Pageviews

01 Disember 2014

Non-Glitterati pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Non-Glitterati pulak 


Orang lain ada Nuffnang, awak pun nak jugak.
Orang lain dapat CPUV, awak pun nak jugak.
Orang lain dapat Glitterati, awak pulak dah bertukar jadi Non-Glitterati.

Status Nuffnang 1 Disember 2014
Entah bila la pulak status Glitterati Nuffnang ni bertukar.
Sedar-sedar jer hari ini 1 Disember 2014, dah jadi NG (Non-Glitterati).
Aduhai Encik Nuffnang, apa lagi masalah dengan sistem kat blog saya ni.
Ker ... sistem crawler kat Nuffnang yang ada masalah..

Maaflah  kalau buat awak... tersinggung.
Tetapi saya terlebih dahulu tersinggung dengan status yang awak berikan...

Nak tulis apa sebagai penutup entri ni... tak kan nak tulis 'terima kasih' pulak kalau dah tak puas hati kan...

Sekian sajalah... kita tunggu dan lihat yer.

Akhirnya Disember 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Disember 2014


Pejam celik, pejam celik... dah masuk Disember 2014.  Terasa seperti hari yang dilalui terlalu pantas. Terasa seperti azam yang dibina pada awal Januari belum lagi terlaksana sepenuhnya.  Ada juga azam yang terpaksa dibubarkan dan dibangunkan semula selaras dengan perkembangan semasa, agar rentak hidup ini tidak terlalu rigid...dan menyesakkan.

Dan isu ini sudah pasti akan dikaitkan dengan isu Kiamat sudah hampir. Hmm.... saya bukanlah seorang yang arif untuk membicarakan isu Kiamat.  Apa yang pasti Kiamat itu pasti tiba...bersediakah kita?  Jawablah sendiri.


Disember 2014... walaupun baru permulaan hari, tetapi agenda untuk sebulan ini sudahpun penuh dan hampir muak rasanya melihat agenda yang kadang-kadang terpaksa dibubarkan dan dibuat semula.... itulah lumrah.

Kita mampu merancang dan yang menjadikan ianya terlaksana dengan baik atas doa dan usaha kita serta dengan kehendak Yang Maha Esa.  Kenyataan itul tidak boleh lari.  Kita harus terima dengan hari yang terbuka dan menerima segala ketentuan dariNya.

Semoga Disember 2014 ini menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik dalam setiap detik dan langkah kehidupan kita.

Jangan ditanya mengapa Disember bukan bulan lain?  Kerana jawapan itu pastinya berbeza mengiut kefahaman dan penerimaan masing-masing yang ada pada setiap dari kita.

Sekian.  Terima kasih atas perhatian semua.

PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL


Debaran setiap kali buat entri.  Bimbang tiada yang baca atau tiada yang komen.  Yang paling berdebar adalah bila tiada yang komen. huhuhu

Tapi tak sama kot dengan debaran Cik Belbel yang buat segmen ni.

Bagi menghilangkan debaran apa kata klik banner di atas sebagai sokongan kepada rakan blogger yang anjurkan segmen ini.  

Penting juga untuk tinggalkan komen di entri ini supaya saya tahu awak semua sudi tinggalkan komen... huhuhuu... ayat macam terdesak sangat kot..

Tak kisahlah janji ada orang baca.

Jangan lupa klik banner di atas sebelum 5 Disember 2014.