maka seolah-olah dia berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada Hari Asyura, seolah-olah dia bersedekah selama setahun."

Selain berpuasa pada Hari Asyura, umat Islam juga digalakkan juga berpuasa sehari sebelum hari Asyura iaitu hari Tasu'a (hari kesembilan).

Bahkan kita juga digalakkan berpuasa 3 hari iaitu pada Hari Asyura, sehari sebelum Asyura dan selepasnya sebagaimana yang dinaskan oleh Imam Syafi'e RA di dalam kitab al-Umm dan al-Imla.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada Hari Asyura dan hendaklah kamu membezakannya dengan orang Yahudi, berpuasalah kamu sebelumnya (Hari Asyura) sehari dan selepasnya sehari."

Malah Allah SWT juga memberi ganjaran yang amat besar bagi orang yang memperluaskan makanan ke atas ahli keluarganya pada Hari Asyura.

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Jabir RA, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meluaskan makanan ke atas diri dan keluarganya pada Hari Asyura, maka diperluaskan oleh Allah rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Petikan dari kitab Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura yang dikeluarkan oleh Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Selamat beramal pada Hari Asyura. Moga sedikit amal kita mendapat pandangan dan rahmat Allah hendaknya. Aminnn...

@quotephotovideo πŸ‘πŸ‘πŸ‘

posted from Bloggeroid