Pageviews

21 Julai 2016

Berkawanlah dengan orang yang benar

Berkawanlah dengan orang yang benar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berkawanlah dengan orang yang benar, antara perkara yang ada pada seseorang yang amalannya sempurna.  Dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa mencari kebenaran dalam amalan kita.  Sekadar pandangan dari penulis sahaja.  Jika ada kekurangan dan kesilapan mohon betulkan.


6 Perkara
6 Perkara


Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara : 
(1) senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya, 
(2) berbaik sangka terhadap sesama muslim, 
(3) Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain, 
(4) menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik, 
(5) menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan 
(6) berteman dengan orang yang ia anggap benar.
(Syaqiq bin Ibrahim)


Semoga mendapat manfaat.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini Berkawanlah dengan orang yang benar.

20 Julai 2016

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman, satu lagi entri segmen untuk hari ini.  Sebagai sokongan dan terima kasih kepada rakan blogger yang sering memberikan sokongan kepada blog YangBaik. Hani Rahman yang juga merupakan pemilik blog Jombercontest kerap kali meninggalkan komen di blog YangBaik.  Rajin dia buat segmen.  Semoga dengan sokongan ini bertambah kukuh lagi persahabatan.  Biarpun berjumpa di dalam blog sahaja.

Okey, Segmen ini dianjurkan oleh Hani Rahman bertujuan untuk menaikkan kembali trafik blog. YangBaik sokong sangat, sebabnya trafik blog YangBaik juga semakin berkurangan akibat daripada kurangnya update blog.  Bukan sahaja kerana sibuk dengan sambutan hari raya tetapi ego yang menebal iaitu M.A.L.A.S. :P

Segmen ini dianjurkan mulai 12 hingga 31 Julai 2016.

Sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger, klik banner di atas untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai segmen ini.



Terima kasih atas sokongan dan kesudian singgah baca entri ini Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman.



Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Assalamualaikum wbt..

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016  |  Bermula bulan depan, Lea akan update bloglist sebulan sekali. So dengan itu, sebulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist blog Lea , bolehlah sertai segmen ni ye... Kelebihan sertai segmen seumpama ini dapat blogwalking dan tambah traffik blog... Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah-mudahan yek...



Klik banner yer untuk sertai segmen ini



Segmen ni sangat-sangatlah simple... Cuma perlu buat follow blog, buat entry dan copy & paste aje... Pemilihan 10 blog adalah melalui random.org...

SEGMEN TAMAT : 31 JULAI 2016

Syarat Penyertaan :-

1. Follow blog Lea Azleeya


2.  Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016
3.  Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry

4.  Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016


Good Luck...!!


Terima kasih sudi baca enti ini  Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean merupakan entri giveaway kedua yang disertai oleh YB setelah hampir 20 hari tidak bersiaran.  Kiranya entri giveaway kedua juga untuk bulan Julai. Bulan Julai di blog YangBaik pada awalnya bermula dengan indah... tetapi biasalah ada masanya kekangan demi kekangan datang bertimpa-timpa.  Eh eh... tetiba lari topik pula.

Ini adalah entri untuk penyertaan GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean.  Akak jer yang pandai-pandai pinda tajuk tu.... nak bagi nampak kelainan sikit.  Lagipun tak pula diberi syarat mengenai tajuk.  So pandai-pandai kitalah yer.  Akak dah lama rupanya jadi pengikut Syf.Dean, tapi tak ingat bila.  Mungkin semasa Syf. Dean jadi penganjur bersama mana-mana giveaway yang lepas. Kenapa Syf. Dean?  Kerana itulah nama yang tertera pada header blog bidadarisado.  Sado ke?

Suka kan usik-mengusik nie.  Jangan ambil hati yer.  Jom kita sambung semula dengan giveaway ini.

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean
GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean berlangsung mulai 1 hingga 31/7/2016.  Ada banyak masa lagi untuk korang turut serta.

Nak dapatkan lebih maklumat mengenai giveaway, terus saja klik banner di atas.

Jom kita meramaikan penyertaan giveaway pertama ini.


Terima kasih sudi baca dan beri sokongan kepada entri ini GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 43 tahun 
  2. Jantina anda? Perempuan
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya suka kepada wangian, terutama wangian yang baru seperti SWEETHEART dan BRAVEHEART.  Selain dari itu saya juga sedang membina kekuatan untuk menulis semula.  Menulis mengenai wangian pastinya satu pengalaman sesuatu yang indah dan menarik.


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Terima kasih kerana membaca entri ini Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com


Mood yang ceria

Mood yang ceria


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mood yang ceria


01 Julai 2016

Terima kasih rakan blogger #5.2016

Terima kasih rakan blogger #5.2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Terima kasih rakan blogger #5.2016 yang telah berada di dalam bloglist blog YangBaik pada bulan Mei hingga Jun 2016.  Ada yang masuk di pertengahan bulan Mei dan tak kurang juga yang masuk pada penghujung bulan Mei.  Oleh kerana sekarang sudahpun masuk bulan Julai maka senarai ini akan dibubarkan dan digantikan dengan senarai baru.




Senarai rakan blogger #5.2016 





Jom blogwalking ke blog mereka.  Boleh tambah kenalan dan ketahui aktiviti rakan blogger.  Jangan terkejut ada di antara blog di atas termasuk dalam senarai bloglist yang baru.  


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini.  Terima kasih rakan blogger #5.2016

Lebuh raya utama dijangka sesak

Lebuh raya utama dijangka sesak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lebuh raya utama dijangka sesak mulai hari ini, berikutan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.  Tunggu sahaja pengumuman oleh penyimpan mohon besar pada Isnin malam.  Apakah kita akan menyambut hari raya pada hari Selasa atau Rabu.  Macam suspen jer.

Baiklah seterusnya kita baca dulu berita yang disediakan untuk entri kali ini.

KUALA LUMPUR, Jumaat – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kelihatan lancar pagi ini, namun dijangka mulai sesak pada sebelah petang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

“Bagaimanapun, aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

“Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-

20140131-msh
Sumber berita ini disalin semula dari laman ismaweb.net.

Justeru untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pastikan laluan yang anda pilih adalah betul dan pada masa yang sesuai.

Pastikan juga kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan untuk perjalanan jauh yang bakal mengundang tempoh masa yang luar biasa.  Dapatkan panduan lengkap penjagaan kereta di sini (klik jer).


Sementara itu, terima kasih sudi baca entri ini Lebuh raya utama dijangka sesak

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun, mula melekat pada 28 Jun 2016.  Lambat sikit update sebab YB sibuk dengan tugas lain.  Sekarang pun sibuk juga tetapi nak juga menyibuk update entri CPUV, sebab nak jaga hati Nuffnang.  Mana tahu kerap kali update pasal CPUV, ditambah lagi dengan CPUV.  Pada mulanya ingatkan CPUV akan bertambah lagi, rupanya tidak.  Tunggu sajalah bulan CPUVB bulan Julai pula.



Zurich Life Wellness, menawarkan pelbagai agenda menarik bukan sahaja polisi insuran tetapi permainan atas talian pun ada juga.  Nak tahu, klik saja promoted conten yang bertebaran di blog YB.


Terima kasih atas kunjungan ke entri ini Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Selamat Datang Julai

Selamat Datang Julai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang Julai.  Telah masuk fasa setengah tahun yang kedua, baru YB tergerak nak buat entri menyambut kehadiran bulan Julai.  Masih banyak lagi urusan tertangguh dari bulan Jun yang perlu dibawa ke bulan Julai.  Mudah-mudahan dapat diselesaikan segera sebelum berakhirnya bulan Julai.   Julai, masa yang agaknya sesuai untuk perbaharui azam, yang mana dah kurang relevan atau langsung tidak masuk akal boleh lah disimpan atau dikaji semula.


Bunga Lakspur.  Sumber

Bulan Julai turut dikaitkan dengan Bunga Lakspur. Arti bunga lakspur adalah ikatan cinta yang kuat. Ada arti yang berbeda untuk setiap warna. Lakspur pink menunjukkan suka menentang, bunga lakspur putih mengungkapkan kesenangan, dan cinta pertama biasanya dilambangkan dengan bunga lakspur ungu. (sumber)

Apapun semoga perjalanan hidup kita sentiasa menuju kebaiktan dan dipermudahkan serta sentiasa dikelilingi kebahagian dan rahmat dariNya.


Terima kasih kerana baca entri ini Selamat Datang Julai.