Pageviews

14 Ogos 2017

Ketenangan pada Zikir, Solat dan Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ketenangan pada Zikir, Solat dan Quran




Siapa yang tidak menemui ketenangan
pada Zikir, Solat dan membaca al-Quran
dia tidak akan menemuinya
pada apa jua perkara lain.
(Imam Hasan Al-Basri)


#Mencari ketenangan dengan cara mudah itu tidak susah.

Terima kasih.
szi 💖


Syukur Selamat Pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur Selamat Pagi



Setiap pagi kita mengecap nikmat tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
Maka janganlah kita meninggalkan ibadah yang diwajibkan ke  atas kita sebagai tanda syukur kita di atas segala kurniaanNya.


#Mood nak cepat... ada meeting pula pagi nieh


Terima kasih.
szi😍

11 Ogos 2017

Salam Jumaat | Al Kahfi membawa cahaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat | Al Kahfi membawa cahaya


Alhamdulillah, berjumpa lagi dengan hari Jumaat penuh barokah.  Semoga Jumaat ini membawa rahmat dan keberkatan dariNya hingga Jumaat yang berikutnya.


Al Kahfi Membawa Cahaya
Al Kahfi Membawa Cahaya

Sabda Nabi s.a.w:
Barangsiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.  (HR Baihaqi)


Selamat beramal.  Terima kasih Salam Jumaat | Al Kahfi membawa cahaya

szi 💚

10 Ogos 2017

Kalau kita berubah jadi baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalau kita berubah jadi baik


Banyak yang tersirat dari yang tersurat
Pemahaman berbeza yang membataskan segalanya



kalau kita berubah untuk jadi baik kerana ALLAH, 
Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita.


Maka, berusahalah untuk menjadi baik semoga kehidupan kita sentiasa dikeliling kebaikan.

szi 💖

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah


Bagaimana nak dapatkan bayi pintar?
Kenalkan al-quran kepada anak.
Betul, kenalkan alQuran kepada anak.
Inilah hadiah PERTAMA yang kita perlu berikan sepenuhnya.
Bila anak dah biasa dengar ibu baca Al Quran, tak mustahil anak pun suka membaca Al Quran.
Bila ayah suka berdoa sepanjang ibu mengandung, anak akan terdidik menjadi baik seperti yang didoakan.

Bagaimana nak laksanakannya?


Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah


Tarikh:
19 - 20 Ogos 2017

Tempat:
Petaminda, Bangi

Apa yang dipelajari?
#Cara meransang minda bayi
#terapi minda
#deep breathing exercise
#carta tumbesaran bayi
#menu ibu sihat

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta.  

szi 💖

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple


Bulan Ogos bulan kemerdekaan negara.  Maka kita ambil kesempatan di bulan ini untuk meraikan rakan-rakan blogger yang menganjurkan segmen berkaitan bulan kemerdekaan.

Jom kita raikan Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple.

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple
Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

Tempoh segmen :  7 hingga 31 Ogos 2017.

Syarat penyertaan sangat mudah.  Klik banner di atas untuk dapatkan penerangan lanjut.


Terima kasih atas sokongan anda semua.  Jom kita meriahkan Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple.


szi💖

Syukur masih diberi kesempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Syukur masih diberi kesempatan




Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
Kita masih bernyawa
dan masih diberi kesempatan
untuk meneruskan kehidupan

Semoga kehidupan kita hari ini leboh baik dari semalam.


Syukur masih diberi kesempatan
szi💝


Esok kau gembira

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Esok kau gembira


Kesedihan itu tidak lama
Kegembiraan itu juga jarang sekali lama
Namun tiada alasan untuk kita terus hidup
Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kegembiraan




Kalau hari ini kau sedih, sabar
Kalau hari ini kau terluka, tenanglah
Hari ini kau menangis.  Tak mengapa
Mungkin esok kau akan gembira


Terima kasih, Esok kau gembira

szi 😊

09 Ogos 2017

REVLON Giftbags Up For Grabs!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



REVLON Giftbags Up For Grabs!


Beberapa hari lepas dapat email ini dari team Nuffnang.  
Terkejut juga sebab dah lama tak aktif blogging.  
Ingatkan Nuffnang sudah lupakan SZ.  
Belum lagi rupanya... terima kasih Nuffnang.

Diringkaskan cerita email ini yang diterima ini menceritakan mengenai
giveway yang dibuat oleh REVLON.  Siapa tak kenal REVLON? 
Tak kisahlah tak kenalpun tetapi akak pernah guna barangan REVLON
Giveaway Revlon ini menyediakan 15 set hadiah 
mengandungi item-item terpilih dari REVLON.
Hadiahnya memang menarik dan sungguh menarik perhatian SZ.
Revlon ColorSilk.  Sumber

Di atas adalah antara gambaran hadiah yang ditawarkan oleh REVLON

Korang ingat boleh macam tu REVLON nak bagi hadiah?  
Kenalah buat kerja sikit.

Bab kerja ni bukan akan tak boleh buat
Tetapi ada kekangan besar yang menyebabkan akak tak dapat laksanakannya.

Nak tau apa kerjanya? Tak perlu kot.
Cukuplah akak kata akak tak dapat buat task tu.
Jangan pulak akak kena denda sebab akak takder terikat secara langsung dengan 
agenda ini... huhuhu

Jadi untuk menjaga hati Nuffnang yang telah baik hati menawarkan email ini,
maka akak pun buatlah entri ini sebagai penghargaan atas ingatannya.

Tak dapat banyak sikit pun jadilah tempiasnya.

So akak pun terlepaslah peluang keemasan untuk menang 
hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh REVLON.

Terima kasih Nuffnang dan REVLON.  Lain kali akak cuba lagi ehh.


Tidak mengapa terlepas peluang REVLON Giftbags Up For Grabs! 
mana tau ada projek besar lagi lepas ni... kan?


szi 😉

GERHANA BULAN SEPARA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GERHANA BULAN SEPARA 2017


Hari ini, hari ke-15 ZULKAEDAH 1438H, Fenomena Gerhana Bulan Separa 2017 berlaku pada 8 Ogos 2017 bermula jam 01:22 am hingga 03:18 am (pagi tadi)


Gerhana Bulan Separa 2017
Gerhana Bulan Separa 2017

Sumber :  @quotephotovideo

Subhanallah ... Gerhana Bulan Separa 2017 .

szi 😌