Pageviews

21 Oktober 2016

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Novel Giveaway by Arrien Amani


Akak memang suka baca novel.  Dari zaman sekolah hingga sekarang zaman bekerja dan zaman beranak pinak.  Cuma kekangan masa tu memang tak dapat nak elaklah.  Namun minat tu tetap ada dan masih lagi ada.  Dengan adanya penganjuran giveaway sebegini secara tidak langsung dapat peluang untuk menambah koleksi novel.  Jika ada rezeki dapatlah hadiah novel, jika tiada pun tak mengapa asalkan dapat kongsi trafik ke blog dan berkenalan dengan blogger baru pun kira dah cukup.

Skema tak intro akak?

Hahaha, skema sangat kan.  So, tak perlu sangatlah nak layan angan-angan.  Kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.

Jom klik banner di bawah untuk luaskan angan-angan dan dapatkan penerangan penuh. :P



Assalamualaikum :)

Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-


Jom!! ramai-ramai kita support giveaway rakan blogger.


Terima kasih sudi baca entri ini, Novel Giveaway by Arrien Amani.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Jumaat ini, YB ambil kesempatan ini untuk menyertai giveaway hebat anjuran rakan blogger, Azlinda Alin.  Hadiahnya kalau tak silap jam tangan jenama Lisa Surihani.  Cantik sangat. Mudah-mudahan adalah rezeki YB untuk jam tangan cantik ni.  Ameen.

Seterusnya adalah entri penyertaan yang boleh didapati dari blog penganjur.  Mudah sangat.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.


Semoga berjaya ! 


Nota YB:  Jom rakan blogger semua kita meriahkan giveaway ini, GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI







18 Oktober 2016

Manusia yang sebenar-benar bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manusia yang sebenar-benar bijak



Manusia bijak


Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,

"Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati.
Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."

Wallahu a'lam.


Terima kasih baca enti ini, Manusia yang sebenar-sebenar bijak

17 Oktober 2016

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO



Jom ambil semula mood berblogging.  Banyakkan entri hari ini dengan entri segmen yang mudah dah ringkas.  Kali ini YB join SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO.  Segmen ni nampaknya menarik dan mudah sangat.

Nak tahu?  

Jom klik banner di bawah.

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO
SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Segmen berlangsung mulai 17 hingga 30 Oktober 2016.

Jom kumpul semula semangat berblogging.  Kita meriahkan segmen anjuran Wani, boleh tambah follower dan trafik blog juga.


Terima kasih baca entri ini, SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak


Ha! apa kes, tetiba pula nak rebut novel dari Cik Akak nieh.  Sebenarnya akak YB bukanlah tersentap dengan blog tetapi mood blogging kedaung ... tak payah cerita lah kenapa.  Tentu korang perasan kan, semenjak dua menjak ni blog YangBaik dah jarang dikemaskini.  Biasalah kan blogger picisan cap ayam.

Novel Suri Hati Mr. Pilot

Novel Suri Hati Mr. Pilot



Eh, tetiba pula buat cerita sendiri.  Sebenarnya akak YB nak cerita hari ini, dah tengahari baru sempat buka blog.  Terserempak pula dengan blog Cik Akak Comei.  Cik Akak sedang mengadakan segmen atau giveaway di blognya.  Apa lagi bila tengok adak novel Suri Hati Mr. Pilot, cepat-cepat mood menulis blog datang.

Jadi, ini adalah entri akak YB untuk giveaway "Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak".

Kenapa aku nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot


Banyak sebab kenapa YB nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot.  Antaranya:
1.  Sudah lama tidak beli novel, terutama novel bertemakan percintaan. :P
2.  Minat sangat dengan lakonan akak Neelofa.  
3.  Nak tambah koleksi novel.
4.  Nak tahu lebih cepat apa kesudahan cerita ini dan boleh buat perbandingan sama atau tidak dengan drama kat tv (ASTRO).  Kalau tak sama kat mana, dan kalau sama kat mana. 
5.  Ada juga hadiah dari Cik Akak untuk akak YB :P

Maaf lah akak YB tak pandai nak buat ayat menggoda seperti yang Cik Akak nak.  Akak YB buat ayat biasa-biasa saja.  Mudah-mudahan dengan ayat-ayat biasa ada lah rezeki akak YB rebut Novel Suri Hari Mr. Pilot.


Peluang merebut Novel Suri Hati Mr. Pilot berlangsung 14 Oktober 2016 hingga 19 Oktober 2016 sahaja.  Penyertaan tamat jam 12.00 malam - 19.10.2016.

Korang, masih ada masa lagi untuk sama-sama berebut novel cinta yang sedang hangat.  

Klik banner di atas untuk info seterusnya.


13 Oktober 2016

Terasa hendak berlari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terasa hendak berlari


Terasa hendak berlari
Bukan mengejar pelangi
Tetapi berlari untuk berhenti
Berhenti dari segala pencuri
Pencuri waktu senggang
Seakan tidak mengerti betapa peritnya kaki
berjalan, melompat, duduk bangun berjalan kembali
tanpa henti



Terasa hendak berlari 
Jauh dari kota batu
Jauh dari manusia batu
Jauh dari waktu batu

Terasa hendak berlari
Namun kakiku tersadung batu
Telah lelah rasa kaki
menahan sakitnya tersadung batu

Terasa hendak berlari bukan seribu batu
Juga bukan seribu langkah

Berlari bukan kerana mengalah
Tetapi mencari ruang Istikharah
Apakah harus berlari atau berhenti mengarah
Setelah jenuh menerima arahan dari segala arah





12 Oktober 2016

Hilangnya masa senggang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hilangnya masa senggang


Hilangnya masa senggang
Tiba saat itu kita akan hilang waktu lapang
Masih adakah masa yang terluang
Lega sampang kober... di mana kamu

Menitip waktu senggang masa lalu
Kembali semula sampang 
Kiranya itu bakal berlaku
Kober itu tidak bisa sesat

Aduhai!
Senggang 
Kembalikan masa itu

Fuhh!
Lega jua menatap waktu
akan bisakah detik itu menjauh

Senggang!!!



Hilangnya masa senggang





Jadikan siangku lebih indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadikan siangku lebih indah


Setiap detik terasa indah
Penuh warna aura alam
Sungguh benar terasa indah
Biarpun hati ini terasa kelam

Bagaimana harus digambarkan
Kelam hati ini tidak menentu

Jadikan siangku lebih indah
Agar malamku lebih damai
Pergilah semua yang keliru
Berikan hariku yang indah



Jadikan siangku lebih indah
Damai itu jadikan milikku




posted from Bloggeroid

09 Oktober 2016

Pastikan dia adalah kamu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pastikan dia adalah kamu




Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. 
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. 
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu.
(Syeikh Abu Al-A'la al-Maududi)


Terima kasih baca entri ini, Pastikan dia adalah kamu
^-^

07 Oktober 2016

Selamat Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Malam




Ya Allah

Selimutilah istirehat kami 
dengan kemuliaanMu

Hapuskan keresahan di hati kami

Bangunkan kami 
di saat TahajjudMu tiba

Rahmatilah kami 
di kala subuhMu menyaoa

Perkenankanlah 
Ya Allah

Aamiin.


Nota:  Semoga tidur malam ini mendapat rahmat dan berkat.


Terima kasih baca entri ini, Selamat Malam
*-*