Pageviews

12 Januari 2016

Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman


Iman adalah mutiara di dalam hati manusia yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa.  Tanpamu iman bagaimanalah merasa diri hamba padaNya, tanpamu iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.  Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api.  Namun tak dapat jua dimiliki, jika tidak kembali pada Allah.

Tiba-tiba pula akak YB teringatkan bait-bait lagu nasyid yang pernah popular sedikit masa dahulu. Lagu Iman Mutiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan.

Okey, kembali kepada tajuk entri ini Segmen Bloglist & Blogwalkung By Beautiful of Iman. Segmen ini dianjurkan oleh pemilik blog Beautiful of Iman iaitu Nurul Liyana Syafiqah.

YangBaik secara rasminya dengan ini menyertai segmen ini.  Kepada rakan blogger semua sila klik banner di atas untuk dapatkan maklumat dan syarat-syarat penyertaan.  

Segmen ini akan ditutup pada 15 Januari 2015.  

Jom kita meriahkan segmen yang menarik ini kerana blog setiap peserta akan dimasukkan dalam blogslist selama 4 bulan.  Satu tempoh yang agak lama.

Okey... jom klik banner di atas.

Selamat bersegmen semua.  Terima kasih.

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 12 Januari 2016


Agak lama juga memikirkan kaedah yang betul untuk mengeluarkan entri berkenaan Alexa Traffic Rank blog YangBaik.  Sehingga kini belum juga ditemui cara yang sesuai.  Nampaknya YangBaik perlu lebih banyak buat kajian dan belajar bagaimana blogger-blogger otai bermain ayat dengan Alexa Traffic.

Alexa Rank terakhir dikeluarkan pada bulan Oktober 2015.  Hampir mencecah 3 bulan rupanya YangBaik tidak bersiaran bersama Alexa Rank.  Manakan tidaknya, setelah domain bertukar dari dotcom kepada dotmy kedudukan Alexa Rank blog YangBaik jatuh menjunam dan menjadi tidak stabil.  Jadi mood nak menulis mengenai Alexa Rank juga menjadi pudar.  

Tetapi hari ini mood itu kembali semula walaupun tidaklah seindah dahulu. huhuhu.  Untuk melihat senarai entri berkaitan Alexa Rank di blog YangBaik boleh KLIK SINI.

Berikut adalah gambaran Alexa Traffic Rank blog YangBaik sehingga hari ini, 12 Januari 2016.

Alexa Traffic Ranks 12 Januari 2016


Global Rank: Global rank icon 21,899,059 menjunam 18,011,693 berbanding 3 bulan lepas 
Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.
Links : 214

Berbeza sangat dengan keputusan trafik untuk bulan Januari 2015.  Jatuh menjunam.  Sudah beberapa kali jatuh bangun dan pastinya jatuh bangun itu akan terus berlaku dalam kehidupan kita.




Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink 


Give away lagi?  Yup.  Pastinya blog anda lebih meriah dengan kepelbagaian entri berkaitan give away.  Jom kita meriahkan entri blog dengan giveaway anjuran Nurfuzia & Mamalink.  Banyak yang menarik sebenarnya dengan giveaway ini kerana ia menawarkan hadiah bernilai RM500.  Selain dari itu rakan sponsar nya seramai 9 orang, boleh kita tambah kenalan dari kalangan rakan blogger secara tidak langsung.  Mungkin ada blogger yang kita tidak pernah kenal atau ada juga blogger yang kita pernah kenal... di alam maya.


klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist


Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini

Senarai Hadiah Hebat

Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula

Senarai Peserta Hebat


DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman


Bestnya dapat idea lagi untuk meneruskan kelansungan blog.  Kiranya blog ini mampu meneruskan riwayatnya kerana pemiliknya telah terima kekuatan untuk buat entri.  Janji entri ini bukan entri ciplak atau copy paste.  Entri ini adalah berkaitan penyertaan YangBaik dalam Giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger Sally Samsaiman.

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman.  Nak tahu sejarah DYU postcard Sally ni... jom kita lihat apa yang telah Sally sediakan untuk giveaway ini.


GA by Sally Samsaiman

Pertama sekali, perkara penting yang mesti dilakukan adalah KLIK BANNER DI ATAS.


DIY Postcard
Sebanyak 8 keping poskad telah disediakan dan akan dihadiahkan kepada pemiliknya yang bertuah. Wah!!! siapakah yang bertuah itu?

Nak tahu, jom kita meriahkan dulu giveaway ini.  dah ramai rakan blogger yang join. Kita ikut serta sekali bersama rakan blogger yang lain sebelum tarikh tamat.

Ingat, giveaway ini dijangka tamat pada 15 Januari 2016.

Sekian, selamat maju jaya kepada semua dan kepada saya juga.  Terima kasih!!!


11 Januari 2016

4 CPUV Pertama 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


4 CPUV Pertama 2016


Rezeki dan tuah blogger.  Ye lah bila dah mula berblogging, idea datang sendiri untuk memulakan cerita.  Walaupun ada masa yang tertentu kita rasa terhimpit sangat sebab tidak berupaya update blog dek kekangan masa dan juga tugasan hakiki yang lain.  Namun sebagai blogger adalah tidak wajar kita membiarkan blog itu kekeringan dan bersawang.  Ehh... kenyataan ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri memandangn YangBaik juga sejak kebelakangan ini tidak mampu update blog mengikut masa.  Tertewas dengan kekangan masa kerana tidak mahir dalam pengagihan tugas.

Lari sekejap dari kesedihan dan kedukaan.  Biarpun blog semakin jarang dikemaskini tetapi penglibatan bersama Nuffnang jangan dipandang sepi.  Untuk bulan Januari 2016 sahaja sehingga ke hari ini ini sudah empat (4) kempen CPUV melekat di blog YangBaik.  Seperti tidak percaya tetapi itulah yang terjadi.  Terima kasih Nuffnang.  


My goal for 2016

Namun CPUV yang melekat itu bukanlah hadirnya sendirian.  Kehadiran CPUV itu hadir bersama kehadiran dan kunjungan rakan blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan meninggalkan link. Mungkin juga kerana entri di blog YangBaik kurang meriah seperti dahulu tetapi masih ada juga rakan-rakan blogger yang singgah.  Terima kasih semua.

4 CPUV 2016

4 CPUV 2016


Terima kasih juga kepada rakan pintar bersama Nuffnang yang sudi beriklan di blog YangBaik. CPUV bulan Januari 2016 dimulai dengan Acer Predator 17, diikuti dengan Marigold - UHT Milk, Toyota New Year Promo dan Welcome to Shell Campaign.  Semua iklan yang tersenarai ni semuanya ada kaitan dengan kehidupan seharian kita.  

Umpamanya Acer Predator sebuah Laptop yang diperlukan untuk meneruskan hidup di alam maya, Marigold pula membekalkan susu untuk kesihatan dan kecergasan, Toyota pula kenderaan serba moden dan mewah walaupun kita mungkin tidak mampu memilikinya sekarang dan Shell pula jenama yang popular untuk menggerakkan kenderaan kita di muka bumi ini.

In shaa Allah semoga kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

Terima kasih atas perhatian semua.




MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Dalam diam-diam tanpa entri hampir seminggu atau lebih.  YB timbul semula bersama entri giveaway.  Entri yang sangat mudah dan membawa manfaat kepada ramai pembaca.  Berminat untuk dapatkan lebih banyak maklumat?

Jom kita tengok apa yang telah disediakan oleh Papaglamz untuk giveaway ala-ala ejen takaful.

Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.


Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  




Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)


Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:


Syarat-syarat:


1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)



3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.


Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 


Hadiah yang bakal di menangi


Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA


Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org


Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januari 2016. 


**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.


With Love
Papaglamz


-sekian-

Apa lagi, tengokkan hadiahnya menarik juga.  Cepat-cepat klik banner di atas untuk turut serta dalam giveaway ini.









Iman Sepanjang Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Iman Sepanjang Tahun


Sebaiknya Iman itu bertapak kukuh dalam jiwa raga kita sepanjang usia kehidupan kita.  Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kekurangan dan kelebihan.  Kekurangan iman akan menjadikan kita manusia yang lalai dan hampir berdosa.  Sebaliknya semakin bertambah iman kita akan mendekatkan kita dengan syurga dan menjauhkan kita dari dosa.

Pilihan di tangan kita sama ada untuk memilih jalan keimanan atau jalan durhaka.




Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang. Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah. Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang. ('Umair bin Khumasyah)

Sekian.  Semoga bermanfaat.

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking | Yaya Cendana


Aduhai!  Sebok memanjang.  Tak kira masa. 

YangBaik dengan ini secara rasminya menyertai segmen Blogwalking anjuran Yaya Cendana. Nampaknya segmen ini berlangsung mulai 16 Januari 2016, tetapi mulai sekarang rakan blogger dah boleh buat entri.

Segmen Blogwalking Yaya Cendana
Segmen Blogwalking Yaya Cendana

Nak tengok apa yang disediakan Yaya Cendana untuk segmen ini, KLIK BANNER DI ATAS.

Segmen ini dijangka tamat pada 30 Januari 2016.

YangBaik tak sempat nak ulas panjang mengenai segmen ini...kejap lagi PC dah nak hang... hahaha










02 Januari 2016

Jaga awal pagi semua nak buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terjaga awal pagi

Aduh!!!
dah terjaga awal pagi... ambil wuduk solat sunat kemudian wirid sikit.
Teringat pula baju anak-anak belum habis kemas malam tadi.
Kemas dulu ...
Dah habis kemas teringat pula nak semak whatsapp, fb, instagram dan telegram... malam tadi tak sempat off :P
Dah selesai... mata mula mengantuk. Bab ni memang tak suka sebab dah nak masuk waktu solat Subuh, baru nak mengantuk... kena ketuk jugak nih.

Sementara tunggu solat subuh dan supaya tidak terlelap meh layan blog jap. Update apa yang patut.



Tak teringat pula nak tangkap gambar kain baju berlonggok tadi. Dah tiada bahan jadi kita letakkan dulu gambar kat atas tu. Mudah-mudahan ada manfaat buat semua.

Nak sambung urusan seterusnya.

Terima kasih sudi melayan o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

01 Januari 2016

Sensasi Awal Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sensasi awal tahun 2016

Setiap yang berlaku semua orang tahu ada hikmahnya, hanya kita saja yang tidak sedar atau buat-buat tidak tahu. Kadang-kadang kita terlupa dan alpa untuk memikirkan kesan dan akibat. Atau kita semakin lelah memikirkannya.

Hujung tahun 2015 kita dikejutkan dengan isu yang agak menggerunkan antaranya kes pembunuhan dan penculikan. Maaf penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu berkenaan. Biarpun terasa sesak nafas memikirkannya tetapi isu ini pastinya menyedarkan kita atau memberi kita sedikit pengetahuan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.



Entri untuk hari pertama tahun 2016 asalnya hendak diterbitkan lebih awal lagi, atas kekangan masa dan situasi serta memberi peluang kepada masa untuk keluarga maka sudah lewat malam baru dapat dikeluarkan.

Maka tidak hairanlah, entri ini kurang isi atau seperti tergantung. Kerana penulis ini sebenarnya telah kesuntukan masa dan juga kekeringan ilham.

Semoga kehadiran tahun 2016 ini membawa rahmat dan keberkatan. Setiap kebaikan itu tidak semestinya hadir pada masa yang tertentu tetapi boleh hadir pada setiap masa yang kita mahu. In shaa Allah.

Sekian.

posted from Bloggeroid