Pageviews

12 April 2015

Kenali huruf ABC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🌺Kenali huruf ABC 🌺


A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia depan kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tiada Iman dan Amal...


🌺Terima kasih.



#copypaste

posted from Bloggeroid

Melukis sambil baring

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Melukis sambil baring

Hobi melukis sudah ada dari kecil sejak pandai pegang pen dan kertas. Datang dari gen mana tak tau. Mungkin ikut gen umi sikit dan gen ayah sikit... kot.

Yang bestnya umi bila melukis memang hebat... meniru lah kan. Paling best kalau dapat tekap memang handal.

Tapi kan... umi tak pernah nampak pulak ayah melukis.


Paling suka melukis Ultraman.

Melukis sambil baring boleh dapat banyak idea dan ilham. Bukannya tiada meja dan kerusi. Cuma dia lebih selesa sambil meniarap...

Bakatnya dah diperturunkan kepada adik-adiknya...

posted from Bloggeroid

Semangat nak pergi sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semangat nak pergi sekolah


Agaknya bila melihatkan kesibukan abang dan kakaknya dengan urusan sekolah, menjadikan dia bersemangat dan teruja ke sekolah.

Katanya bosan duduk di rumah asyik tengok kartun, makan, tidur.

Ater ... anak oi, itu saja ke yang awak buat di rumah? Kan banyak lagi aktiviti lain.

Opsss... terlupa pula, lukisannya cikgu tak tengok lagi. Cikgu Jasmin sibuk dengan kerja sekolah Upin dan Ipin.

Hehehe....memang seronok dapat masuk ke alam fantasi anak-anak.

Selfie untuk hari ini



Tunggulah tahun depan Inas pergi sekolah yer ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

11 April 2015

Berkongsi pandangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi pandangan

Bukan mudah untuk kita terus komited menghasilkan entri blog. Jika tidak dengan keinginan sendiri serta dorongan orang yang terdekat.

Penting juga untuk kita mengambil kira pandangan dan perasaan orang lain yang membaca blog kita. Walaupun blog ini adalah blog kita tetapi setiap penulisan kita turut menyentuh hati dan perasaan. Kan???

Jika pun kita menulis itu untuk luahan peribadi, adalah penting untuk kita tidak melukakan hati dan perasaan orang yang membaca blog kita.



Penilaian mengenai sesuatu penulisan itu turut diwarnai oleh lakaran gambar yang disertakan.

Dan... saya tidak tahu apa yang hendak dikaitkan antara penulisan entri ini dengan gambar di atas. Boleh juga dikatakan gambar di atas sekadar hiasan untuk mencantik entri yang kesamaran ini.

Terima kasig.

posted from Bloggeroid

Antara diet dan jimat ketika makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara diet dan jimat ketika makan

Bukan nak kata korang saya pun selalu terfikir juga maksud diet yang sebenar. Kita sering faham diet itu kerana hendak kurus. Sedangkan maksud diet yang sebenar adalah lebih dari itu. Kita boleh simpulkan bahawa diet membawa maksud cara atau jenis kita makan atau amalan pemakanan kita. Sama ada diet kita sihat atau tidak terpulang kepada selera dan cara kita bertindak ketika berhadapan dengan makanan.

Seandainya kita dari jenis yang mementingkan pemakanan sihat, sudah pasti kita akan mengikut jadual waktu makan yang standard dan pengambilan makanan kita pastinya kurang berminyak, kurang garam dan kurang gula. Apa yang paling penting kita wajib ingat makanan yang hendak masuk kedalam perut kita itu semestinya halal dan bersih.

Maksud halal adalah jelas seperti yang termaktub di dalam al-quran;
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik", petikan dari Surah al-Baqarah, ayat 168.



Diet tidak salah asalkan makanan yang masuk ke dalam perut kita itu datangnya dari sumber yang halal selain dari makan itu sendiri adalah makanan yang berkhasiat, halal dan sederhana sesuai dengan keperluan badan kita.

Okey... tak payah nak kata orang lain lah, saya sendiripun kadang-kadang waktu makan tidak menentu

Semoga kita sentiasa istiqamah untuk menjalani cara hidup sihat menurut Islam. Wallahu a'lam.

Terima kssih

posted from Bloggeroid

Rezeki masing-masing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rezeki masing-masing

Hari ini membawa kejutan yang bukan sedikit. Setelah 10 hari mengharungi hari bersama GST pastinya banyak memberi kesan kepada perbelanjaan harian.

Walaupun tidak semua barang pengguna dikenakan GST tetapi kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan tertentu turut memberi kesan.

Nasib kita rakyat jelata. Semoga ahli yang dapat kenaikan gaji dapatlah menyumbang sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara, bukan untuk keluarga sendiri.


Kenaikan harga sekeping roti turut memberi kesan.

Siapapun kita hidup mesti diteruskan untuk keluarga bangsa dan negara. Paling penting untuk mendapat keredhaan dariNya dan keberkatan dalam hidup di sini dan di sana.

posted from Bloggeroid

Selepas 10 hari GST dilaksanakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selepas 10 hari GST dilaksanakan


Antara mahu atau tidak, kita semakin serasi dengan apa yang berlaku.
Namun sudah pasti jauh di sudut hati sanubari kita mengharapkan sistem yang dilaksanakan ini tidak membebankan kita dan anak cucu kita.

Jom selfie



Tidak pandai nak ulas panjang lebar.
GST atau tidak... blog tetap diteruskan.
Jom #selfie
#GST
posted from Bloggeroid

03 April 2015

Terima kasih Bloglist Januari .. 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih Bloglist 1.2015


Januari 2015, tidak banyak blog yang dapat ikuti untuk diletakkan dalam Bloglist 1.15.  Untung sebenarnya blogger yang terletak dalam senarai blog bulan Januari 2015 kerana blog berkenaan bertapak di blog yangbaik sehingga bulan Mac 2015.  Jika diikutkan perkiraan peribadi, rakan blogger yang tersenarai dalam blogslist 1.15 sewajarnya berakhir pada hujung Februari atau awal Mac 2015.

Memandangkan bulan Februari singkat saja harinya maka dilanjurkan sehingga bulan Mac. Berkebetulan pula bulan Mac 2015 penuh dengan berbagai kerenah sehingga mood blogging pun tersentap dan tersangkut-sangkut.  Sedar-sedar dah pertengahan bulan Mac, akhirnya saya ambil keputusan untuk melanjutkan tempoh bloglist 1.15 hingga ke hujung Mac.

Dan sekarang pada awal bulan April, Bloglist 1.15 ditamatkan.  Terima kasih kepada mereka yang sempat bertapak dan mungkin juga turut menyumbang trafik ke blog yangbaik.  Ada juga dari kalangan mereka yang terdapat dalam bloglist 2.15, 3.15 atau 4.15.  Sebabnya berulang adalah seperti biasa... kerana mereka pernah termasuk dalam blogger GST, iaitu Giveaway Sentiasa Trending.

Apa-apa ajelah yer.  Jom kita tengok siapa mereka yang tersenarai dalam bloglist 1.5

Bloglist 1.2015


Berikut adalah senarai rakan blogger Januari 2015

  1. http://fuzamusa.blogspot.com/
  2. http://hanyadihatiku.blogspot.com/
  3. http://amirnawawi.com/
  4. http://adnan-daughter.blogspot.com/
  5. http://www.naniena.com/
  6. http://www.ciksepet.com/
  7. http://www.mariafirdz.com/
  8. http://adianiez.blogspot.com/
  9. http://nanakimie.blogspot.com/
  10. http://www.mamaniza.com/
  11. http://mass-naim.blogspot.com/
  12. http://bungakayangan.blogspot.com/
  13. http://dia-honey.blogspot.com/
  14. http://azlina-lin.blogspot.com/
  15. http://insekio.blogspot.com/
  16. http://onlybeyoungonce.blogspot.com/
  17. http://maiatiqah.blogspot.com/
  18. http://chenta-shima.blogspot.com/
  19. http://ayueidris.blogspot.com/
  20. http://bukanbelogpompuancantik.blogspot.com/ (blog not found)... sudah!!

Terima kasih semua.  Adakah blog awak termasuk dalam senarai di atas?  

(*-*)

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA


Suka hati dapat join giveaway rakan blogger.  Tambahan yang mudah dan ringkas.  Terutama bila mood nak blogging mula meleset... bercampur baur dengan malas, sibuk dan ketandusan idea.

Boleh jadi juga timbul rasa jemu dari kalangan rakan blogger yang singgah.  Entri sekarang dan semakin jarang terkini.  Dua tiga hari masih lagi entri lama.  Nasib tak basi macam lauk jer.

Korang yang baca entri ni pun mesti borang kan?  Tajuk tulis lain, intro dan isi langsung tiada kaitan.

Apa-apa pun korang jangan stress sangat.  Sekarang ni memang musim mengarang dan update blog tidak menentu.  Jadi kita ambil kesempatan baik ini ... terutama musim Giveaway Sedang Trending (GST).  Join giveaway saja dulu... sementara dapatkan mood menulis idea sendiri pulak.

Meh layan Giveaway Kameq Deanna.

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA


GA ini berlangsung bermula 1 April hingga 15 Mei 2015

Tengok hadiahnya... banyak!!!  Berikut adalah antara senarai hadiah yang ditawarkan.

1. Majalah Anjung Seri bulan Mac 2015 x 1 pemenang
2. Majalah Anjung Seri bulan April 2015 x 1 pemenang
3. Majalah Jelita bulan Mac 2015 x 1 pemenang
4. Majalah Jelita bulan April 2015 x 1 pemenang
5. Majalah Mami & Baby Mac 2015 x 1 pemenang
6. Majalah Mami & Baby April 2015 x 1 pemenang
7. Majalah Time bulan Mac 2015 x 4 pemenang
8. Majalah Time bulan April 2015 x 2 pemenang
9. Instant Shawl x 3 pemenang
10. Batik Sarawak x 2 pemenang
11. Table Runner x 2 pemenang
12. Tissue Box Hanger x 2 pemenang
13. Hanging Accessory Organiser x 1 pemenang
14. Towel Hanger x 4 pemenang
15. Microfibre Wrap x 1 pemenang
16. Storage Box x 1 pemenang
17. Stoking Mariam x 1 pemenang
18. Stoking Silvy x 1 pemenang
19. Key Holder x 4 pemenang
20. Key Chain x 11 pemenang

Ada beberapa hadiah yang ada gambar.  Klik banner di atas untuk melihat hadiah menarik yang ditawarkan dan jangan lupa join untuk dapatkan hadiah.

Jom support Deanna.

Terima kasih.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :