Pageviews

19 Julai 2017

Wordless Wednesday | Anantara Dhigu Maldives Resort

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Anantara Dhigu Maldives Resort


Anantara Dhigu Maldives Resort
Boundless blue 👌 📷: @travel_alittle_luxe

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH. 😊
Muhasabah Diri 💕
@quotephotovideo 


Wordless Wednesday |  Anantara Dhigu Maldives Resort

szi😊

Masa lalu masa depan permudahkanlah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masa lalu masa depan permudahkanlah


Masa lalu telahpun berlalu dan sedang melalui kita
Meninggalkan kita... apakah masa yang sedang berlalu ini membawa erti?
Semoga kemudahanyang diberikan sepanjang masa yang berlalu turut bersama membawa kemudahan kepada masa yang sedang berlalu dan akan berlalu.


Gambar hiasan.  Sumber @quotephotovideo ⛵️⛵️⛵️


Masa Lalu Biarlah BERLALU....
Masa Depan Ku Lebih Penting....
Hal - Hal Yang Tak Penting Ku Tinggalkan Dan Aku Lepaskan....
Demi Keluarga Ku... Ku IKHLASKAN Masa Lalu Ku..

Agar DAMAI Jiwa Ku....
Agar TENANG Diri Ku....
Agar SEJUK Hati Ku....

Ya TUHAN..
Permudahkan Lah Segala Kebahagiaan Ku...  Semudah Menarik Nafas Ku....
Aamiin.....

Syukur Ya Allah...
Syukur Ya Mujib...


Terima kasih atas perhatian yang diberikan untuk entri ini Masa lalu masa depan permudahkanlah

szi. 💖

18 Julai 2017

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


BEAUTILICIOUS GIVEAWAY




BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017


JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.

3. Letakkan link entry korang di SINI.



Jom join... mudah sangat dengan BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

szi 💖

SEGMEN BLOGLIST BULAN ZULKAEDAH 1438H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN BLOGLIST BULAN ZULKAEDAH 1438H


Suka kan dengan segmen nie.  Dah berbulan-bulan blog ni dok terperap, sekarang masanya untuk bersua semula dengan rakan blogger.... terubat rindu.  Ada yang rindu ke? 😏  Saja mengarut sekejap.


Segmen mudah ini dianjurkan oleh rakan blogger yang rasanya lahir bulan syawal... kot


SEGMEN BLOGLIST BULAN ZULKAEDAH 1438H


Segmen ini bakal tamat pada 24 July 2017 | 30 Syawal 1438H

Klik banner di atas untuk turut serta meramaikan segmen.



szi 😊

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


mini stationery giveaway by mirzasyazwina


Satu lagi entry penyertaan giveaway oleh rakan blogger mirzasyazwina.

mini stationery giveaway by mirzasyazwina


Giveaway bakal tamat pada 5/8/2017.

Ada hadiah menarik tau....
 tiga file comel lotee

pemadam warna-warni
tiga keping sticker
wooden clip set
tiga batang pen
dua notebook
stapler
board




szi 😍

KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING


Kisah ini adalah perkongsian dari group Telegram.  Semoga bermanfaat dan memberikan kesedaran kepada kita semua.  Sememangnya penulisan ini bukannya datang dari idea saya sendiri tetapi ianya adalah diceduk dari idea orang lain.  Justeru idea ini disebarkan untuk pengetahuan lebih ramai lagi agar kita dapat manfaat dari pembacaan ini.


KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING - Gambar hiasan


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sehat, tetapi apabila sehat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dgn ALLAH.

DIA telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu ALLAH beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yg kita kecapi, kita durhaka kepada-NYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya ALLAH, walaupun kita durhaka kepada-NYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azab-NYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

Renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberian-NYA..

Nauzubillah min zalik

Kita bukan setakat diakhir zaman tetapi KITA DIPENGHUJUNG AKHIR ZAMAN!!


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, KISAH SUFI DAN SI PEMUKUL KUCING.



szi.😌

17 Julai 2017

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com




Setelah sekian lama tidak update blog, Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com merupakan kategori segmen/kontes pertama yang disertai untuk tahun 2017.  Rindu betul dengan entri segmen dan contest.

Jom kita tengok apa yang menarik dengan Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Klik banner di atas untuk info.



Segmen ini tamat pada 11.59 malam 19 Julai 2017. Mia menjemput semua join segmen ini.

Jom ramai-ramai meriahkan Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


szi.😊

Waktu dan Jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Waktu dan Jiwa


Alhamdulillah, syukur diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit lagi ingatan buat diri sendiri. Bersyukur juga kerana masih ada peluang untuk menitipkan sesuatu di kanvas ini.  Semoga sedikit masa yang dicuri ini dapat memberikan sedikit pulangan untuk bekal hidup sepanjang hayat di sana kelak.

Waktu dan Jiwa


"Waktu ibarat pedang, jika engkau tidak menebasnya maka ialah yang akan menebasmu. Dan jiwamu jika tidak kau sibukkan di dalam kebenaran maka ia akan menyibukkanmu dalam kebatilan"  (Imam Syafi'i)

Kita mungkin seringkali terbabas dengan ruang masa yang kita ada.  Ambil masa sempurnakan agihan masa... supaya terus berada di landasan waktu yang diredhai Allah.


szi.😌

14 Julai 2017

Mencari catatan bersama semangat baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari catatan bersama semangat baru.  


Apabila terlalu lama laman ini dibiarkan sepi makanya SZ kini terasa seperti terasing di blog sendiri.  Ya, sudah terlalu lama tidak mengisi ruang ini dengan catatan ringkas atau catatan yang dipinjam dari mana-mana.  Catatan itu hilangnya bersama semangat.




Lalu... diperhatikan satu-persatu muka laman ini dengan harapan dapat mengumpul semula semangat untuk mencatat sesuatu.  Pada dasarnya catatan itu ada tetapi terlalu jauh tenggelam di dasar sana. Dasar yang dibuat sendiri.

SZ amat berharap dapat meneruskan penulisan di laman ini biarpun sedikit tetapi ada hasil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen di ruang ini.

szi.


30 Disember 2016

Setelah sekian lama menyepi dari online

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama menyepi dari online


Alhamdulillah.  Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, hari ini diberi kesempatan untuk bersiaran semula bersama blog kesayangan @yangbaik.  

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, tiada banyak yang dapat dilakarkan di kanvas ini.  Memandangkan kesuntukan idea untuk menulis masih menebal, begitu juga dengan semangat blogging yang masih lagi lemau dan suam-suam kuku.

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, terasa sedikit janggal untuk menulis. Terutama bila ada perubahan pada papanmuka blog.

Setelah sekian lama menyepi dari online dan blogging, tulisan ini berhenti di sini.  

Sekadar memberi salam dan menghangatkan semula dunia blogging menjelang 2017.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Setelah sekian lama menyepi dari online.