Pageviews

08 Jun 2016

Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar

Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasi Ayam Junid


Terima kasih atas kesudian singgah melihat gambar Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar

07 Jun 2016

FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL

FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL bersempena bulan Ramadhan yang mulia nie. Ayu mencari TIGA PEMENANG BERTUAH !! yang akan memenangi TUDUNG & SIMKAD ONE XOX. Giveaway terbuka kepada semua blogger di Semenanjung Malaysia dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim pada bulan Ramadhan yang mulia ini.


FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL


Syarat-syaratnya ialah :-

1. Buat 1 entry yang bertajuk FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL
2. Follow Blog : Ayu Barbydol , De' Ayu Boutique & Macam-macam cite
3. Like Page : Blog Ayu Barbydol , De'Ayu Boutique & Macam-macam Produk
4. Follow Instagram : Ayu Barbydol , De'Ayu Boutique & MMP
5. Copy code yang disediakan dan paste diruangan HTML okey !!
6. Tinggalkan link di Comment di bawah ini
7. Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang

Giveaway ini bermula pada 07 June 2016 dan tamat pada 30 June 2016, 12.00 pm

Maaf yer, penulis blog ini telah ubahsuai sedikit entri penyertaan. 

Sokongan semua rakan blogger amatlah diharapkan bagi memastikan giveaway ini tidak terbatal. So... klik banner untuk join.


Terima kasih kepada semua atas sokongan anda untuk entri FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL.  

Contest Jubah By Zaza Iman

Contest Jubah By Zaza Iman



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Contest Jubah By Zaza Iman.  Dah banyak hari tak update blog.  Pada hari ini, masuk puasa Ramadhan ke-2, maka YB update blog dengan entri contest.  Mudah-mudahan ada rezeki YB untuk contest ini.  

Mengapa mesti join Contest Jubah By Zaza Iman?  Kerana contest ini menawarkan hadiah yang menarik.  Jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh Zaza Iman untuk contest ini.


Contest Jubah By Zaza Iman


www.zazaiman.com merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.

Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman

Contest Jubah By Zaza Iman

Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :

HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang

Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu jubah merah atau baju kurung hitam

Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari beberapa pilihan yang ditawarkan

Yeahhh..best kan??

Contest dijangka tamat pada 9 Jun 2016.  Kalau korang nak join boleh klik SINI

Terima kasih atas sokongan anda untuk Contest Jubah By Zaza Iman


03 Jun 2016

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan amat berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan.  Puasa wajib diteruskan dalam apa jua keadaan kecuali dalam keadaan yang darurat dan menganggu kesihatan ibu dan bayi.  Bulan Ramadhan pastinya menjadi bulan yang penuh cabaran buat ibu menyusu terutama ibu yang bekerja di luar rumah.  Mengapa? Pada pandangan YB, ibu menyusu perlu mempunyai tenaga yang cukup untuk bekerja dalam masa yang sama perlu mempunyai simpanan susu yang mencukupi untuk anak kecilnya.  Pandangan ini sekadar pandangan peribadi YB memandangkan YB sendiri tidak mempunyai pengalaman berkenaan.




Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah.


1. Cukup rehat


Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 


Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Mengepam pada waktu malam


Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 






4. Jangan stress jika susu kurang


Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster


Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.



Mamom Milk Booster

Umma Lacto Milk Booster

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein


Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.  Sebaik-baiknya elakkan daripada mengambil minuman berkarbonat atau bergas. Elakkan juga minuman berkafein.  Justeru minuman yang terbaik adalah air kosong, susu atau jus buah termasuklah jus kurma.

7. Amalkan Madu atau VCO


Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.


D'Aura Minyak Kelapa Dara


8. Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.  Di dalam sahur sendiri terdapat banyak keberkatan, justeru dalam kesibukan sebagaimanapun cubalah untuk bersahur walaupun dengan segelas susu atau air masak.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur


Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


10. Makan Kurma Ketika Berbuka


Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.  Seperti kita semua sedia maklum, kurma mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain daripada menggantikan tenaga yang hilang setelah sepanjang hari berpuasa.


Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna dan dapat membersihkan hati dan jiwa kita agar dapat meneruskan kehidupan ini untuk bulan-bulan berikutnya.  Ramadhan bukan sekadar meninggalkan makan, minum atau nafsu tetapi perlu diikuti dengan amal ibadah seperti tarawih dan tadarus al-quran.

Ramadhan kareem!


Sekian, terima kasih atas kesudian singgah baca Tips dan Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan



Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan, mana-mana kaedahpun boleh diikut dan dibuat mengikut kemampuan masing-masing.  Setiap orang mempunyai ingatan berbeza.  Masih ingat lagi ketika di zaman sekolah, YB memang ambil untuk niat sebulan terus, sebabnya pernah jadi terlupa niat bila dibuat ikut hari.  Memang gelabah habis, tetapi atas nasihat emak diteruskan juga berpuasa, walaupun hati dah kuat tak bagi puasa.  Cabaran betul masa tu...

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Bila dah tahu boleh buat niat sebulan, terus saja hafal buat doa untuk sebulan pada setiap tahun sampai sekarang.  In shaa Allah, semoga sempat sampai dan menghabiskan Ramadhan untuk tahun 1437H.

Pengalaman menjadikan kita dewasa dengan bersama ujian dan cabaran.


Terima kasih.  Semoga mendapat manfaat dari Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan.

02 Jun 2016

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Kenapa YB suka blog ini mesti berada didalamnya? Kerana blog YB hanya mempunyai PR 2.  Jika berada dalam bloglist Hasrul Hassan, dapat berkongsi link dan PR.  Kerana dalam dunia blogging kita seharusnya dan sewajarnya berkongsi link bagi memastikan PR blog kita sentiasa stabil.  Dan jika rajin mengulangkaji tip-tip yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan, kita akan dapati banyak ilmu berkaitan SEO.  YB juga pasti ramai di antara rakan blogger yang mempunyai hasrat yang sama untuk sentiasa berada di dalam bloglist blogger terkenal dengan tips SEO.  Peluang yang datang bukan selalu, maka jika tidak direbut peluang ini agak sukar untuk perolehinya untuk masa akan datang.

Agak lewat sedikit buat entri ini.  Bila dah tengok ramai rakan blogger dah join... jeles pulak bila YB tak ambil kesempatan yang jarang-jarang keluar macam nie.  So.  Inilah entri YB yang tidak seberapanya ini.


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan


Blog seorang HouseHusband yang juga seringkali berkongsi cerita mengenai perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak serta tips gaya hidup antaranya 3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak. Petua yang amat berguna untuk ibubapa muda yang baru hendak memulakan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Jom kita raikan Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Terima kasih atas sokongan anda semua.


Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 


Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan bulan Ramadhan Al Mubarak, ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 







SYARAT WAJIB UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat-syarat Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini nak follow boleh, tak nak follow pun boleh ! 

Yang wajib ialah buat entri blog yang bertajuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin.


Boleh, kan? Mudah tak? 


SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

:-






Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com




Antara hadiah yang di tawarkan untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-





  • Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang
  • Novel RINDU AWAK SEPARUHNYA - SITI ROSMIZAH untuk 1
  • Tudung Bawal Berbatu + Kad Raya untuk 1 Pemenang
  • Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang
  • Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)


Terima kasih kerana sudi sertai Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)








Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H Negeri Perak

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H Negeri Perak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H bagi negeri Perak ini diambil dari portal mysumber.com bersumberkan kepada terbitan rasmi dari Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Jadual ini dikongsikan bersama untuk rujukan sendiri sebagai persediaan menetapkan waktu persiapan untuk bersahur dan berbuka.  Juga untuk rujukan semua yang melalui blog YB.

Jadual ini terbahagi kepada 7 Zon seperti berikut:

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 1
Zon 1:  Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 2
Zon 2:  Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 3
Zon 3:  Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong
Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 4
Zon 4:  Temenggor dan Belum

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 5
Zon 5:  Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Seri Iskandar,
Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 6
Zon 6:  Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 7
Zon 7:  Bukit Larut


Semoga dengan adanya jadual ini akan memudahkan kita membuat perancangan dan mengawal masa makan bersahur dan berbuka.  Jangan sampai ada yang terlajak waktu pula.  Tetapan masa mesti betul dan tepat.



Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berbpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.  (Imam Tirmizi)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H. Ramadhan karreem!








01 Jun 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai rakan blogger April - Mei 2016 ini merupakan senarai blog yang telah menetap di bloglis YB pada mulai bulan April hingga Mei 2016.  Seperti biasa juga senarai ini wujudkan berdasarkan penyertaan YB dalam contest yang dianjurkan oleh mereka, tidak kiralah sama ada mereka adalah penganjur ataupun penaja bersama.


Berikut adalah senarai rakan blogger yang dimaksudkan.  Sudi-sudikan singgah dan berkenalan dengan mereka.


Bila sudah disenaraikan, ramai juga yang bertapak kat blog YangBaik.  Patutlah lengoh jejari ini meletakkan nombor untuk disenaraikan.  Yang menyebabkan ramai ni, adalah kerana ramai rakan blogger yang menjadi penaja.  Ada yang menjadi penaja untuk dua atau tiga contest yang berlainan. 


Terima kasih diatas kesudian singgah baca entri Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016.

 

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


http://kathyrbain.blogspot.com/2016/05/GIVEAWAY-KADRAYA2016-BY-KATHYRBAIN-CIKAKAK.html
GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Terima kasih atas sokongan untuk entri Wordless Wednesday hari ini;  GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK