Pageviews

05 Ogos 2015

Rania Turn's 1 GiveAway!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rania Turn's 1 GiveAway!


Bangga tidak terhingga apabila melihat perkembangan permata hati.  Membesar di depan mata perubahan demi perubahan berlaku saban hari.  Kini umur Rania mencecah 1 tahun.  Pastinya satu kebanggaan dan kebahagian buat ibubapanya. 

Demi meraikan kebahagian bondanya, YangBaik dengan ini turut serta dalam Giveaway yang dianjurkan bersempena dengan umur Rania yang bakal mencecah 1 tahun pada 10 Ogos 2015.  Happy Birthday in advance kepada Rania.  Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan dirahmati.

Mari kita lihat apa yang bonda Rania sediakan untuk Giveaway ini.


Rania Turn's 1 Giveaway
Rania Turn's 1 Giveaway
 
Pesanan penting, pertama sekali sila tidak melupakan diri untuk klik banner di atas bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai giveaway ini.
 
Sebelum itu, dimaklumkan bahawa pemilihan pemenang akan dilaksanakan sendiri oleh bonda Rania. 

Giveaway ini akan tamat pada 15 Ogos 2015.
 
Jom kita raikan ulang tahun kelahiran Rania dengan menyertai Giveaway ini.  Klik banner di atas.
 
 
 
 

Jom Main Badminton

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Main Badminton



Jom Main Badminton
Jom Main Badminton

#WordlessWednesday


Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

 

Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

 

Bulan Ogos datang lagi.  Seperti biasa juga setiap bulan akan ada saja segmen oleh Rakan Blogger.  Bermacam-macam cara dilakukan untuk mendapatkan seramai mungkin rakan blogger.  Rakan blogger pula dari berbagai-bagai kategori dengan niche yang tersendiri.  Secara tidak langsung dengan adanya bloglist memudahkan kita untuk blogwalking ke blog rakan blogger yang tersenarai.

Kali ini kita berkongsi cerita mengenai Pencarian Bloglist oleh rakan blogger Aisyhah Nyais bagi Ogos 2015.

Klik banner di bawah untuk menyertai dan mendapatkan maklumat lanjut.


Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015
Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

Apa yang nak dikatakan, rakan blogger Aisyah Nyais rupa-rupanya seorang yang berkaca mata dan baru saja berumur 19 tahun.  Blognya ringkas dan merupakan ahli sebuah kelab blogger yang agak terkenal di Malaysia. 

Nak tahu kelab blogger mana kena klik banner di atas.  Meriahkan bloglist Aisyah Nyais dengan blog kita...

Jom berikan sokongan anda.



Tidak tahu apa akan terjadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak tahu apa akan terjadi



Kematian telah berada di leherku, kuburan adalah rumahku, pada hari kiamat kelak aku akan berdiri dihadapan Allah, shirath (jembatan di atas neraka jahannam) akan menjadi jalan yang harus kulewati. Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang akan terjadi padaku kelak. (Atha' as-Sulami)

Pesona Solat Tahajud.  Gambar hiasan


04 Ogos 2015

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015


Lyssa Faizureen, tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengapa tidak? Kerana Penglibatan Lyssa dalam blog bermula pada tahun 2010 tetapi follower blognya sudah melebihi angka 60 ribu. Menunjukan Lyssa seorang blogger yang sudah dikenali ramai. Jauh sangat bezanya dengan blog YangBaik ... blog suam-suam kuku.

Cuma agak pelik dan ada kelainan pada blog Lyssa kerana belum lagi mempunyai bloglist. Jadi pada bulan Ogos Lyssa nak wujudkan bloglist di blognya.

Klik banner di bawah untuk berkenalan dengan Lyssa Faizureen.  Untungla korang yang dah join segmen ini dari awal

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015
Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

Kan akak baru dapat update entri segmen yang telah terperap beberapa hari.  Yeayyy!!!  Jangan tak tahu, rasa nak menangis jer bila tak dapat update entri berkenaan segmen dan giveaway. 

Blog akak YangBaik ni blog biasa-biasa yang berkongsi kisah suka duka kehidupan.  Apa lagi yang nak digambarkan dengan kehidupan adalah berkisar aktiviti bersama keluarga, anak-anak, kawan-kawan termasuk juga rakan blogger.  Sesekali blogYangBaik akan bercerita mengenai motivasi dan mutiara kata.  Nak bercerita mengenai kecantikan atau tutorial memang tak pandai.  Mana lah tahu bila masuk dalam bloglist Lyssa jadi pandai pulak berbicara mengenai kecantikan dan tutorial.  Kelakar la pulak kan...

Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai blog YangBaik. 








Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik


Setelah beberapa hari blog tidak dapat di update dengan entri bergambar, hari ini berjumpa juga dengan penyelesaiannya.  Walau apa pun YangBaik telah tinggalkan persoalan ini di blog seorang otai blogger.  Kita nantikan jawapannya.

Untuk itu YangBaik nak jelaskan di sini bahawa beberapa hari yang lepas, YangBaik telah upgrade Windows kepada Window10.  Sungguh banyak yang perlu dipelajari mengenai Windows10.  Tetapi bukanlah nak buat tutorial sekarang.  Tunggu sedikit masa yang sesuai bila tahap kefahaman yang mencapai 90% kalau tidakpun 100%.


Paparan Microsoft Edge
Paparan Microsoft Edge

Daripada Windows10, terdapat Microsoft Edge untuk melayari Internet.  Teruja juga dengan ME ni tidak terkira.  Benda baru lah katakan.  Masih dalam peringkat memahami perjalanan dan kemampuan ME.  Bukan senang nak belajar tanpa guru. 

Keterujaan bersama Windows10 dan Microsoft Edge ada masanya menjadi sesuatu yang sukar hendak dibayangkan.  Melalui Microsoft Edge, melayari internet tidak mudah kerana perlukan masa untuk memahaminya. 

Hendak dijadikan cerita, pada awalnya YangBaik tidak dapat update blog melalui kaedah biasa kerana format tidak sama.  Yang dapat dilakukan hanya update blog tanpa gambar dan tanpa link.  Amat sukar rasanya. 

Dan hari ini setelah puas mencari jalan.  Akhirnya terjumpa penyelesaian.  Alhamdulillah.  Dapatlah update blog dengan gambar dan link, apabila petang ini YangBaik berjumpa dengan Internet Explorer (IE).

Kiranya pengalaman pertama bersama Microsoft Edge dan Windows 10 ini agak mendebarkan juga.  Nantikan perjalanan seterusnya.

Sekian.


Top Komentator Blog YangBaik Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Blog YangBaik Julai 2015


Permulaan bulan Ogos yang agak kelam kabut sedikit bagi blog YangBaik. Mungkin sehari dua atau lebih blog ini tidak dapat memuatkan gambar. Blog YangBaik sedang mengenalpasti sebab dan punca. Bukan sahaja gambar tetapi link juga tidak dapat dipaparkan.

Sementara itu lihat dulu senarai Top Komentator di Blog YangBaik sepanjang bulan Julai 2015.

  1. Ms. Kejupenyet (11)
  2. Farah Waheda Wahid (8)
  3. AinAthirah Anuar (7)
  4. Azhafizah Md Nor (7)
  5. Dayana Zahari (6)
  6. Ct Noraishah (6)
  7. Afidah Azmi (5)
  8. adianiez AIDA (4)
  9. MIL HASHIM (4)
  10. Syira Lokman (4)

Buat sementara waktu link untuk senarai di atas masih ada lagi di 'side bar'. Link berkenaan akan dipadamkan setelah urusan memindahkan link ke entri ini selesai.

Terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan komen di blog suam-suam kuku. Semoga terus setia bersama blog YangBaik. Terima kasih juga kepada semua rakan blogger senyap yang meninggalkan trafik di blog ini.

update:  Link untuk Top Komentator Julai telahpun diletakkan.  Justeru Link di side bar telah dipadam

 

03 Ogos 2015

Tukar latarbelakang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar latarbelakang

Disebabkan beberapa punca yang masih belum diketahui.
Hari ini blog YangBaik hanya dapat tukar latarbelakang dan ubahsuai sedikit kedudukan.
Tidak dapat celoteh panjang sebab banyak agenda yang menunggu.

02 Ogos 2015

01 Ogos 2015

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik Julai 2015


Bulan Julai sudahpun tiba ke penghujungnya.  Apa sajalah nak bercerita ni.  Entah ke mana menghilangnya idea yang berlambak-lambak tadi.

Rank Alexa pun nampaknya ada banyak juga perubahan untuk sepanjang bulan Julai.  Seperti biasalah ada hari turun ada hari naik.  Bila blog tak update, rank turun banyak. Sebaliknya bila rajin sangat update blog... trafik tak pula nak mencanak. 

Malas nak cerita panjang.  Hayatilah Alexa Traffic Rank Blog YangBaik pada bulan Julai 2015.


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik Julai 2015
Alexa Traffic Rank Blog YangBaik Julai 2015


Global Rank:  912,516 613,687

Rank in Malaysia:  No data

Global Rank:  1,015,553
Rank di Malaysia:  8,167

Rank di Malaysia bagi bulan Julai kalau tidak silap lah sudah hilang datanya semenjak seminggu yang lepas. Agaknya dah banyak sangat blog kat Malaysia.  Semuanya dok mengejar untuk menjadi Top Blog di Malaysia. Sudahnya blog suam-suam kuku macam blog YangBaik... langsung hilang data. Aduhai data kembalilah semula.  Berapapun data yang ada bagitahu lah... 

Global Rank pula semakin bertambah baik walaupun tidaklah sebaik tahun lepas.  Nak kena banyak buat research.  

Sekianlah perkongsian serba ringkas mengenai Alexa Traffic Rank Blog YangBaik.