Pageviews

02 Mac 2016

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM


Panggilan kepada ibu-ibu seMalaysia yang mempunyai blog. Inilah peluang keemasan kepada anda untuk berada di dalam Direktori Top Mommy Bloggers. Wah... tidak lama lagi top lah kita.  Bukan selalu kita jumpa segmen dan direktori begini.  Semoga dengan ada direktori sebegini dapat dijadikan tempat untuk ibu-ibu berkongsi idea dan cadangan untuk pembangunan keluarga termasuk inovasi dan pendidikan anak-anak.

Ini adalah entri penyertaan YangBaik bagi segmen Top Mommy Bloggers.


Top Mommy Bloggers
Top Mommy Bloggers

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat dan keperluan penyertaan, sila klik banner di atas.

Tarikh tutup tidak pasti lagi.  Tunggu saja pengumuman dari penganjur segmen ini iaitu Shehanzstudio.com.

Apa lagi, marilah kita beramai-ramai menyertai segmen ini.


Sekian.  Terima kasih kerana membaca entri Segmen Top Mommy Bloggers By Shehanzstudio.com

Untuk apa berdengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Untuk apa berdengki



Jauhi dengki

Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.  (Aun bin Abdullah)


Ringkas sahaja, semoga ada yang mengerti.


Terima kasih kerana membaca entri Untuk apa berdengki

01 Mac 2016

Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) 



UiTM Cawangan Perak akan menganjurkan Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) pada 3 hingga 6 Mac 2016 di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. 


 Karnival BEST diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sosial di antara warga Universiti  Teknologi MARA Cawangan Perak. Di samping itu, selaras dengan fungsi dan peranan Unit Kerjaya dan Kaunseling, ianya diharapkan dapat menyumbang perkhidmatan kepada warga kampus dan masyarakat dengan lebih lebih meluas. 


Karnival BEST 2016


Pelbagai aktiviti yang sangat menarik menanti kunjungan anda!!!! 


Tentatif Karnival BEST 2016
Sila rujuk tentatif program untuk rujukan pengisian program. Temui Siti Nordiana (Juara Gegar Vaganza) dan selebriti-selebriti tanahair lain yang akan mengisi slot-slot yang sangat menarik menerusi Karnival BEST ini.



Pertandingan Dikir Barat



Forum Perdana



Inspirasi Hawa bersama Siti Nordiana


Motivasi Santai bersama Dato' Fazley Yaakob




Kenapa anda perlu hadir?  

Sebab ia Karnival ini MEMANG BEST. 
Nak kata BEST GILER... kena datang jugak baru tahu


Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival BEST 2016 di UiTM Cawangan Perak, sila hubungi Urusetia di talian seperti berikut:  
NISA (Kaunselor Pelatih) 011-15799089
LIYA  (Kaunselor Pelatih) 013-6938913
 


Maklumat mengenai karnival ini juga boleh diperolehi dari lama facebook Karnival BEST

Bagi tahulah korang dapat tahu maklumat ni dari blog YangBaik.  Sebenarnya mereka pun tidak tahu YB dah buat promosi untuk karnival ni.  

Datanglah lah yer. Jadual karnival dah pun YB paparkan di atas tu. Nak jumpa YB mungkin tidak dapat kot sebab YB ada program lain pula di luar.  Aduhh sedihnya... 

Sesiapa yang dah datang nanti updatelah pengalaman korang kat ruang komen di sini.  Boleh kita kongsikan pengalaman korang yang hadir ke karnival BEST nie.

Sekian.


Terima kasih kerana membaca entri Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)