Pageviews

16 April 2016

3 keadaan diri dalam perhatian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



3 keadaan diri dalam perhatian


Siapa yang tahu keadaan diri kita?  3 keadaan diri kita termasuk amalan, perbualan dan pergerakan. Tiada siapa yang tahu dengan jelas melainkan kita sendiri yang menjelaskan kepada orang.

Orang luar hanya melihat mengikut pandangan mata kasar mereka.  Apa yang mereka nampak itulah keadaan diri kita.  Ada yang sekali tengok dah boleh tafsirkan macam-macam tentang diri kita. Seolahnya apa yang ada dalam diri kita itu terpapar pada zahir.

Orang boleh kata "apa yang dilihat itulah gambaran diri kita".   Mungkin ada benarnya, keadaan kita yang kusut masai dan berserabut boleh digambarkan sebagai keadaan kita yang tidak terurus.  Namun itu serkap jarang.  Kadang-kadang orang yang nampak segak dan kemas juga ada masalah dengan dirinya sendiri tetapi tidak dipaparkan.




Kita tahu keadaan diri sendiri

Kita tahu keadaan diri kita sendiri berdasarkan apa yang kita rasa, kita fikir dan kita buat.

Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan. (1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu, (2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan (3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu. (Hatim al-Asham)

Semua pergerakan kita seperti amalan, perbualan dan pergerakan kita hanya Allah yang tahu.  Kita hanya bertindak berdasarkan apa yang telah ditentukan.  Tetapi dalam masa yang sama kita dikurniakan akal untuk berfikir apakah amalan, perbualan dan pergerakan kita itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita.


Fikir-fikirkan 3 keadaan diri dalam perhatian itu mampu membantu kita untuk menjadi insan yang terbaik atau sebaliknya.

15 April 2016

Baju Kurung Untuk Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju Kurung Untuk Hari Raya


Biarlah orang nak kata apa.  Bukan tak hormat orang, tetapi apa yang kita buat ada sebab kita sendiri, tidak kacau periuk nasi orang.  Baju kurung untuk hari raya.  Puasa pun belum, silap-silap puasa tahun lepas pun belum berganti lagi.  Promosi awal sebagai persiapan awal, supaya bila tiba masanya kita tidaklah tergopoh gapah sehingga terabai amalan sunat dan wajib pada bulan puasa atau pada hari raya.

Okeylah YB bukanlah pakar sangat dalam buat ayat-ayat promosi atau ayat-ayat pemasaran, tetapi adalah belajar sikit-sikit secara tidak rasmi.

Bukanlah nak kata sekarang, tetapi boleh dikatakan promosi baju kurung baru berlaku sepanjang masa.  Kerana baju kurung kita pakai setiap hari sama ada untuk bekerja, untuk majlis-majlis sosial seperti kenduri kahwin, makan malam dan sebagainya.  Jadi bersempena dengan hari raya yang bakal tiba maka kita tambahlah lah sikit ayat-ayat yang berkaitan dengan hari raya... kan.


Kurung Moden Medina Prada


Berikut adalah antara koleksi baju kurung yang sesuai dipakai pada hari raya yang bakal tiba.


Kurung Medina Prada M003
Kurung Medina Prada M003
Stok:  Saiz M 


Kurung Medina Prada M005
Kurung Medina Prada M005
Stok:  Saiz S, M, L



Ukuran Kurung Media Prada
Ukuran Kurung Medina Prada.


Macam mana?  Minat tak dengan Baju Kurung Moden Medina Prada?  Bolehlah dapat sepasang untuk diri sendiri atau untuk mak mertua.  Bagi suami pula dapatkan sepasang untuk isteri tercinta, bertambah-tambah cinta di mata dan di hati. :P

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai lain-lain koleksi istimewa untuk baju hari raya klik SINI.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk dapatkan Baju Kurung Untuk Hari Raya.




GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK


Hasrat hati nak tambah koleksi novel.  Agak lama juga YB tidak beli atau baca novel, mungkin lebih dari setahun atau lebih kurang dalam tempoh setahun.  Biasanya novel pilihan YB adalah berkisar mengenai kehidupan dan kekuatan jati diri.  Jarang sangat YB baca novel cinta.  Pernah juga satu masa dulu beli novel cinta, tapi rasa tak puas bacanya sebab jiwa cintan cintun sudah lama berakhir. Bukanlah kerana sekarang tidak bercinta, bercinta juga dengan encik suami dan anak-anak.  Tetapi cinta dalam novel nie... kadang-kadang menyesakkan nafas.

Sudah... dah jadi review kisah cinta pula.  Sebenarnya ini adalah entri penyertaan YB untuk GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.  Bila dah join giveaway ini, harapan meninggi dapatlah memenangi hadiah novel.  Walau berjaya atau tidak itu adalah lumrah orang bertanding.  Jikapun tidak berjaya memenangi novel dapat tumpang link dari penganjur dan rakan blogger yang menyertai giveaway ini sudah berbaloi.

Jom tengok ada apa dengan GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.


http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html
GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Sila klik banner untuk join dan info lanjut


Terima kasih atas sokongan rakan-rakan untuk GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.


Renungan Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Renungan Hari Jumaat


Setiap hari ada saja keberkatan dan rahmat dariNya.  Tambahan pula hari Jumaat penghulu segala hari.  Banyak panduan dan pedoman yang sering menjadi bualan pada hari Jumaat.  Pada hari Jumaat juga kita digalakkan untuk banyakkan bersedekah.  Semoga sedekah kita yang ikhlas itu akan menjadi pembantu kita ketika berada pada hari yang mana tiada pertolongan dari manusia.


Salam Jumaat
Salam Jumaat

Berkongsi petikan dari rakan FB sebagai peringatan buat diri sendiri yang lemah dan sering alpa.  

"Jangan cintakan perniagaan melebihi cinta kepada Allah.  Jangan takut rugi melebihi takutnya Allah."

Kerana ini adalah firman Allah di dalam surah At-Taubah, 9:24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Semoga semua sahabat yang membaca entri Renungan Hari Jumaat sentiasa berada di dalam keredhoan dan kerahmatanNya.  Aamiin.


Mini Giveaway By Niena Annisa'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway By Niena Annisa'


Ini adalah entri penyertaan YB untuk  Mini Giveaway By Niena Annisa'.  Untuk menyertai mini giveaway ini, rakan blogger hanya perlu patuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh penganjur. YB harap sedikit penambahbaikan ini tidak menghalang YB daripada menjadi peserta untuk  Mini Giveaway By Niena Annisa'.  Memang sengaja YB merajinkan diri untuk tambah sedikit pada kemudahan yang telah sedia ada.

Berikut adalah maklumat penuh mengenai  Mini Giveaway By Niena Annisa'.


ASSALAMUALAIKUM

*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :



Shawl chiffon x 2 pemenang


Terima kasih atas perhatian dan sokongan untuk Mini Giveaway By Niena Annisa'




14 April 2016

RF3 World Firmax3 Malaysia

RF3 World Firmax3 Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


RF3 World Firmax3 Malaysia


RF3 World Firmax3 Malaysia merupakan satu jenama unggul dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Pada pandangan pertama mungkin tidak diketahui apakah ianya sejenis produk atau perkhidmatan. YB teruja sangat bila dapat tahu rakan blogger akmaomar.com menganjurkan contest SEO.  Biarpun tidak pernah belajar secara rasmi mengenai SEO tetapi sekadar mencuba apa salahnya.

Dan, itulah yang dikatakan kehebatan RF3 World Firmax3 Malaysia. Hebatlah kalau dah nak dapatkan maklumat lengkap mengenai apa itu RF3 World Firmax3 Malaysia kena baca sampai habis. Kalau tak nak baca boleh tengok gambar-gambar yang bakal dipaparkan nanti.

RF3 World Firmax3 Malaysia merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dalam bidang kesihatan untuk kecantikan luaran dan dalaman. Produk ini bukanlah baru dipasaran. Jenama ini telah dibangunkan dan ditubuhkan pada tahun 2013, semenjak itu RF3 World telah mendapat sambutan yang tinggi dan menggalakkan dikalangan pengguna kerana keberkesanannya.



RF3 World Firmax3 Malaysia

RF3 World Firmax3 Malaysia


RF3 World merupakan sebuah syarikat e-dagang milik bumiputera yang sedang berkembang maju menjenamakan produk yang berkualiti untuk kecantikan dan menyediakan platform perniagaan bagi semua golongan.

RF3 World bukan satu nama baru di Malaysia. Telah lama dipasaran dan berada dihampir seluruh rantau asia. Merupakan syarikat produk kecantikan luaran dan dalaman yang berasaskan kesihatan dimana dalam masa yang singkat anda akan dapat lihat kesannya.

Antara produk yang paling mendapat permintaan adalah FirMax 3. Telah berjaya menembusi sembilan (9) buah negara dalam masa enam bulan sahaja diperkenalkan.

RF3 World Firmax3 Malaysia telah terjual lebih 60 hingga 70 ribu di pasaran Malaysia dalam masa singkat, bermula dari tahun 2013 hingga 2016.

RF3 World Firmax3 Malaysia merupakan hasil gabungan produk yang hebat serta pengurusan yang cekap. Pasaran RF3 World telah berkembang pesat seluruh negara.

RF3 World Firmax3 Malaysia telah berjaya melebarkan sayap perniagaan keseluruh negara termasuk Sabah Sarawak dan telah memasuki pasaran negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

RF3 World Firmax3 Malaysia
RF3 World Firmax3 Malaysia


RF3 World Firmax3 Malaysia turut memiliki Good manufacturing practices (GMP) pelesenan bagi pengeluaran dan penjualan makanan, produk ubat, dan produk farmaseutikal.  Paling penting RF3 World juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL dari Jakim.

Keistimewaan Produk RF3 World


RF3 World mempunyai produk yang khusus khas untuk kesihatan dalaman dan luaran. Terdapat empat (4) produk yang sering mendapat sambutan paling tinggi.

  1. FirMax 3 – adalah produk krim pertama RF3 World dan pertama di Malaysia menggunakan kaedah terapi dari bahan tumbuhan semulajadi dari seluruh negara.
  2. SoulMax3 – adalah produk minuman gabungan untuk kesihatan luaran dan dalaman yang menggunakan 7 teknologi dari 6 negara.
  3. O2max3 – Serum khusus untuk pencerahan kulit yang mengunakan oksigen sebagai penghantar serum masuk ke dalam kulit. Berfungsi membersihkan, memperbaiki dan memutih wajah serta membunuh bakteria.
  4. Slimax3 – Bukan sejenis pil kurus, lotion atau krim kurus. Slimax 3 menggunakan teknologi Monte Carlo yang berasaskan Gel Air yang mudah menyerap, tidak melekit dan tidak panas. Mengandungi 19 ramuan terpilih yang dapat memberi kesan pantas.

RF3 World Firmax3 Malaysia
RF3 World Firmax3 Malaysia

Sebagai kesimpulan, RF3 World syarikat pengeluar produk yang khusus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Terdapat empat (4) produk terbaik yang sering mendapat permintaan tinggi, iaitu:

  • SOULMAX3
  • FIRMAX3
  • O2MAX3
  • SLIMAX3

RF3 World juga membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Anda dapat menjadi usahawan sebuah syarikat produk hebat, tanpa modal yang tinggi dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Untuk sebarang informasi tentang produk boleh hubungi Team Agen RF3 World yang merupakan pengedar sah RF3 World.

Facebook Page: RF3 World

  • Nor Jannah: 017 344 8876
  • Yuli: 019 302 5099
  • Mahani: 011 3124 8158
  • Faezah: 012 906 3849


Akhir kata dari mula tadi bercerita mengenai contest kan, jadi ini dimaklumkan bahawa 




Bersamalah kita raikan Kehebatan RF3 World Firmax3 Malaysia

Simply Segmen By Shawal & Sofie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




(klik banner kalau nak join)



Segmen daripada Shawal & Sofie...


Tamat : 27 April 2016

Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16


Jom sokong dan meriahkan Simply Segmen By Shawal & Sofie.  Sekarang !!!

Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Punca doa belum dikabulkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Punca doa belum dikabulkan


Kita sering berdoa untuk kebahagiaan hidup kita.  Berdoa untuk kekayaan dan kesejahteraan hidup kita dan keluarga kita serta rakan-rakan, kadang-kadang kita juga berdoa untuk orang yang kita anggap musuh.

Sedar atau tidak sebahagian daripada doa itu kita tidak pasti adakah ianya dimakbulkan Allah atau sebaliknya.  Namun itu semua bukanlah alasan untuk kita berhenti daripada berdoa.  Berdoalah, semoga doa kita dikabulkan.


Doa untuk awak


Disini YB ingin berkongsi 10 sebab mengapa doa kita tidak dikabulkan.  Perkongsian ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk peringatan diri sendiri.

Berikut adalah petikan ucapan Ibrahim bin Adham kepada warga Bashrah yang heran mengapa doa mereka telah lama belum dikabulkan;

Wahai warga Bashrah, hati kalian telah mati dari sepuluh hal : 

  • Pertama, kalian mengenal Allah, tapi tidak mau menunaikan hak-Nya. 
  • Kedua, kalian membaca Kitab Allah, tapi tidak mau mengamalkannya. 
  • Ketiga, kalian mengaku cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya. 
  • Keempat, kalian mengaku bermusuhan dengan setan, tapi kalian justru akur dengannya. 
  • Kelima, kalian mengatakan cinta kepada surga, tapi tidak mau beramal untuk menuju ke sana. 
  • Keenam, kalian mengatakan takut kepada neraka, tapi kalian menggadaikan diri kalian kepadanya. 
  • Ketujuh, kalian mengatakan bahwa kematian itu benar adanya, tapi kalian tidak mau mempersiapkan diri untuk menghadapinya. 
  • Kedelapan, kalian sibuk mencari aib saudara kalian, tapi mengabaikan aib kalian sendiri. 
  • Kesembilan, kalian memakan karunia Tuhan, tapi tidak mau mensyukurinya. 
  • Kesepuluh, kalian mengubur orang mati, tapi tidak mau mengambil pelajaran darinya.


Walau dalam apa jua keadaan, pastinya doa adalah remedi yang terbaik untuk jiwa kita.  Jangan berhenti berdoa, kerana ada pada masa dan tempat-tempat tertentu doa kita dikabulkan.  In shaa Allah.


#Sekianlah perkongsian antara 10 Punca doa belum dikabulkan.  Semoga mendapat manfaat.


13 April 2016

Nampak Titik Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampak Titik Hitam


Apa yang dilihat




Terima kasih kerana Nampak Titik Hitam